salam-ukhwah Thursday, September 29, 2011


Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!"Ustazah tu terus pengsan...hehehe,terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh anak muridnya....

***moral of the story....jgnlah tido dlm kelas,hehehe***

salam-ukhwah

Kisah Cinta Yang Hiba...sedih baca cerita nie...layan
Cerita sedih sepasang kekasih

sedih giler 2....pastikan tisu berada di sisi anda...!Tersebut al-kisah dua insan bercinta... yg laki nama Qasehidayat, yg pompuan 2 nama Sucienta. Qaseh ni panggil Sucienta sebagai 'Cienta' je (nak kasi nampak manje le tuh). Cienta ni lak panggil Qasehidayat ni 'abang' je coz diorang ni dah close, lagi pun Qasehidayat ni lagi tua drpd Cienta 4 tahun. Tah cam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun.Qasehidayat kena gi UK . lama gak tuh... Maka Cienta ni kesepian ler kat Singapura. Since dah pisah lama..Cienta boring dok umah sorang2...Tak lama pastu,ada lak mamat yg bernama Kamarul dtg muncul .Mula2 Cienta dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati Cienta ni ley terpaut lak kat kamarul nih... maka hilang la bayang2 Qasehidayat drpd hati Cienta..

Setelah genap 3 tahun..Qasehidayat pun pulang ke singapura. Beria2 lerr mamat nih nak jumpa buah hatinya,Sucienta.Belum sempat nak call Cienta,Qasehidayat ternampak Cienta dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. maka berderai lerr jiwa raga Qasehidayat.. sedih je mamat tuh...tak lalu makan. .At the same time..Sucienta dok jalan2...sembang lerr dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu yang si kamarul 2 laki org.Cienta pun frust giler sehh..dan cuba nak kembali kepada Qasehidayat. Masa 2 dia lom tau lagi Qasehidayat ni dah balik singapura.

1 ari yang laen...Qasehidayat pun memberanikan diri tuk jumpa Cienta.,dia gi lerr rumah Cienta.Muka Qasehidayat masam je..Cienta tanya lerr apasal masam..?Qasehidayat cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" Cienta terperanjat mendengar statement Qasehidayat 2... "err bila masa lak nih.. aku setia apa...?"
kata Cienta. Qasehidayat pula berkata dgn tersedu2.." Aku sudah tau perhubunganmu dgn kamarul...." Cienta terdiam...terpaku,bagai dipaku ke dinding.. "so tamat lah hubungan kita disini sahaja..." tambah Qasehidayat..lalu amik gitar kapok yg dibeli drpd UK 2....seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..."Qasehidayat start nyanyi sambil menatap wajah sedih Sucienta yg sedang menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

Sucienta terdiam... masih menangis....Qasehidayat sambung lagi...

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
> They're a mirror

I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

Suara Qasehidayat terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"

Qasehidayat ulangi phrase yg sama.....Sucienta masih terdiam...walaupun air mata terus mengalir...

My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Qasehidayat... tiba2 Sucienta berkata ..." abang,Cienta nak beritahu abang sesuatu""katakan lah duhai Cienta ku" jawab Qasehidayat dengan suara perlahan..." err...... err..." kata Sucienta dlm keadaan serba salah..."katakan lah .. katakan lah Cienta. abang sanggup terima..." tambah Qasehidayat..dan dengan perlahan2.. Sucienta berkata.............

"abang..."
"sebenarnya... Cienta...... tak paham bahasa Inggeris..."

salam-ukhwah Monday, September 26, 2011

Assalamualaikum...
Sebelum ini syarikat motorsikal honda telah mengeluarkan produk 250cc bagi menguasai pasaran 250cc yang dikuasai oleh syarikat kawasaki. Honda telah melancarkan produk CBR250 untuk pasaran malaysia bagi melawan jenama Kawasaki Ninja250cc. Satu persaingan wujud dipasaran malaysia untuk motorsikal berkuasa 250cc. Adakah pihak Yahama juga mahu menembusi pasaran motorsikal 250cc di malaysia dengan produknya. Pihak suzuki sudah melancarkan produk terbaru 250cc untuk pasaran Asean. Setakat ini India,Indonesia,China telah dipenuhi dengan motorsikal berkuasa 250cc dari jenama Suzuki GW250.

