salam-ukhwah Monday, April 16, 2012

Disini saya ingin berkongsi gambar yang agak menarik la....kalu pernah tengok gambar ini wat macam tidak pernah tengok lagi la....hahaha...apa pendapat anda semua tentang gambar di bawah....komen anda diperlukan...

 Maksud Sebenar FORGET????


KEJADIAN ULTRAMAN LAWAN RAKSASA DI STADIUM
 Burung Sebenar Dalam Permainan Angry Birds



 Aduh.....Peningnya lps naik Eye Of Malaysia....
Di Larang Meniru Semasa Exam....

salam-ukhwah


Ingin berkongsi dengan anda semua tentang tabiat tidur seorang bayi yang mempunyai pelbagai ragamnya....seronok juga dapat tengok gambar bayi untuk tatapan mata kita....hehehe klik disini.

salam-ukhwah Saturday, March 31, 2012

sudah lama aku minat dan terpesona pada dirimu....hatiku selalu bergebar dan bertanya adakah aku layak untuk miliki mu....sudah lama aku memerhati gerak-geri mu setiap kali berjumpa tidak kira di manapun.....selalu aku bertemu mu walaupun hati aku berasa berat untuk memiliki mu....aku selalu jeles dgn kwn-kwn aku yang semuanya ada.....dah lama aku idamankan mu....akhirnya aku dapat juga miliki mu pada bulan mei tahun lalu....walaupun aku tidak miliki lagi talinya....biarlah apa orang nak kata pun yang penting aku mampu untuk memiliki mu...inilah kereta yang aku beli dan menjadi idaman hatiku.....

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan seseorang perempuan.....hehehe....

Hasil Nukilan 
Kelantan Darul Naim
31 Mac 2012 bersamaan 8 Jamadilawal 1433H

salam-ukhwah Monday, March 19, 2012

rasanya sudah begitu lama saya tidak sempat update blog ini terlalu sibuk dgn keje yang tidak pernah abis dikerjakan...hehehe...rasanya ramai tertunggu nak baca blog ini...sori wat semua pembaca blog ini....dulu saya sempat menulis blog kerana kat ofis x ada keje banyak mcm sekarang. awal tahun nie sudah banyak program atau kursus terpaksa di buat mengikut perancangan bos tempat keje baru....pada 21-23 februari 2012 aku terpaksa menjadi urusetia kursus pengurusan aset dan kewangan bagi penyelia pdk bertempat di Sweet Beach Resort, Pasir Puteh. Tempatnya agak murah dan cantik untuk tempahan....hehehe..........
 
Pada 13-15 mac 2012 iaitu minggu lepas aku terpaksa menjadi ketua urusetia bengkel penyediaan profail pdk yang bertempat sama juga....memang memenatkan diri jer menjadi ketua untuk bengkel....semua perkara hendaklah berjalan dengan lancar yang perlu dipantau sepanjang bengkel.....aku juga berpeluang mengikuti kursus bahasa isyarat yang sedang berlangsung sekarang dari bulan februari hingga julai 2012. Dulu di tempat lama aku tidak berpeluang mengikuti kursus ini. 
Memang begitu meriah sekali kursus ini kerana mendapat sambutan dari orang awam,ngo dan anggota polis. Aku pun dah pandai sikit-sikit bahasa isyarat tetapi x leh lagi nak berkomunikasi dengan orang bisu n pekak....beberapa gambar saya update untuk pembaca blog....





  •  Tekun seorang guru bahasa isyarat mengajar anak muridnya....










  • Seorang anggota polis belajar bahasa isyarat.





  •  Guru bahasa isyarat adalah seorang OKU Pekak n Bisu
apa-apapun saya akan menulis lagi tentang pengalaman kerja di tempat sendiri berbanding tempat orang....walaupun keje disini agak memenatkan diri tetapi saya berasa gembira n senang bekerja dan ianya dapat menambahkan pengalaman keje saya.....


salam dari saya di negeri serambi mekah tempat kelahiran
26 Rabiulakhir 1433H

salam-ukhwah Wednesday, February 29, 2012

So tutorial aku nak kasi kat korang ialah.. macamana nak write protect usb pc korang dan macamana pulak nak bukak write protect tu bila diperlukan.. (unblock)

So kita pahamkan terminologi Write Protected dahulu

a) Write Protected = Satu keadaan dimana tidak membenarkan penyimpanan, pembuangan, pengubahsuaian sesuatu data ke dalam sesuatu devices (contohnya USB Pendrive korang)

ok term kat atas ni simple gila aku rasa... korang boleh set USB korang jadi write protected... ataupun ada virus yang akan tolong setkan bila virus tu infect pendrive / usb drive korang

ok terus ke tutorial.. :D
-------------------------------------------------------------------------
1. Korang klik start , pilih run dan typekan regedit...

