salam-ukhwah Friday, May 20, 2011

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok

Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.

Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)

salam-ukhwah Tuesday, May 10, 2011

Assalamualaikum ustaz.

Mintak pandangan Ustaz tentang sambutan Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun iaitu pada Ahad kedua bulan Mei( hari ini 8 Mei 2011 ), kerana saya terbaca satu artikel yg mengatakan sambutan hari ibu itu bagi mengenangkan "mother of church" satu perayaan bagi agama kristian. Sememangnya kita sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu, tetapi jika tarikh tersbeut dijadikan tarikh khusus untuk sambutan hari ibu tanpa niat untuk menyambut perayaan tersebut cara orang kirstian...apakah hukumnya?

Minta pandangan Ustaz..

Sekian,terima kasih.
Jawapannya

Sebelum ini saya tidak berani untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan Hari Ibu ini sebab segala dakwaannya belum jelas dan sahih lagi. Baru-baru ini saya cuba mencari artikel-artikel yang berkaitan Hari Ibu kebanyakkannya mendakwa perayaan tersebut adalah daripada upacara Agama Kristian.

Perayaan hari ibu ini adalah berasal dari pada budaya masyarakat greece sebagai penghormatan mereka terhadap Rhea iaitu ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Peranan Sebagai Umat Islam

Tidak perlu kita tunggu Perayaan Hari Ibu barulah waktu itu kita terhegeh-hegeh untuk membelikan hadiah dan berbuat baik kepada mereka, selepas hari ibu habis semua, kembali balik kepada asalnya iaitu tidak pernah menanyakan khabarnya, tidak balik ke kampung untuk menziarah mereka, kasar dengan kedua ibu bapa dan sebagainya. Pelakuan sebeginilah yang dilarang oleh Islam, Perayaan Hari Ibu bagi Islam ini adalah pada setiap hari dan setiap masa. Sebab ini adalah tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga mereka.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang menghormati kedua ibu bapa pada bila-bila masa, bukan hari atau masa yang tertentu sahaja kita menghargai ibu bapa kita. Di antara firman Allah yang bermaksud :
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Isra : 23-24)

Sebagai seorang anak yang baik dan beriman kepada Allah, maka dia hendaklah menjaga dan menghormati kedua ibu bapanya jangan sesekali menyakiti hati mereka. Menderhakai kedua ibu bapa merupakan kejahatan yang paling besar dan paling dibenci oleh Allah. Di antara balasan yang dikenakan Allah kepada orang yang menderhakai kedua ibu bapanya ialah :
Segera Mendapat Balasan Allah

Orang yang derhaka kepada ibu bapanya, akan disegerakan Allah balasannya tanpa ditangguh-tangguhkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Setiap dosa mungkin ditangguhkan seksanya sesuai dengan kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali dosa terhadap ibu bapa..." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Segala Amal Ibadatnya Sia-Sia

Amalan baik yang kita lakukan akan menjadi kosong dan sia-sia, tidak diterima Allah sekiranya melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa. Hal ini dapat difahami melalui sepotong hadis yang bermaksud :
"Tiga hal yang menyebabkan sia-sia amal iaitu menyekutukan Allah, menentang kedua ibu bapa dan melarikan diri daripada medan perang." (Hadis riwayat Tabrani)

Tidak Akan Masuk Syurga

Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka kepada ibu bapa ialah tidak akan dapat masuk Syurga. Perhatikan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Hak Allah atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga dan tidak akan merasakan kenikmatannya iaitu, orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang tidak suka kedua orang tuanya." (Hadis riwayat al-Hakim)

Kesimpulannya

Pendapat saya yang serba kekurangan ini, lebih baik kita hindarkan diri dari menyambut Perayaan tersebut, kerana dikuatiri ia melibatkan perayaan Agama Kristian dan hal ini saya masih belum menjumpai mana-mana fatwa yang dikeluarkan lagi oleh pihak yang berwajib. Mungkin telah ada fatwa tetapi saya masih belum menjumpai maklumat tersebut. Tidak perlulah kita buat kebaikan pada masa-masa tertentu sahaja untuk berbakti kepada kedua ibu bapa, kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita sejak dalam kandungan lagi sehinggalah kita digelar sebagai seorang bapa dan ibu. Tidak terhitung segala pengorbanan yang mereka berikan kepada anak-anak mereka sebab terlalu banyak.

