salam-ukhwah Thursday, August 16, 2012

selamat mencuba dan jadikan Hari Raya Aidilfitri 2012 menjadi meriah dengan ketupas daun palas.....

salam-ukhwah

 Perbezaan Kawasaki Ninja 250R (2008) dengan Kawasaki Ninja 250FI (2013)
 Motorsikal bakal muncul di pasaran malaysia pada tahun 2013 dan akan bersaing dengan Honda CBR250

new 2013 Ninja 250 specification

Engine type : 4 stroke, liquid cooled, parallel twin
Cylinder size : 249 cm3
Bore x Stroke : 62.0 x 41.2 mm
Compression ratio : 11.3 : 1
Max power : 23.5 kW (32 PS) / 11.000 rpm
Max torque : 21.0 Nm {2.1 kgf m} /10.000 rpm
Starter system : Electric Starter
Valve sytem : DOHC, 8 valves
Ignition : Digital
Fuel system : Fuel Injection System ( 28 mm x 2 ) with dual butterfly valve
Transmission : 6-speed, return shift
Frame: tube diamond, steel
Front suspension: 37 mm telescopic fork
Rear suspension: Uni-Trak with 5 preload
Front tyre: 110/70-17 M/C (54S)
Rear tyre: 140/70-17 M/C (66S)
Front brake: Single disc 290 mm diameter with dual-piston caliper
Rear brake: Single disc 220 mm diameter with dual-piston caliper
Length x width x height : 2.010 x 715 x 1.110 mm
Wheel axis length : 1.400 mm
Ground clearance : 785 mm
Fuel capacity : 17 litres
Max weight : 172 kg / 174 kg ( ABS model)

salam-ukhwah Wednesday, August 15, 2012

Dah lama x update blog ni...ambo teringat jer bila ari raya bakal menjelma tidak lama lagi....dulu masa tinggal kat Negeri Pulau Pinang ambo akan pulang ke kampung halaman menaiki motorsikal LC135 merentasi banjaran titiwangsa..memang seronok n bestnya dapat pulang ke kampung menaiki motorsikal....rindu nyer akan adventure pulang ke kelantan dari pulau pinang naiki motorsikal....x tau bila lagi leh naik motorsikal macam dulu....ambo ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin jika ada kesilapan dan salah silap dulu masa ambo duk bertugas di Negeri Mutiara.....

salam-ukhwah Saturday, August 11, 2012




Ari nie ambo telah g pasaraya Mydin untuk beli bahan-bahan membuat kek coklat....memang ramai sangat orang tadi....akhirnya tercapai juga cita-cita nak jadi chef masak kek coklat kukus...hehe,percubaan pertama kali memang menjadi...sedap juga kek coklat kukus nie dimakan sewaktu berbuka puasa....memang senang jer nak wat kek nie x payah beli oven pun...resepi nie ambo ambik kat dlm internet jer...selamat mencuba buat semua....untuk tempahan tidak dibuka lagi...nati dah pandai n cantik baru leh wat tempahan....hahaha 


  • Resepi Kek Coklat Kukus
  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu pekat dan minyak jagung ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.

salam-ukhwah Monday, July 16, 2012

Di sini ambo hendak berkongsi dengan anda semua tentang makanan yang popular di negeri serambi mekah. semua gambar yang dipaparkan adalah kegemaran ambo tambahan pulak bila menjelang ramadhan nati....hehe,sesiapa yang belum mencuba makanan kelate bolehlah mencuba kesedapan makanan negeri kelantan...




salam-ukhwah Thursday, May 10, 2012

Basyar baru beli buku baru. Buku baru Basyar bertajuk ‘ Bila Basri Belajar Berdikari’. Buku baru Basyar berkisahkan Basri baru belajar berdikari. Bila Basyar baca buku baru bertajuk ‘ Bila Basri Belajar Berdikari’, Basyar berasa berilmu berserta boleh berdikari. Basyar beri buku baru bersama bungkusan buah-buahan buat Bala. Basyar beri buku baru buat Bala bertambah berilmu bagi bantu Ben.


Bala berasa bahagia bila Basyar beri bukunya. Basyar berasa bangga bila Bala baca bukunya bersungguh betul. Bila Bala baca buku baru Basyar, Bala berasa berilmu. Bala biasanya bacakan bukunya buat Ben. Bila Basyar beri Bala buku barunya, Bala bacakan buat Ben. Ben buta beranak. Bala bersedih bila Ben bercerita berkenaannya. Bila Ben berkata Ben baru belajar, Bala bertekad bantu Ben belajar. Bala bacakan buku baru Basyar biar Ben belajar berdikari.


Bila Ben belajar berdikari, Ben boleh buat banyak benda. Buta bukan bebanan berat buat Ben. Ben berasa bertuah bila Bala bersama Basyar bantunya. Bila Ben berilmu Ben bantu budak-budak belajar. Bila budak-budak belajar, budak-budak berjaya, berguna berserta berilmu.