Jikalau pihak Yahama,Suzuki melancarkan produk mereka dalam pasaran 250cc di malaysia sudah pasti harga untuk motorsikal 250cc ini akan jatuh sedikit akibat persaingan dari jenama motorsikal. Berita ini pasti ditunggu oleh peminat motorsikal berkuasa tinggi yang tidak mampu untuk membeli motorsikal berkuasa tinggi yang harganya mahal dan boleh disamakan harga sebuah kereta. Bersamalah kita menunggu untuk semua itu....harap-harap motorsikal 250cc ini menjadi pilihan orang ramai untuk memiliki motorsikal berkuasa tinggi.


Key of Suzuki GW250 Specs :
engine 4-strokes
Engine 2 cylinder
Capacity : 250cc
Cooling : liquid cooled
Power :26HP @8500RPM
max torque 2,42 @7000RPM

Hasil Nukilan
Pulau Pinang 26 September 2011
bersamaan 28 syawal 1432 hijrah

salam-ukhwah

RASULULLAH SAW menjelaskan bahawa syurga memiliki banyak darjat. Di sana juga ada perbezaan darjat antara hamba Allah yang bergantung pada amal mereka dan Allah yang mendatangkan amal itu.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menegakkan solat, berpuasa pada bulan Ramadan, berjuang di jalan Allah atau tinggal di tanah kelahirannya, menjadi hak Allah untuk memasukkan orang itu ke dalam syurga.
Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah tidak seharusnya kita memberi khabar gembira kepada manusia? Rasulullah menjawab: Sesungguhnya di syurga ada seratus tingkat yang disediakan Allah untuk orang yang berjuang di jalan Allah, sedangkan jarak di antara dua tingkat adalah seperti jarak antara langit dan bumi. Jika kamu ingin memohon kepada Allah, mohonlah syurga Firdaus kerana syurga Firdaus berada di tengah syurga dan syurga tertinggi.
Disebutkan dalam sebuah hadis sahih dari Anas bin Malik bahawa Ummu Haritsah datang menghadap Rasulullah SAW sedangkan Haritsah termasuk mujahid yang gugur dalam Perang Badar kerana terkena anak panah.

Lalu Ummu Haritsah berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah berbuat untuk Haritsah dari hati saya. Jika sekarang ia di syurga, saya tidak akan menangis untuknya. Namun, jika ternyata tidak, engkau akan melihat apa yang akan saya lakukan.

Rasulullah menjawab: Apakah syurga hanya satu? Syurga itu banyak sekali, sedangkan syurga tertinggi adalah syurga Firdaus.

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ahli syurga itu memiliki peringkat, berdasarkan posisi mereka saat berada di syurga.
Dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ahli syurga itu saling melihat antara bilik dari atasnya, seperti mana saling memandangnya bintang yang beredar dan yang tetap di ufuk timur atau barat kerana di antara mereka saling memiliki kelebihan.

Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah di sana ada posisi yang khusus bagi para nabi, yang orang lain tidak akan boleh sampai ke sana? Rasulullah menjawab: Tidak demikian, demi Zat yang diriku berada di dalam kekuasaan-Nya. Nabi akan berada satu posisi bersama orang yang beriman kepada Allah dan yang membenarkan rasul itu. (Sahih Bukhari)

Dalam kitab Sunan Tirmizi dan Ibnu Majah, serta Sahih Ibnu Hibban, disebutkan hadis dari Abu Said, Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya ahli syurga yang berada pada tingkat tertinggi dapat melihat orang yang berada pada tingkat di bawahnya, seperti mana melihatnya bintang yang tertinggi di langit. Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar termasuk golongan yang menikmatinya. (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Kesabaran adalah usaha mengerahkan seluruh kemampuan jiwa dan tetap konsisten berdiri tegak di depan Allah dengan hati penuh pengabdian. Ini adalah ciri orang yang dekat dengan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: Dan bukanlah harta atau anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada Kami, melainkan orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, mereka itulah yang memperbaiki balasan yang berlipat ganda atas apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat yang tinggi (dalam syurga).