Perayaan ini juga ada kaitannya dengan akidah, takut-takut apa yang kita buat itu boleh merosakkan akidah kita tanpa disedari, ini sangat bahaya dan perlu diawasi. Masyarakat Islam sekarang khususnya di Malaysia ini banyak yang jahil dan suka menerima apa-apa perkara secara bulat-bulat dan tidak menyelidikinya terlebih dahulu. Bila telah melakukannya baru disedari bahawa selama ini apa yang telah dilakukan adalah bercanggah dengan Agama Islam.

Lebih baik kita menghindarkan diri dari menyambutnya, kerena ini lebih baik dan ia juga belum terbukti lagi adakah ia sebahagian acara Agama Kristian atau bukan. Istilah mudah yang boleh digunakan dalam masalah ini ialah ragu-ragu atau syubhah. Tindakan yang baik adalah terus meninggalkan perayaan tersebut kerana ia lebih selamat. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
"Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Riwayatkan AI-Bukhari dan Muslim)

petikan dari blog http://www.ustaznoramin.com/2011/05/betul-ke-perayaan-hari-ibu-dari-agama.html

salam-ukhwah Monday, May 9, 2011

*TOLONG SEBARKAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA KALIAN SEBELUM TERLAMBAT. SELAMATKAN AQIDAH DAN KEYAKINAN KAUM MUSLIMIN.

Pertanyaan:

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Kebiasaan kami, pada setiap tahun merayakan hari khusus yang disebut dengan istilah hari ibu, yaitu pada tanggal 21 Maret. Pada hari itu banyak orang yang merayakannya. Apakah ini halal atau haram. Dan apakah kita harus pula merayakannya dan memberikan hadiah-hadiah?

Jawaban:

Semua perayaan yang bertentangan dengan hari raya yang disyari'atkan adalah bid'ah dan tidak pernah dikenal pada masa para salafus shalih. Bisa jadi perayaan itu bermula dari non muslim, jika demikian, maka di samping itu bid'ah, juga berarti tasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hari raya-hari raya yang disyari'atkan telah diketahui oleh kaum muslimin, yaitu Idul Fithri dan Idul Adha serta hari raya mingguan (hari Jum'at). Selain yang tiga ini tidak ada hari raya lain dalam Islam. Semua hari raya selain itu ditolak kepada pelakunya dan bathil dalam hukum syariat Allah Subhanahu wa Ta'ala berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

"Artinya : Barangsiapa membuat sesuatu yang baru dalam urusan kami (dalam Islam) yang tidak terdapat (tuntunan) padanya, maka ia tertolak."[1]

Yakni ditolak dan tidak diterima di sisi Allah. Dalam lafazh lainnya disebutkan,

"Artinya : Barangsiapa yang melakukan suatu amal yang tidak kami perintahkan maka ia tertolak."[2]

Karena itu, maka tidak boleh merayakan hari yang disebutkan oleh penanya, yaitu yang disebutkan sebagai hari ibu, dan tidak boleh juga mengadakan sesuatu yang menunjukkan simbol perayaannya, seperti; menampakkan kegembiraan dan kebahagiaan, memberikan hadiah-hadiah dan sebagainya.

Hendaknya setiap muslim merasa mulia dan bangga dengan agamanya serta merasa cukup dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya dalam agama yang lurus ini dan telah diridhai Allah untuk para hambahNya. Maka hendaknya tidak menambahi dan tidak mengurangi. Kemudian dari itu, hendaknya setiap muslim tidak menjadi pengekor yang menirukan setiap ajakan, bahkan seharusnya, dengan menjalankan syari'at Allah Subhanahu wa Ta’ala, pribadinya menjadi panutan yang ditiru, bukan yang meniru, sehingga menjadi suri teladan dan bukan penjiplak, karena alhamdulillah, syari'at Allah itu sungguh sempurna dari segala sisinya, sebagaimana firmanNya,

"Artinya : Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuridhai Islam itu jadi agamamu. " [Al-Ma'idah: 3]

Seorang ibu lebih berhak untuk senantiasa dihormati sepanjang tahun, daripada hanya satu hari itu saja, bahkan seorang ibu mempunyai hak terhadap anak-anaknya untuk dijaga dan dihormati serta dita'ati selama bukan dalam kemaksiatan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, di setiap waktu dan tempat.

