salam-ukhwah
Monday, October 25, 2010
Anda mencari cinta?cinta sejati atau cinta palsu?awaslah dalam pencarian cinta agar tidak terperangkap dengan cinta bertuhankan nafsu. Menurut Al-Farabi berkata:”cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang dilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan”. Marilah kita renungkan adalah kita tergolongan dalam golongan yang disamakan dengan haiwan???.
Tahukah anda bahawa cinta bertuhankan nafsu tidak membawa bahagia?. Ini kerana cinta tersebut hanyalah bersifat sementara saja tidak kekal selamanya. Manusia pada akhir zaman ini banyak terjerumus dalam cinta berlandaskan nafsu semata-mata. Kita hari ini banyak dengar dan baca dari media masa dengan kejadian buang bayi,khalwat dengan isteri/suami orang,berzina dan sebagainya.
Ketahuilah bahawa kekasih sejati mempunyai ciri-ciri yang baik dalam kehidupan seharian iaitu:
Ø Menjaga maruah dan harga diri pasangan.
Ø Menjauhi pergaulan bebas/berkhalwat/berzina.
Ø Tidak mengunjungi pusat hiburan yang membuka ruang kepada perlakuan tidak berakhlak.
Ø Tidak menyaksikan bahan-bahan lucah/filem-filem cinta yang melalaikan.
Ø Tidak menghayati lagu-lagu cinta yang mengasikkan.
Ø Tidak memandang dengan hawa nafsu.
Kesimpulannya kita sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai nafsu,jiwa,naluri,perasaan,akal tidak terlepas dari berkehendak akan percintaan. Dua batang kayu disatukan dengan paku. Dua ketul batu disatukan dengan simen. Dua hati disatukan dengan apa? Jika dua hati disatukan dengan Yang Satu(Allah), pasti mudah kedua-duanya bersatu. Indahnya kehidupan apabila cinta bertasbih(memuji Allah) tetapi binasalah diri apabila kita bertasbihkan cinta. Mencintai Allah adalah modal membina bahagia. Sesaiap yang lebih mencintai Allah, dialah yang lebih mencintai pasangannya. Oleh itu, carilah cinta Allah, nescaya kita bertemu cinta sejati yang berkekalan dalam kehidupan.
“Katakanlah (Wahai Muhammad):”Wahai hamba-hambaKu yang telah melampui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;Sesungguhnya Dial ah jua Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.”(Al-Quran,surah az-Zumar,ayat 53)
0 comments:
Post a Comment