Bila budak-budak besar, budak-budak besar bantu berserta bimbing bekas banduan beralih buat baik. Bekas banduan berjaya berubah berkat bantuan budak-budak besar. Bekas banduan berusaha buat baik bagi bersihkan bumi.


Begitulah berakhirnya bebelan Bie.

sumber disini

salam-ukhwah Thursday, May 3, 2012

KEPADA sesetengah individu terutama si kecil, fasa untuk melelapkan mata mungkin terganggu atau mengambil masa yang agak panjang sekiranya bantal busuk tiada di sisi. Bahkan kepada si kecil, ada yang merengek-rengek, gelisah, menangis atau menyusu dengan selesa sekiranya kehilangan bantal busuk. Fenomena bantal busuk hakikatnya bukan isu yang berlegar dalam kalangan si kecil. Sebaliknya, bantal busuk iaitu objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika mahu tidur ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa.

Bantal busuk hanya istilah yang dilabelkan kepada objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika tidur. Bantal busuk juga boleh bermaksud selimut, sapu tangan, kain pelikat, kepala anak patung, patung beruang dan sebagainya. Hari ini, masih ada dalam kalangan orang dewasa yang terbawa-bawa dengan tabiat bantal busuk yang menjadi kelaziman sejak kecil. Bahkan, tidak mustahil tabiat yang sama terbawa-bawa ke alam perkahwinan. Walaupun objek yang menjadi bantal busuk sudah bertukar warna, kepam dan berbau, namun ia tetap menjadi pujaan kepada pemiliknya. Bantal busuk seolah-olah mempunyai kuasa yang luar biasa.

Wajib bersama

Pemilik dan bantal busuknya umpama isi dengan kuku. Barangkali kepada mereka yang memiliki bantal busuk, hidup mereka bukan sahaja tidak sempurna tanpanya, malah boleh menyebabkan si pemilik menjadi tidak keruan. Justeru, tidak hairanlah jika si pemilik dan bantal busuknya wajib bersama walau ke mana-mana saja. Bagaimanapun, ada sesetengah pihak menyifatkan tabiat itu hanyalah bersifat sementara iaitu pada zaman kanak-kanak sahaja. Namun, tabiat itu sebenarnya boleh berlarutan sehingga ke peringkat dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal sejak awal lagi. Ammirul Ashraf, 18, mengakui masih menyimpan bantal dan selimut yang menjadi peneman tidurnya sejak dia berumur setahun.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui dia tidak berasa malu asalkan kedua-dua barangan itu berada bersamanya lebih-lebih lagi ketika waktu tidur atau apabila keluar dari rumah untuk tempoh yang lama. Bercerita mengenai tabiatnya, segala-galanya bermula ketika Ammirul Ashraf berusia setahun apabila ibunya memberi sebiji bantal untuk dipeluk. Niat ibunya adalah supaya Ammirul dapat tidur nyenyak. Namun, lain pula jadinya. Sejak itu, Ammirul Ashraf tidak pernah meninggalkan bantal busuknya itu. Bahkan, dia akan membawanya ke mana-mana sahaja apabila dia keluar rumah. Bagaimanapun, tabiat gemar melekat dengan bantal busuk itu hanyalah bersifat sementara. Ammirul Ashraf mengakui apabila melangkah ke alam remaja, sifat malu datang dengan sendiri.

Menyorokkan bantal

Justeru, bantal busuk itu terbatas penggunaannya iaitu hanya apabila dia berada di rumah sahaja. "Saya rasa tabiat ini tidak memudaratkan kesihatan kerana saya hanya memerlukan bantal berkenaan sebagai peneman tidur sahaja dan bukanlah dikendong ke mana-mana saja seperti anak kecil," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini. Lelaki yang tidak lekang dengan senyuman itu memberitahu, dengan adanya bantal tersebut, dia dapat tidur lena dengan memeluknya.

Ketika ditanya sama ada tabiatnya itu mendapat tentangan keluarga, Ammirul hanya melemparkan senyuman. Ujar Ammirul Ashraf, ibu termasuk adik-beradiknya pernah membuat cubaan beberapa kali menyorokkan bantal kesayangannya itu. Mengimbau pengalaman terpaksa berenggang dengan bantal itu beberapa kali, Ammirul Ashraf mengakui dia tidak dapat tidur lena. Semuanya gara-gara salah seorang kakaknya menyorokkan bantal busuknya itu supaya Ammirul Ashraf meninggalkan tabiatnya itu. "Seingat saya, ia berlaku ketika saya masih kecil lagi. Masa itu memang susah untuk tidur. Saya cuba sedaya upaya mencarinya tetapi gagal dan akhirnya terlelap gara-gara penat," ungkapnya sambil memberitahu, dia jarang membasuh bantal busuknya.

