salam-ukhwah Thursday, May 3, 2012

KEPADA sesetengah individu terutama si kecil, fasa untuk melelapkan mata mungkin terganggu atau mengambil masa yang agak panjang sekiranya bantal busuk tiada di sisi. Bahkan kepada si kecil, ada yang merengek-rengek, gelisah, menangis atau menyusu dengan selesa sekiranya kehilangan bantal busuk. Fenomena bantal busuk hakikatnya bukan isu yang berlegar dalam kalangan si kecil. Sebaliknya, bantal busuk iaitu objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika mahu tidur ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa.

Bantal busuk hanya istilah yang dilabelkan kepada objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika tidur. Bantal busuk juga boleh bermaksud selimut, sapu tangan, kain pelikat, kepala anak patung, patung beruang dan sebagainya. Hari ini, masih ada dalam kalangan orang dewasa yang terbawa-bawa dengan tabiat bantal busuk yang menjadi kelaziman sejak kecil. Bahkan, tidak mustahil tabiat yang sama terbawa-bawa ke alam perkahwinan. Walaupun objek yang menjadi bantal busuk sudah bertukar warna, kepam dan berbau, namun ia tetap menjadi pujaan kepada pemiliknya. Bantal busuk seolah-olah mempunyai kuasa yang luar biasa.

Wajib bersama

Pemilik dan bantal busuknya umpama isi dengan kuku. Barangkali kepada mereka yang memiliki bantal busuk, hidup mereka bukan sahaja tidak sempurna tanpanya, malah boleh menyebabkan si pemilik menjadi tidak keruan. Justeru, tidak hairanlah jika si pemilik dan bantal busuknya wajib bersama walau ke mana-mana saja. Bagaimanapun, ada sesetengah pihak menyifatkan tabiat itu hanyalah bersifat sementara iaitu pada zaman kanak-kanak sahaja. Namun, tabiat itu sebenarnya boleh berlarutan sehingga ke peringkat dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal sejak awal lagi. Ammirul Ashraf, 18, mengakui masih menyimpan bantal dan selimut yang menjadi peneman tidurnya sejak dia berumur setahun.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui dia tidak berasa malu asalkan kedua-dua barangan itu berada bersamanya lebih-lebih lagi ketika waktu tidur atau apabila keluar dari rumah untuk tempoh yang lama. Bercerita mengenai tabiatnya, segala-galanya bermula ketika Ammirul Ashraf berusia setahun apabila ibunya memberi sebiji bantal untuk dipeluk. Niat ibunya adalah supaya Ammirul dapat tidur nyenyak. Namun, lain pula jadinya. Sejak itu, Ammirul Ashraf tidak pernah meninggalkan bantal busuknya itu. Bahkan, dia akan membawanya ke mana-mana sahaja apabila dia keluar rumah. Bagaimanapun, tabiat gemar melekat dengan bantal busuk itu hanyalah bersifat sementara. Ammirul Ashraf mengakui apabila melangkah ke alam remaja, sifat malu datang dengan sendiri.

Menyorokkan bantal

Justeru, bantal busuk itu terbatas penggunaannya iaitu hanya apabila dia berada di rumah sahaja. "Saya rasa tabiat ini tidak memudaratkan kesihatan kerana saya hanya memerlukan bantal berkenaan sebagai peneman tidur sahaja dan bukanlah dikendong ke mana-mana saja seperti anak kecil," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini. Lelaki yang tidak lekang dengan senyuman itu memberitahu, dengan adanya bantal tersebut, dia dapat tidur lena dengan memeluknya.

Ketika ditanya sama ada tabiatnya itu mendapat tentangan keluarga, Ammirul hanya melemparkan senyuman. Ujar Ammirul Ashraf, ibu termasuk adik-beradiknya pernah membuat cubaan beberapa kali menyorokkan bantal kesayangannya itu. Mengimbau pengalaman terpaksa berenggang dengan bantal itu beberapa kali, Ammirul Ashraf mengakui dia tidak dapat tidur lena. Semuanya gara-gara salah seorang kakaknya menyorokkan bantal busuknya itu supaya Ammirul Ashraf meninggalkan tabiatnya itu. "Seingat saya, ia berlaku ketika saya masih kecil lagi. Masa itu memang susah untuk tidur. Saya cuba sedaya upaya mencarinya tetapi gagal dan akhirnya terlelap gara-gara penat," ungkapnya sambil memberitahu, dia jarang membasuh bantal busuknya.

Tidak berenggang

Selain bantal, Ammirul juga memiliki selimut busuk yang dimiliki sejak tiga tahun lalu. Akuinya, tabiat baharu itu wujud tanpa disedari sehingga dia ditegur ibunya. "Saya memang tidak sedar, tahu-tahu sahaja saya tidak boleh berenggang dengan selimut ini ketika mahu tidur," ujarnya. Ketika ditanya sama ada dia malu atau tidak dengan tabiatnya itu memandangkan dia seorang lelaki, Ammirul Ashraf mengakui dia tidak berasa malu kerana kedua-dua barangan itu akan dibawa bersama sewaktu tidur sahaja. Sehubungan itu, dia belum memasang niat untuk membuang bantal dan selimut busuknya itu kerana ia mempunyai nilai sentimental. Sementara itu, bagi Munirah Salim, 27, mempunyai anak yang menggemari bantal busuk bukan satu masalah kepadanya.

Ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Qaid Ariff Mohd. Hafiz itu memberitahu, anaknya yang baru berusia setahun sudah mempunyai selimut busuk sejak berumur empat bulan lagi.
Tuturnya, selimut tersebut digunakan untuk menyelimutkan tubuh badan anaknya itu. Namun, selepas beberapa bulan dia mengambil selimut itu untuk dibasuh dan menukarkannya kepada yang lain, anaknya itu kelihatan tidak keruan. "Ketika itu, Qaid asyik merengek sehinggalah saya berikan semula selimut terbabit barulah dia berasa tenang itupun selepas merenyukkannya dengan kain lain," ujar Munirah ketika ditemui baru-baru ini. Mengulas lanjut mengenai tabiat anaknya itu, Munirah memberitahu, selimut tersebut akan dibawa ke mana-mana sahaja walaupun untuk seketika.

"Bayangkan, kalau hendak ke stesen minyak mahupun kedai runcit, selimut itu pasti akan dibawa. Jika tiada selimutnya, dia memang tidak akan duduk diam, ada sahaja yang tidak kena. "Saya dan suami tidak akan lupa membawa selimutnya setiap kali keluar dari rumah," jelas Munirah mengakui dia juga mempunyai tabiat yang sama seperti anaknya ketika zaman kecilnya. Semasa zaman kecilnya, anak jati Perlis itu turut memiliki kain pelikat milik ayahnya. Tabiat itu mula timbul apabila ayahnya berkursus beberapa hari.

Pada masa itu, Munirah terlalu rapat dengan bapanya. Ketiadaan bapanya menyebabkan Munirah sentiasa menangis. Justeru, untuk memujuk Munirah, ibunya memberikan kain pelekat bapanya. Namun lama-kelamaan, Munirah, tidak dapat berenggang dengan kain pelikat tersebut sehinggalah umurnya berusia 12 tahun. "Namun, apabila semakin meningkat dewasa, timbul rasa malu dalam diri dan secara tidak langsung saya berjaya membuang tabiat itu tanpa sebarang paksaan," jelas Munirah sambil berharap anaknya itu juga mengikut jejaknya.


salam-ukhwah Wednesday, May 2, 2012


Kalau kamu marah, keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya
agar tidak menyakitkan mindamu....

Kalau kamu sedih, keluarkanlah air matamu jika itu dapat
melegakan kesedihanmu....

Kalau kamu benci, keluarkanlah kebencianmu agar tiada
lagi rasa kebencian itu....

Kalau kamu gembira, keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah
sepuas-puas hatimu....

TAPI INGAT........................!!!!!!!!!!

Kalau kamu malu....JANGAN SEKALI-KALI MENGELUARKAN KEMALUANMU...!!
KELAK BINASA DIRI!!! 


*** apa yg baik ambik jadi tauladan yang buruk buang jauh-jauh....*****

salam-ukhwah Monday, April 30, 2012

Saya ada baca satu artikel di surat khbar kosmo tentang salah satu penyakit dalam kategori orang kurang upaya. Agak menarik juga artikel ini dan saya ingin berkongsi dengan semua orang yang belum membaca tentang penyakit ni....kepada ibubapa atau sesiapa yang mempunyai hubungan dengan pesakit autisme ni bolehlah mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana banyak kelebihan/faedah yang boleh dinikmati golongan ni. Janganlah berasa malu jika mempunyai anak istimewa ini kerana itulah anugerah Tuhan untuk menguji umatNya.

Klik disini untuk membaca lanjut tentang mitos tentang anak autisme.
Klik disini untuk mendowload keistimewaan OKU bila mendaftar dengan JKM

salam-ukhwah Sunday, April 29, 2012


Album Terbaru Maher Zain......

192 kbps | 44 khz | MP3
Tracklist :

01 - I Love You So..

02 - Number One For Me.
03 - Mawlaya..
04 - My Little Girl..
05 - Forgive Me..
06 - One Big Family..
07 - Assalamu Alayka..
08 - Paradise..
09 - Masha Allah..
10 - Radhitu Billahi Rabba..
11 - Freedom..
12 - So Soon..
13 - Muhammad (pbuh)...
14 - Guide Me All The Way..
15 - Mawlaya (Arabic Version - Bonus Track)..
16 - Assalamu Alayka (Arabic Version - Bonus Track)..
17 - Radhitu Billahi Rabba (Arabic Version - Bonus Track)..


Klik disini untuk mendownload

salam-ukhwah Saturday, April 21, 2012

Disini saya hendaklah mengajar cara-cara menggunakan ultrasurf untuk pass internet yang disekat...jika komputer anda ada software antivirus kaspersky hendaklah diasble dan exit dulu sebelum menggunakan ultrasurf.Software ini boleh didownload disini sebelum menggunakannya.

