Showing posts with label Kamera. Show all posts
Showing posts with label Kamera. Show all posts
salam-ukhwah Sunday, December 2, 2012



Sekadar berkongsi perkara paling basic sebelum kita menekan shutter iaitu ilmu mengenai teknik teknik memegang kamera kita. Ada bermacam macam cara untuk memegang kamera dan kebiasaanya bergantung kepada jenis lens (standard/wide atau tele lens) yang kita pakai dan keadaan persekitaran kita contohnya ISO yang sesuai di pakai.

Dengan cara memegang kamera yang salah kemungkinan besar akan menyebabkan gambar yang kita ambil itu blur/bergoyang. Dengan cara yang betul juga kita boleh mendapatkan gambar yang sharp tanpa menggunakan tripod contohnya handholding utk shutter 1/15s.

Di sini saya ingin berkongsi tips yang dari Joe McNally (http://www.joemcnally.com) dalam blog nya (http://www.joemcnally.com/blog).

Secara amnya, Joe McNally menerangkan dengan terperinci dalam klip videonya di sini
http://www.youtube.com/watch?v=EDsx3-FWfwk Cara penerangannya cukup bersahaja dan banyak jugak jokes yang diselitkan.

Semua keterangan boleh dibaca di blognya http://www.joemcnally.com/blog/2008/03/10/da-grip/
Gambar gambar yang di link kan di sini juga di ambil dari blognya.


1. Cara yang kurang tepat

sebab..boleh menyebabkan anda sakit belakang.

2. Cara yang digunakan oleh Joe McNally


Tangan kiri dan tangan kanan seboleh bolehnya kepitkan ke badan serapat yang mungkin supaya posisi kita lebih stabil dan kurang bergoyang bila menekan shutter kelak.

3. Juga cara yang kurang tepat


- Kurang digalakkan kerana seperti seolah olah memegang kayu baseball. Tangan kiri kita jugak seolah olah mengepak dan menjadikan kedudukan kurang stabil.

4. Cara unorthodox yang dicadangkan




-kamera diletakkan di atas bahagian dada sebelah kiri, bukan atas bahu tapi bawah bahu sikit, supaya denyutan jantung kita tidak memberi gangguan kepada kamera kita.

5. Cara memegang tele lens, ada ditunjukkan di video clip dalam link youtube di atas.


Sumber disini 

salam-ukhwah Monday, September 3, 2012


Kamera idaman penulis bakal dimiliki pada tahun ni....


Insyallah hamba akan menjadi salah seorang fotografi pada tahun depan....minta pendapat semua tentang kamera Canon EOS 650D atau Canon EOS 60D mana yang lebih baik untuk permulaan awal berjinak dalam bidang fotografi.

**minta tolong kawan-kawan di Negeri Pulau Pinang menyemak dan bagitau harga utk kedua-dua model untuk perbandingan......**

salam-ukhwah Monday, August 27, 2012

Terbukti imej kamera Android Nikon yang saya paparkan semalam bersumberkan dari laman NikonRumors adalah benar. Hari ini, Nikon secara rasminya telah melancarkan kamera pertamanya yang menggunakan sistem operasi Android dan dikenali sebagai Nikon Coolpix S800C.

Spesifikasi Nikon Coolpix S800C

nikon coolpix s800c android malaysia

Kamera Nikon Coolpix S800C ini dilengkapi dengan 16 Megapiksel Backside Illuminated (BSI) CMOS Sensor. Sensor yang lebih baik berbanding CCD sensor yang kebiasaannya terdapat pada telefon pintar ataupun tablet lain di luar sana. Ianya juga dilengkapi dengan lensa Nikkor 4.5 – 45mm dengan keupayaan zoom optikal sehingga 10x. Sensitiviti ISO kamera ini pula adalah dari 125 – 3200. Video pula boleh dirakam dalam kualiti Full HD 1080p.

Skrin OLEDnya pula adalah bersaiz 3.5 inci dan berjenis touchscreen.

nikon coolpix s800c android malaysia

Kamera ini turut dilengkapi dengan flash dan GPS terbina dalam (built-in).

nikon coolpix s800c android malaysia

Saiz dimensi kamera ini adalah 111 x 60 x 27 mm dan seberat 184 gram termasuk bateri. Kamera ini akan dikuasakan menggunakan bateri Lithium-Ion EN-EL12 yang boleh dicaj semula.

Nikon Coolpix S800C ini didatangkan bersama-sama dengan sistem pengoperasian Android 2.3 (Gingerbread). Menurut Nikon, pemilihan Android versi 2.3, bukannya versi 4.0 (Ice Cream Sandwich) atau 4.1 (Jelly Bean) adalah kerana Android 2.3 ini tidak membebankan dari segi penggunaan CPU dan RAM. Dan memandangkan ianya menggunakan sistem Android, pengguna bebas untuk memasang aplikasi mahupun games yang terdapat di Google Play atau upload gambar yang dirakam, terus ke rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter ataupun Google+.

Ruangan storan dalamannya hanyalah 4GB sahaja, dimana 680MB boleh digunakan sebagai storan untuk aplikasi dan games, 1.7GB digunakan untuk storan gambar/video dan selebihnya adalah untuk kegunaan sistem Android itu sendiri. Walaubagaimanapun, terdapat slot kad memori SD/SDHC jika pengguna mahukan ruangan storan yang lebih besar.
Terdapat dua pilihan warna untuk kamera Nikon Coolpix S800C ini iaitu hitam dan putih.

nikon coolpix s800c android malaysia black white

Harga dan Tarikh Nikon Coolpix S800C Dipasarkan

Kamera Nikon Coolpix S800C ini akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat bermula pada bulan September 2012 nanti dengan harga runcit yang disyorkan (suggested retail price) adalah US$349.95 (lebih kurang RM1050.00 di Malaysia). Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi bilakah kamera ini akan dipasarkan di luar Amerika Syarikat termasuklah di Malaysia, dan berapakah pula harga rasminya untuk pasaran luar nanti.

Adakah anda akan membeli kamera Nikon Coolpix S800C ini sebagai tambahan kepada koleksi gajet anda yang sedia ada nanti?

Sumber : Imaging Resource | Nikon USA

Visitors

Banner

" />