Tidak berenggang

Selain bantal, Ammirul juga memiliki selimut busuk yang dimiliki sejak tiga tahun lalu. Akuinya, tabiat baharu itu wujud tanpa disedari sehingga dia ditegur ibunya. "Saya memang tidak sedar, tahu-tahu sahaja saya tidak boleh berenggang dengan selimut ini ketika mahu tidur," ujarnya. Ketika ditanya sama ada dia malu atau tidak dengan tabiatnya itu memandangkan dia seorang lelaki, Ammirul Ashraf mengakui dia tidak berasa malu kerana kedua-dua barangan itu akan dibawa bersama sewaktu tidur sahaja. Sehubungan itu, dia belum memasang niat untuk membuang bantal dan selimut busuknya itu kerana ia mempunyai nilai sentimental. Sementara itu, bagi Munirah Salim, 27, mempunyai anak yang menggemari bantal busuk bukan satu masalah kepadanya.

Ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Qaid Ariff Mohd. Hafiz itu memberitahu, anaknya yang baru berusia setahun sudah mempunyai selimut busuk sejak berumur empat bulan lagi.
Tuturnya, selimut tersebut digunakan untuk menyelimutkan tubuh badan anaknya itu. Namun, selepas beberapa bulan dia mengambil selimut itu untuk dibasuh dan menukarkannya kepada yang lain, anaknya itu kelihatan tidak keruan. "Ketika itu, Qaid asyik merengek sehinggalah saya berikan semula selimut terbabit barulah dia berasa tenang itupun selepas merenyukkannya dengan kain lain," ujar Munirah ketika ditemui baru-baru ini. Mengulas lanjut mengenai tabiat anaknya itu, Munirah memberitahu, selimut tersebut akan dibawa ke mana-mana sahaja walaupun untuk seketika.

"Bayangkan, kalau hendak ke stesen minyak mahupun kedai runcit, selimut itu pasti akan dibawa. Jika tiada selimutnya, dia memang tidak akan duduk diam, ada sahaja yang tidak kena. "Saya dan suami tidak akan lupa membawa selimutnya setiap kali keluar dari rumah," jelas Munirah mengakui dia juga mempunyai tabiat yang sama seperti anaknya ketika zaman kecilnya. Semasa zaman kecilnya, anak jati Perlis itu turut memiliki kain pelikat milik ayahnya. Tabiat itu mula timbul apabila ayahnya berkursus beberapa hari.

Pada masa itu, Munirah terlalu rapat dengan bapanya. Ketiadaan bapanya menyebabkan Munirah sentiasa menangis. Justeru, untuk memujuk Munirah, ibunya memberikan kain pelekat bapanya. Namun lama-kelamaan, Munirah, tidak dapat berenggang dengan kain pelikat tersebut sehinggalah umurnya berusia 12 tahun. "Namun, apabila semakin meningkat dewasa, timbul rasa malu dalam diri dan secara tidak langsung saya berjaya membuang tabiat itu tanpa sebarang paksaan," jelas Munirah sambil berharap anaknya itu juga mengikut jejaknya.


salam-ukhwah Wednesday, May 2, 2012


Kalau kamu marah, keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya
agar tidak menyakitkan mindamu....

Kalau kamu sedih, keluarkanlah air matamu jika itu dapat
melegakan kesedihanmu....

Kalau kamu benci, keluarkanlah kebencianmu agar tiada
lagi rasa kebencian itu....

Kalau kamu gembira, keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah
sepuas-puas hatimu....

TAPI INGAT........................!!!!!!!!!!

Kalau kamu malu....JANGAN SEKALI-KALI MENGELUARKAN KEMALUANMU...!!
KELAK BINASA DIRI!!! 


*** apa yg baik ambik jadi tauladan yang buruk buang jauh-jauh....*****

salam-ukhwah Monday, April 30, 2012

Saya ada baca satu artikel di surat khbar kosmo tentang salah satu penyakit dalam kategori orang kurang upaya. Agak menarik juga artikel ini dan saya ingin berkongsi dengan semua orang yang belum membaca tentang penyakit ni....kepada ibubapa atau sesiapa yang mempunyai hubungan dengan pesakit autisme ni bolehlah mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana banyak kelebihan/faedah yang boleh dinikmati golongan ni. Janganlah berasa malu jika mempunyai anak istimewa ini kerana itulah anugerah Tuhan untuk menguji umatNya.

Klik disini untuk membaca lanjut tentang mitos tentang anak autisme.
Klik disini untuk mendowload keistimewaan OKU bila mendaftar dengan JKM

salam-ukhwah Sunday, April 29, 2012


Album Terbaru Maher Zain......

192 kbps | 44 khz | MP3
Tracklist :

01 - I Love You So..

02 - Number One For Me.
03 - Mawlaya..
04 - My Little Girl..
05 - Forgive Me..
06 - One Big Family..
07 - Assalamu Alayka..
08 - Paradise..
09 - Masha Allah..
10 - Radhitu Billahi Rabba..
11 - Freedom..
12 - So Soon..
13 - Muhammad (pbuh)...
14 - Guide Me All The Way..
15 - Mawlaya (Arabic Version - Bonus Track)..
16 - Assalamu Alayka (Arabic Version - Bonus Track)..
17 - Radhitu Billahi Rabba (Arabic Version - Bonus Track)..


Klik disini untuk mendownload

Visitors

Banner

" />