Nur 'ala Ad-Darb, Maktabah Adh-Dhiya', hal. 34-35, Syaikh Ibnu Utsaimin.

[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penyusun Khalid Al-Juraisiy, Penerjemah Musthofa Aini Lc Penerbit Darul Haq]

Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

http://almanhaj.or.id/content/845/slash/0

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

http://dakwah.org/blog/?p=135

__________

Foote Note

[1]. HR. Al-Bukhari dalam Ash-Shulh (2697). Muslim dalam Al-Aqdhiyah (1718).

[2]. Al-Bukhari menganggapnya mu'allaq dalam Al-Buyu' dan Al-I'tisham. Imam Muslim menyambungnya dalam Al-Aqdhiyah (18-1718)

Sumber - http://www.1manhajsalaf.blogspot.com/

salam-ukhwah Tuesday, April 26, 2011

Mengukir Inai Di Tangan: Apakah Dibenarkan Syara‘?

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Sudah menjadi tabiatnya- Golongan perempuan, ingin kelihatan cantik dan menawan. Berbagai cara dilakukan untuk tampil menarik, antaranya dengan berpakaian cantik, berhias dengan aksesori yang pelbagai atau berhias dengan peralatan solek dan yang seumpamanya.

Berinai juga dilihat sebagai salah satu cara untuk berhias khasnya sewaktu hendak bersanding. Inai digunakan dengan bermacam cara, dan selalunya cara itu meluas mengikut trend semasa. Jika dahulu inai hanya digunakan untuk memerahkan kuku, jejari dan telapak tangan, tetapi sekarang ia lebih menjurus kepada ukiran seperti ukiran berbentuk bunga, hati, bintang dan seumpamanya.

Kehalusan ukiran inai yang terhasil dari kreativiti pengukir dilihat sebagai satu seni hiasan yang cantik dan menarik. Tidak hairanlah jika ia menjadi satu trend hiasan yang digemari oleh sebahagian orang hari ini. Apa yang ditakuti ada perempuan Islam yang menghias anggota badannya dengan ukiran yang kekal dalam bentuk tatu.

Apakah hukum berinai dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘?

Hukum Berinai

Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.

Pertama: Hukum berinai bagi lelaki

Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

Maksudnya:
“Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram juga hukumnya.

Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,kerana berinai dengan warna hitam
adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:
“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”


(Hadis riwayat Muslim)

Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat

Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh

Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram

Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan

Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:

Ertinya:
“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”


Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis
panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

Sumber : Mufti Brunei

salam-ukhwah

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (AN-NAHL: 72)


aku tidak puas hati sungguh dengan seseorang mahluk nie dah la berpangkat tinggi tapi perangai jahat mengalahkan orang yang tidak pangkat. hasrat dengki pada diri mahluk nie tahap tinggi betul hinggakan aku yang kecil pun didengkinya juga tambahan pulak manusia yang berpangkat tinggi darinya. janganlah mengainyai aku atas nafsu besarmu yang mengejar pangkat. biarpun kita beriman kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan solat tidak pernah tinggalkan pun. nafsu diri yang giler akan pangkat tidak dapat dikawal hinggakan menjadikan orang lain mangsa dipijak bagi mencapai matlamat nafsu. aku pernah dengar seorang ustaz bagi tau,walaupun kita solat 5 waktu sehari tapi perangai kita sama dengan nafsu mungkin itu terjadi kerana solat kita x ikhlas untuk Allah S.W.T. kita menunaikannya kerana wajid dilakukan oleh setiap orang beragama islam. dalam solat kita kerjakan 5 waktu sehari semalam itu tidak ada khusyuk dalam solat.




