Pada 1 hingga 3 Julai 2011, satu pameran IT akan berlangsung di D’PlAZZA Mall (bersebelahan dengan PISA). Pameran ini dikelolakan oleh dua badan utama iaitu Karpersky dan Persatuan ICT Pulau Pinang (PICTA). Semasa pameran ini berlangsung, diselitkan beberapa aktiviti untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung khususnya masyarakat Pulau Pinang. Salah satu acara tersebut adalah Peragaan Baju Renang yang turut diadakan di tempat yang sama. Oleh itu wujud persoalan tentang rasional menganjurkan pertunjukan baju renang semasa pameran ICT. Kebimbangan kami yang paling utama adalah kesan tidak langsung penganjuran acara seperti ini.
Selain itu, iklan tentang peragaan baju renang ini juga banyak disebar di kawasan kampung-kampung yang majoriti penduduknya melayu. Hal ini menampakkan penyebaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai yang ada dalam agama Islam iaitu agama orang-orang melayu.
Pihak kami menyokong penganjuran pameran berkaitan IT kerana itu adalah suatu usaha yang baik dan sememangnya bermanfaat buat masyarakat khususnya yang tinggal di Pulau Pinang. Namun apa yang menjadi kekesalan kami sebagai masyarakat dan badan NGO adalah kegagalan pihak penganjur untuk lebih sensitif tentang keadaan masyarakat Malaysia dalam menyusun aktiviti-aktiviti untuk tatapan masyarakat awam semasa berkunjung ke pameran tersebut.
Bantahan ini kami lakukan bukan atas sebab kepentingan individu atau mana-mana pihak. Sebaliknya berasaskan kepada prinsip kerukunan dan saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Peragaan pakaian mandi di khalayak awam langsung tidak bertepatan dengan norma masyarakat Malaysia dan adab ketimuran.
Kebimbangan kami juga adalah akan berlakunya eksploitasi terhadap wanita. Peragaan pakaian mandi yang mendedahkan tubuh wanita menyebabkan fungsi wanita di mata masyarakat berada di tahap yang rendah dan tiada harga. Walhal fungsi wanita dalam masyarakat dan dunia ICT adalah lebih daripada hanya mendedahkan tubuh.
Pihak kami juga bimbang aktiviti seperti ini akan meninggalkan kesan negatif seperti peningkatan jenayah seksual dan penjualan bahan lucah. Hal ini kerana tanpa kita sedari akan ada pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab bakal mengeksploitasi aktiviti seperti ini untuk tujuan jenayah dan sebagainya.
Justeru kami ingin menegaskan sekali lagi bantahan kami terhadap penganjuran Peragaan Baju Renang yang jelas tidak mendatangkan manfaat yang besar dalam masyarakat dan dunia ICT.
* kenyataan akhbar ini telah diadakan pada 27 Jun 2011 pada jam 10.35 pagi
Mula2 download file registry dr link ni
-----> http://adf.ly/1v54Y
file ni compatible utk windows vista,seven mahupun XP.
[color=purple] toyzaid dah compile dan mengkaji file registry sejak 7thun lepas.iaitu sejak toyzaid mula2 kerja kat kedai komputer terpakai. file ni dah 3thun toyzaid compile skit2 tp skrg br brani nk release sbb skrg completely dah xde xde error.
Mula2 bt skit je, skrg da byk yang toyzaid edit.so skrg registry ni da tahap gaban kepowerannya.
Jgn risau toyzaid da test k laptop toyzaid dan komputer2 pelanggan..so xakan merosakkan windows. Bahkan memaksimakan komputer anda. kalau file ni xleh msk dlm komputer korang means ada virus "sality".
So scan komputer korang dlu dgn antivirus yang power.
cuma klik je file ni selepas download.Pastu tekan OK. Anyway selamat melajukan komputer anda
P/S: Sume registry dirujuk drpd laman sesawang dan korang Xpayah tekan byk2 kali sbb sekali masukkan kesan die berpanjangan
perhatian syokrates ni bukan virus...just share benda yang baik ..blh rujuk laman web ni untuk sebarang kemusykilan. semua yg terbaik utk windows telah digabungkan menjadi satu file yang ringkas
Jgn lupa say TQ k tread toyzaid ni,slps korg dload. Tanda korg timekasih k toyzaid bt file ni
rujukan>
{http://www.easydesksoftware.com/regtrick.htm}
{http://www.intechgrity.com/tips-and-tricks-to-boost-your-windows-7}
{http://www.merawindows.com/Forums/tabid/324/forumid/82/threadid/12416/scope/posts/Default.aspx}
{OReilly.Windows.Vista n seven.Annoyances.Tips.Secrets.Jan.2008.pdf http://adf.ly/1v60G}
Ni cerita tahap 18SL, kalau terjadi kat mertua korang jangan buat hal macam ni, begini ceritanya...
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
Ratu Nil (Yukabid)
Khabar itu merusuh jiwa
Titah yang dicerca semesta
Si kecil bergelar lelaki
Bakal korban si derhaka
Resahmu bertukar debaran
Ketika bergema ketukan
Di mana nak kau sembunyikan
Tubuh kecil tak berdosa
Alam bagaikan membisu
Arus Sungai Nil pun mengalir lesu
Mendengarkan tangismu
Saat menyaksikan
Bayimu yang hanyut bersendirian
Duka tak terbanding kata
Dan halus nalurimu terdera
Sungguh kerinduanmu hebat terduga
Teguhlah ibu yang mulia
Berpegang pada satu percaya
Berpisah bukan selamanya
Janji-Nya bukan dusta
Tika dipanggil ke istana
Lengkaplah kisah kasih yang sempurna
Bayimu kehausan
Lalu kau susukan
Menitis airmatamu kesyukuran
Nyatalah janji Yang Esa
Terpisah ‘tuk bertemu semula
Kau genggam kembali jemari kecilnya
Walau diam dalam rahsia
Terpujuk sudah hati yang hiba
Yang dirindu kini kau dakap bahagia
Yukabid engkau tamsil cinta
Lambang tulusnya kasih ibunda
Pengorbanan yang tiada mula
Dan tiada hujungnya
Pencipta Lagu
Munif Ahmad (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit
Munif Ahmad (Hijjaz Records Publishing)
Penulis Lirik
Atie (Hijjaz Records Publishing)