Sesungguhnya ramai orang yang memiliki darjat tinggi di syurga Allah antaranya syuhada, pengasuh anak yatim, orang yang mengurus janda dan orang miskin, orang yang hafaz al-Quran dan mengamalkannya.

salam-ukhwah


Assalamualaikum....
Saya ada baca satu entri yang ditulis oleh seorang blogger tentang seorang lelaki yang selalu tanya kepada perempuan....ayat-ayat yang digunakan oleh lelaki masa couple.....adakah lelaki ini x suka tanya ayat lain selain dari ayat tu....sama-sama kita baca n fikirkan adakah betul ayat-ayat itu digunakan oleh kita sebagai lelaki untuk perempuan@awek-awek kita....hehehe
Klik disini untuk baca lanjut tentang soalan biasa lelaki tanye kepada perempuan.....

salam-ukhwah Friday, September 23, 2011

Sekadar untuk berpesan pesan sesama muslim

Bagi yang mempunyai masalah kerja, rezki dan sebagainya. Marilah sama-sama hayati maksud Al Quran dan sebahagian hadith di bawah:

12. Kepunyaan-Nya-lah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan(nya). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (As Syuura)

Terkandung dalam ayat seribu dinnar:

2. Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. - At Thalaq

3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. - At Thalaq

Jangan banyak bicara selain dzikir kepada Allah…(HR. At-Turmudzy)

Lihatlah orang yang di bawahmu, dan jangan lihat orang di atasmu, agar engkau tidak meremehkan karunia Allah (HR. Bukhari-Muslim)

12. Kepunyaan-Nya-lah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan(nya). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (As Syuura)

Doa

22. Tidak ada manfaatnya bersikap siaga dan berhati-hati menghadapi takdir, akan tetapi do'a bermanfaat bagi apa yang diturunkan dan bagi apa yang tidak diturunkan. Oleh karena itu hendaklah kamu berdoa, wahai hamba-hamba Allah. (HR. Ath-Thabrani)

23. Barangsiapa ingin agar do'anya terkabul dan kesulitan- kesulitannya teratasi hendaklah dia menolong orang yang dalam kesempitan. (HR. Ahmad)

-Berdoalah saudara ku

Sekarang ini juga orang orang hobi sangat mengumpat dan mencela atau memburukkan atau merendah rendahkan orang lain di mana saja lebih lebih kalau dah bergumpul dan punya kerja baik dan nampak diri lagi baik. Jadi bila hendak berbuat perkara tersebut ingat ingatlah di bawah:

1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, (Al Humazah )


1. Al-Hujuraat ayat 12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


2. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: Perhatikan! Aku akan terangkan kepada kamu apakah dia Al-Adhhu? Ianya adalah umpatan yang biasa diucapkan di kalangan orang ramai.
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda: Seseorang yang biasa berlaku jujur, maka beliau akan dicatat sebagai orang yang jujur. Sebaliknya orang yang biasa berbohong (berdusta) maka beliau akan dicatat sebagai pembohong

B. BURUK SANGKA
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.

C. MENGADU DAN MEMFITNAH
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah. Sesetengah Alim ulama mengatakan "Jika kita ingin menghapuskan sesuatu keburukan hendaklah kita tutup keburukan tersebut."

Sombong dan Riak


"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
 
[Sahih Muslim : 91]

Tidak masuk syurga sesiapa yang dalam hatinya ada walau sebesar zarrah dari sifat takabbur (sombong).

” Kamu telah diserang oleh penyakit yang pernah menyerang Umat sebelum kamu, hasad dengki dan marah. Ianya merupakan pencukur, bukan aku maksudkan mencukur rambut tetapi mencukur agama.” -Riwayat At-Tirmizi


Sekian saya dan saudara saudari marilah hayati
perkara di atas selalu berlaku disekeliling. Budaya mengutuk mengeji suka suka dan riak dan sombong banyak berlaku. Malah di FB. Mentang mentang negara kita tak sesusah zaman penjajahan dulu ramai orang telah lupa susah dan ada yg belum pernah susah maka habit nya mudah sangat memerli mengutuk menghina. Begitu juga riak riak amal dan ibadah. Begitu juga sombong ilmu harta dan pangkat .