Khusyu‘ dalam sembahyang ialah menghadirkan hati kepada Allah di dalam sembahyang. Ia merupakan hakikat batin yang sebenar-benar bagi suatu sembahyang. Hakikat zahirnya pula ialah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, ruku‘, sujud dan sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

الصَّلاَةُ مَثْنَى مَثْنَى تَشَهَّدُ فِي آُلِّ رَآْعَتَيْنِ وَتَخَشَّعُ وَتَضَرَّعُ
وَتَمَسْكَنُ......
(رواه الترمذي)
Maksudnya: “Sembahyang itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyu‘an hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati……..”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Khusyu‘ dalam sembahyang itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka sebagai orang mukmin yang berjaya. Allah Ta‘ala berfirman:
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam sembahyangnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-2)

Melihat kepada kepentingan khusyu‘ dalam sembahyang itu maka diutarakan di sini sebahagian tip atau panduan yang boleh digunapakai untuk memandu diri kita ke arah perlaksanaan ibadat sembahyang yang khusyu‘.


hasil Nukilan
Pulau Pinang 26 April 2011
bersamaan 22 Jamadilawal 1432 Hijrah

salam-ukhwah Thursday, April 21, 2011

PEMINANGAN dikira sebagai langkah awal sebelum bermulanya kehidupan berumah tangga yang dihalalkan melalui akad nikah. Hukum meminang seseorang wanita bagi tujuan pernikahan adalah harus. Namun menurut pendapat Imam Syafie di dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj menyatakan hukumnya adalah al-istihbab atau sunat.

Daripada pendapat berkenaan, terdapat kebaikan yang boleh diperoleh menerusi proses peminangan jika ia dilakukan menurut panduan syarak. Peminangan membawa makna menzahirkan dan mengiklankan kehendak seseorang lelaki untuk berkahwin dengan wanita pilihannya. Ia menandakan berlakunya proses perkenalan antara bakal pasangan suami isteri. Keadaan itu dikira wajar kerana ibu bapa kedua-dua belah pihak mengetahui hubungan anak mereka.

Dalam adat masyarakat Melayu, selain peminangan terdapat satu lagi peringkat yang dinamakan pertunangan. Ketika peminangan dilakukan, biasanya ibu bapa kepada wanita itu tidak memberi jawapan muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil ‘bertangguh’. Hal berkenaan bertujuan untuk berpakat dengan ahli keluarga dan waris walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu.

Selepas peminangan diterima, penghantaran tanda daripada lelaki kepada wanita yang bakal dikahwininya dilakukan melalui majlis bertunang. Majlis itu membawa pengertian bahawa wanita itu sudahpun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Terdapat perbezaan antara peminangan dan pertunangan dalam adat Melayu. Namun, perkara yang penting adalah adat berkenaan tidak sampai membebankan serta merumitkan kedua-kedua pihak. Selagi ia tidak bercanggah dengan ketetapan syarak, ia harus untuk diamalkan.

Ikatan pertunangan bukanlah lesen kepada pasangan lelaki dan perempuan untuk melakukan segala yang dihalalkan kepada pasangan suami isteri yang sah. Malah, pertemuan kedua-duanya secara bebas boleh menyebabkan ikatan pertunangan tidak mendapat keberkatan Allah. Lebih teruk, ikatan pertunangan membawa kepada perkara yang dilarang Allah. Dewasa ini ramai di kalangan muda mudi tidak mengambil berat perkara ini. Mereka menggunakan alasan ‘sudah bertunang’ sebagai tiket untuk melayani tuntutan nafsu yang gagal dibendung iman.

Berdua-duaan serta berpegangan tangan tanpa rasa segan silu adalah perkara yang diharamkan Islam. Sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: "Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (orang yang diharamkan nikah dengannya). Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan.

"Sesungguhnya, umat Islam dilarang sama sekali menghampiri perkara yang boleh menyebabkan perzinaan. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Isra’, ayat 32).

Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menjadikan manusia sebagai temannya di neraka kelak. Dalam Islam, terdapat beberapa cara peminangan yang dikira menepati tuntutan Islam.
Pertama, seorang lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang seorang wanita secara langsung. Kedua, seorang lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali wanita berkenaan. Ketiga, menggunakan pihak ketiga untuk meminang seseorang wanita. Keempat, wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki yang soleh dan kelima, seorang wanita menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Berdasarkan lima cara itu, ia tidak sekali-kali memberi maksud bahawa peminangan itu boleh dilakukan sesuka hati. Keizinan daripada kedua-dua orang tua tetap diperlukan kerana perkara inilah yang menjamin kelancaran proses perkahwinan, seterusnya mencurahkan keberkatan Allah dalam kehidupan. Nasihat daripada ibu bapa selaku orang yang lebih tua harus dipandang berat. Ini kerana, sikap terburu-buru remaja dalam membuat keputusan, kurang pengalaman hidup serta cetek pengetahuan agama menyebabkan tujuan peminangan dan pertunangan itu tidak tercapai. Beberapa situasi yang menjadikan peminangan termasuk dalam perkara yang haram adalah apabila wanita itu masih sah sebagai isteri orang, meminang wanita dalam talak raj’ie kerana bekas suami berhak kembali rujuk kepadanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa i’dah mereka, jika mereka (suami-suami) bertujuan hendak berdamai." (Surah al-Baqarah, ayat 228)