1.Mula-mula disable dulu antivirus kaspersky
2.Buka kaspersky dan klik settings
3.untick enable protection dan klik kanan icon kaspersky

4.Lepas tu exit kaspersky
5.Buka ultrasurf dan tunggu contacting server.....
6.Status contacting server berjaya seperti gambar dibawah...

7.websites ultrasurf akan kuar dengan sendiri bila dah berjaya contacting server....

8.anda boleh lah buka websites yang dikehendaki seeprti facebook dan youtube tanpa disekat lagi....
***selamat mencuba kalu x berjaya leh la wat pertanyaan di komen****

salam-ukhwah

Isu yang hangat pada masa kini...aku terjumpa satu website yang wat komik lawak tentang ptptn....best juga la lawak dia...disini saya ingin kongsikan bersama-sama anda semua....sumbernya disini


salam-ukhwah Monday, April 16, 2012

Disini saya ingin berkongsi gambar yang agak menarik la....kalu pernah tengok gambar ini wat macam tidak pernah tengok lagi la....hahaha...apa pendapat anda semua tentang gambar di bawah....komen anda diperlukan...

 Maksud Sebenar FORGET????


KEJADIAN ULTRAMAN LAWAN RAKSASA DI STADIUM
 Burung Sebenar Dalam Permainan Angry Birds



 Aduh.....Peningnya lps naik Eye Of Malaysia....
Di Larang Meniru Semasa Exam....

salam-ukhwah


Ingin berkongsi dengan anda semua tentang tabiat tidur seorang bayi yang mempunyai pelbagai ragamnya....seronok juga dapat tengok gambar bayi untuk tatapan mata kita....hehehe klik disini.

salam-ukhwah Saturday, March 31, 2012

sudah lama aku minat dan terpesona pada dirimu....hatiku selalu bergebar dan bertanya adakah aku layak untuk miliki mu....sudah lama aku memerhati gerak-geri mu setiap kali berjumpa tidak kira di manapun.....selalu aku bertemu mu walaupun hati aku berasa berat untuk memiliki mu....aku selalu jeles dgn kwn-kwn aku yang semuanya ada.....dah lama aku idamankan mu....akhirnya aku dapat juga miliki mu pada bulan mei tahun lalu....walaupun aku tidak miliki lagi talinya....biarlah apa orang nak kata pun yang penting aku mampu untuk memiliki mu...inilah kereta yang aku beli dan menjadi idaman hatiku.....

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan seseorang perempuan.....hehehe....

Hasil Nukilan 
Kelantan Darul Naim
31 Mac 2012 bersamaan 8 Jamadilawal 1433H

salam-ukhwah Monday, March 19, 2012

rasanya sudah begitu lama saya tidak sempat update blog ini terlalu sibuk dgn keje yang tidak pernah abis dikerjakan...hehehe...rasanya ramai tertunggu nak baca blog ini...sori wat semua pembaca blog ini....dulu saya sempat menulis blog kerana kat ofis x ada keje banyak mcm sekarang. awal tahun nie sudah banyak program atau kursus terpaksa di buat mengikut perancangan bos tempat keje baru....pada 21-23 februari 2012 aku terpaksa menjadi urusetia kursus pengurusan aset dan kewangan bagi penyelia pdk bertempat di Sweet Beach Resort, Pasir Puteh. Tempatnya agak murah dan cantik untuk tempahan....hehehe..........
 
Pada 13-15 mac 2012 iaitu minggu lepas aku terpaksa menjadi ketua urusetia bengkel penyediaan profail pdk yang bertempat sama juga....memang memenatkan diri jer menjadi ketua untuk bengkel....semua perkara hendaklah berjalan dengan lancar yang perlu dipantau sepanjang bengkel.....aku juga berpeluang mengikuti kursus bahasa isyarat yang sedang berlangsung sekarang dari bulan februari hingga julai 2012. Dulu di tempat lama aku tidak berpeluang mengikuti kursus ini. 
Memang begitu meriah sekali kursus ini kerana mendapat sambutan dari orang awam,ngo dan anggota polis. Aku pun dah pandai sikit-sikit bahasa isyarat tetapi x leh lagi nak berkomunikasi dengan orang bisu n pekak....beberapa gambar saya update untuk pembaca blog....





  •  Tekun seorang guru bahasa isyarat mengajar anak muridnya....










  • Seorang anggota polis belajar bahasa isyarat.





  •  Guru bahasa isyarat adalah seorang OKU Pekak n Bisu
apa-apapun saya akan menulis lagi tentang pengalaman kerja di tempat sendiri berbanding tempat orang....walaupun keje disini agak memenatkan diri tetapi saya berasa gembira n senang bekerja dan ianya dapat menambahkan pengalaman keje saya.....


salam dari saya di negeri serambi mekah tempat kelahiran
26 Rabiulakhir 1433H

Visitors

Banner

" />