2. Klick pada HKEY_LOCAL_MACHINE , pilih SYSTEM , pilih CurrentControlSet

3. Dalam key CurrentControlSet pulak korang cari key Control

4. Korang right click dan pilih new , pastu pilih Key

5. Renamekan new key korang tu kepada -> StorageDevicePolicies

6. right click pada StorageDevicePolicies dan pilih new dan pilih lagi DWORD Value

7. right clik pada DWORD baru dan pilih rename, tukar nama DWORD tu kepada WriteProtect

8. double click DWORD WriteProtect dan masukkan nilai dalam Value Data(0 / 1)

nilai 0 = turn Off

nilai 1 = turn On
------------------------------------------------------------------------
means kalo korang letak nilai 1, maka segala USB yang masuk akan jadi write protected dan orang takkan boleh copy data pc korang sesuka hati ke dalam USB mereka...

and kalo korang terkena virus yang menyebabkan pendrive korang automatik write protect.. tukarkan nilai Value data bagi DWORD WriteProtect kepada 0... and korang dah boleh guna antivirus untuk delete virus yang jahat tu..


and the last step.. please restart PC korang untuk registry update... :)

so aku harap serba sedikit tutorial ni bolehla membantu korang kalo nak block USB drive daripada mencuri bahan2 dalam hard disk korang atau korang nak unblock USB Drive korang yang dah kena virus penyebab write protected ni berlaku.. :D


kalo ada apa2 pertanyaan sila tanya yer... :).. selamat mencuba... :)

salam-ukhwah Wednesday, February 8, 2012

Assalamualaikum.....
Mungkin anda semua belum tau lagi tentang berapa ini....memang panas giler beritanya dan memalukan jabatan jer akibat tersalah ucapan....oleh itu kita hendaklah berhati-hati ketika memberikan ucapan....bak kata pepatah lidah itu lembut kata-kata keluar tidak boleh ditarik tarik....begitu juga dengan tulisan kita...entah la berita ini betul adakah palsu....bersama-sama kita mengelak dari memalukan jabatan....sumber dipetik disini


salam-ukhwah Thursday, February 2, 2012

assalamualaikum....
minta maaf semua pembaca blog ini....rasanya telah lama saya tidak update blog ini...dah hampir 2 bulan....saya terlalu sibuk dengan keje di tempat baru dan tugasan belajar yang agak banyak...hehehe,saya sekarang ini mengikuti kelas intensif kat usm pulau pinang negeri pulau mutiara yang banyak kenangan sepanjang bekerja di sana. 2 minggu juga aku terpaksa berkampung di desasiswa tekun bagi mengikuti kelas intensif...pening juga la baca buku yang kebanyakkan dalam bahasa inggeris utk jawab peperiksaan berterusan....mungkin dah lama tinggal alam belajar kira-kira 7 tahun.

Hasil Nukilan:
USM Pulau Pinang
2 Februari 2012

salam-ukhwah Monday, December 19, 2011

Apa jawapan anda semua bila baca berita pasal nie....perkara sedemikian telah lama berlaku di negeri pulau mutiara....kursus motivasi mendaki bukit bendera,gua gendang,sedim dan lain-lain lagi....semua aktiviti nie diikuti oleh staff bawahan yang dipaksa untuk mengikutinya....staff atasan tidak pulak dipaksa...beginilah menjadi staff bawahan....apa-apa pun perkara ini telah menjadi bacaan seluruh rakyat malaysia tentang ketaksamaan dalam perkara tersebut....


Hasil Nukilan
Kelantan Darul Naim
19 Disember 2011
bersamaan 23 muharram 1433H

salam-ukhwah Thursday, December 8, 2011

1 hari....didalam kelas BI

Teacher: Abu, stand up!
Abu: Yes teacher.
Teacher: Spell the word GOOD.
Abu: G.O.A.T.
Teacher: Wrong!
Abu: W.O.N.G.
Teacher: Stop it!!!!
Abu: S.T.U.P.I.D.
Teacher: Shut up!!! Or I will knock your head!!!
Abu: Panjang sangat tu Teacher
Teacher: .......

salam-ukhwah Tuesday, November 22, 2011

Assalamualaikum.....

pada 22 November 2011,bah telah melanda akibat hujan yang tidak henti-henti semenjak dari pagi tadi lagi.....umah hamba telah ditimpa bah apabila musim tengkujuh datang.....nak pergi keje pun rasa malas....air penuh sekitar umah dan jalan raya hadapan umah.....apa-apa pun keje kena pergi juga walaupun umah hamba sendiri tenggelam....dah keje mcm nie....


















Hasil Nukilan
Kelantan 22 November 2011
bersamaan 26 Zulhijjah 1432 Hijrah

Visitors

Banner

" />