Tidak semua cuma maaf yang terasa. Wallahualam

salam-ukhwah

Fuyooooooo.. . ..nie lah first time aku berader didlm bilek dgn seorang wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri, isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut di hadapan lemari solek. Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumer nyer sedare mare pihak isteriku, mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi.

Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah... tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tander soal ialah camner aku nak mulerkan... yelah nak approach isteriku?... .Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja camgini. Aku peratikan isteriku sambil terpikiag kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan.. . takkan nak duduk je sampai pagi beb.
"Abg ngantok??" isteriku bersuara..berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah... .cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin... kontrektor piling pun kao cakap lagik sedap)
 
Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg.. . abg blom ngantok lagikkk"
Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen... berdiri... lalu meluru mendapatkan suis lampu... ..tup!... ..lampu dimatikan... ... gulap gulita.
BEEEPPPPPPPP! !!!! BEEEEEEPPPPPP! !!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik!
 
Maner punyer hamlao sudah page aku disaat saat genting begini! Ahhh! buat bodo suah... .aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring... ... .
BEEEEEEEPPPPPPP! !!!!BEEEEEEPPPPP P!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP! Dia bunyik lagiiiiiiiiii!
"Alaaahhhhhhhhh abggggg... saper yg page tuuuuuuu... .pergilah response duluuuu" keluh isteriku.
Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek... .dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. Biler sajer aku keluar dari bilek... org org diluar sumernyer memerhatikan aku..mereka yg dari tadi riuh tetiber senyap... aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. Mereka terus memerhatikan aku... .ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh.
 
Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon di tangan
"Astaghfirullaaaahh hhhhhhhh! !!!" dia beristighfar
"Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan
"Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua aku
 
SEKIAN
Pengajaran : Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat... dan pastikan yg anda telah pastikan.

salam-ukhwah

assalamualaikum......

buat sesiapa yang berminat nak mengetahui macam mane nak unblock websites yang diblock seperti facebook dan youtube kat ofis ataupun sekolah....senang jer tapi perlu mengeluarkan belanja la sikit...kalu takut nak keluar belanja sikit x payah belajar toturial ini....hehehhe...
apa yang anda perlukan.....gerakkan scroll and ke bawah:
>
<
>
<
>
<
>
<
:)
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
:)

komputer atau laptop first sekali anda perlu ada.......
>
<
>
<
>
<
>
<
:)
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
:)

kedua anda mesti ada duit kertas RM 50.00 dan RM 10.00.................
>
<
>
<
>
<
>
<
:)
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
:)
ketiga anda perlu lah membeli beruk band x kiralah jenama apapun....janji beruk band....hehehe. Dan anda cucuk jer beruk band kat komputer atau laptop pasti anda semua dapat membuka facebook ataupun youtube tanpa ada sekatan....tiap-tiap bulan mestilah bayar kos guna beruk band.....hehehe....

***hahaha sesiapa nak cuba boleh lah trial.....jgn marah.....terbaek...**

Hasil Nukilan
Pulau Pinang 23 September 2011
bersamaan 25 syawal 1432 hijrah

salam-ukhwah Thursday, September 22, 2011

 
1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!


2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .


3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.


5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!


6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.


7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!


8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri"
. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.


9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.


10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.


11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!


12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!


13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!


14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!


15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.


16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.


18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.


19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.


20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya"
. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.
 
PIKIR2 LAH BGI YG POMPUAN TU...ahahahaha

****aku ceduk dari orang punya bukan luahan hati aku...jodoh nie di tangan Allah S.W.T. kita manusia nie hanyalah berusaha untuk mendapatkan pasangan hidup masing-masing.....tapi ada beberapa perkara antara 20 sebab benar-benar berlaku keatas golongan adam nie....kesian kepada golongan adam nie dah la tanggungjawab dosa isteri pun kena tanggung.....hehehe***

salam-ukhwah Wednesday, September 21, 2011

Assalamualaikum.....
Hebahan kepada semua umat islam yang berminat mengikuti kelas bahasa arab dan tajwid secara percuma. Bukan senang kita hendak mendapat ilmu agama sebegini secara percuma kebanyakkan sekarang ini banyak kelas belajar ilmu bahasa arab dan tajwid yang dianjurkan dikenakan bayaran.....sesiapa berminat bolehlah hadir.......


Visitors

Banner

" />