Selain itu, haram apabila wanita itu sudah dipinang lelaki lain dan pinangan lelaki yang pertama itu diterima. Sekiranya lelaki kedua bernikah dengan wanita berkenaan, akad pernikahan adalah sah, namun dia tetap menanggung dosa atas perbuatannya meminang wanita yang dipinang orang lain.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Seseorang lelaki tidak boleh meminang seorang perempuan yang dipinang oleh saudaranya (saudara sesama Islam) sehinggalah dia meninggalkannya (membatalkan pinangannya) atau dia mengizinkan peminangan itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketika majlis peminangan atau pertunangan, disunatkan berkhutbah atau memberi ucapan pada awal majlis. Khutbah perlu dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah.
Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Semua perkara yang ada nilai tetapi tidak dimulakan dengan memuji Allah adalah cacat." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Jika dilihat dari sudut adat pertunangan yang diamalkan pada hari ini, masing-masing mempamerkan cara yang tersendiri bagi memeriahkan majlis. Rombongan pihak lelaki membawa beberapa dulang yang berisi pelbagai barangan untuk dihadiahkan kepada pihak perempuan, begitu juga sebaliknya. Malah, suasana kini berlainan dengan majlis pertunangan orang dulu. Kini pihak perempuan mengadakan ‘pelamin’ khas serta pemasangan khemah untuk tetamu dan jemputan. Berbanding dulu, semuanya diadakan dalam keadaan tertutup iaitu di dalam rumah pihak perempuan saja. Perlu diingatkan bahawa bersederhana dalam melakukan ibadah amat dituntut Islam.

Bagi golongan yang berkemampuan, elakkan pembaziran dalam majlis yang mereka adakan. Walaupun berada dalam kategori orang berkemampuan tetapi bersederhana adalah sangat dituntut. Ia disandarkan kepada gesaan Rasulullah agar umat Islam tidak membazir dalam mengambil air sembahyang (wuduk), meskipun mempunyai bekalan air yang banyak.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya akan ada dalam kalangan umat ini, satu kaum yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Apatah lagi jika majlis yang diadakan secara besar-besaran dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan yang mereka miliki. Keadaan itu amat dicela Islam.
Sekiranya majlis itu dibuat secara besar-besaran untuk menjamu sanak-saudara dan jiran tetangga, maka ia adalah sifat yang terpuji. Meskipun budaya masyarakat hari ini sudah berubah, tidak bermakna kita wajib mengikut rentak terkini. Majlis yang diadakan mengikut kemampuan sendiri serta jauh daripada sebarang bentuk pembaziran adalah lebih utama. Justeru, lelaki dan perempuan yang bakal menjadi suami dan isteri perlu bijak memainkan peranan masing-masing bagi memastikan majlis mereka diberkati Allah.

Petikan dari www.al-bakriah.com.my

salam-ukhwah Thursday, April 14, 2011

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan
3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertasCurahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

salam-ukhwah Tuesday, April 12, 2011

 

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.





Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.






Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.






Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...

salam-ukhwah Friday, April 1, 2011

ari nie surat tukar aku x di sign lagi.....nape leh jadi mcm tu di jabatan ni,nk kena mesyuarat dulu untuk sign surat pertukaran seseorang.....jabatan lain senang jer bos diaorang sign tanpa byk soal pun.....ni lah nasib keje jabatan yang banyak karenah dan terlalu banyak nyamuk disekeliling yang suka kacau manusia.....giler-giler sungguh nyamuk ni jgn lah menyusahkan orang lain atas kepentingan diri sendiri......


Hasil Nukilan:
Pulau Pinang 1 April 2011
bersamaan

salam-ukhwah Tuesday, March 29, 2011


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Visitors

Banner

" />