Kisah seorang pemuda dalam sebuah kampong. Pemuda tersebut selalu solat berjemaah di masjid. Setiap kali solat berjemaah pemuda tersebut tidak pernah tertinggal rakaat awal untuk solat lima waktu. Pada suatu hari pemuda tersebut datang ke majid agak lewat dan semua orang sudah solat berjemaah. Pemuda itu terus pergi mengambil wuduk dengan agak cepat kerana takut kehilangan rakaat pertama bersama iman. Ketika membasuh kaki kanan untuk sempurna wuduk, air paip tiada. Pemuda itu hanya sempat membasuh kaki sebelah kanan saja dan sebelah kiri tidak sempat kerana tiada air. Pemuda itu berlari untuk mengerja rakaat pertama bersama iman. Dia solat dengan berdiri sebelah kaki kanan sampai selesai solat berjemaah. Setelah selesai solat orang ramai berasa hairan dan menanyakan pemuda tersebut kenapa solat berdiri sebelah kaki saja dan mengikut mazhab mane dengan kelakuan tersebut. Pemuda tersebut menjawab, dia tidak sempat membasuh kaki sebelah kiri kerana air tiada dan terus pergi solat. Dia berdiri sebelah kaki kerana takut batal solatnya jika sebelah kakinya yang tidak basuh tersebut menjejak di atas lantai. Orang ramai terus ketawa dengan kata-katanya serta tingkahlakunya yang tidak pernah dibuat oleh orang ramai……..
0 comments:
Post a Comment