salam-ukhwah Monday, December 27, 2010


Bahagian 1

Al-kisah ini terjadi di Negeri Pokok Pelambung, seekor pekerja tebuan yang tinggal dalam komuniti sarang yang terletak di atas dahan pokok batu yang rendang. Tebuan ini pada dulunya seorang pekerja tebuan sarang dimana melakukan tugas mencari makanan dan bahan untuk membaiki serta membuat sarang. Atas kerajinannya dan pengapu yang berjaya pekerja tebuan ini dilantik sebagai raja di sarang yang baru di negeri tersebut.

Dengan statusnya sekarang sebagai raja tebuan telah melakukan perubahan dalaman sarang tersebut. Raja tebuan tersebut telah mengarahkan pekerja tebuan bekerja siang malam bagi membesarkan lagi sarangnya. Perkara ini berlaku selepas raja tebuan tersebut mengetahui tentang pertandingan sarang paling besar dan cantik. Seluruh anak buahnya taat akan perintah yang dikeluarkan kerana takut akan tindakan buang dari komuniti sarang tersebut.

Raja tebuan tersebut mendapat pujian dari ‘king segala raja’ tebuan akan kepandaian menjaga anak buahnya dan kebijaksanaan menguruskan sarang baru. Sarang baru yang diperintah oleh raja tebuan tersebut semakin membesar dan memenangi pertandingan tersebut di tempat pertama tanpa di gugat oleh mana-mana sarang yang lain. Dengan angkuhnya, raja tebuan bermegah pangkat yang diberikan oleh ‘king segala raja’. Ketinggian ego dan bongkah raja tebuan tersebut memerintahkan sarangnya yang besar setelah menang pertandingan. Raja tebuan itu tidak mempunyai kawan untuk berkongsi masalah dan menjadi pendengar luahan ati kerana ego dan angkuhnya hanya menjadi pengikut setianya dalah golongan pekerja tebuan yang kaki pembodek dan pengampu.

Raja tebuan itu dengan suka atinya menghalang pekerja tebuan dari berhijrah ke sarang baru. Berbagai halangan dilakukan oleh raja tebuan itu dengan menguatkuasakan undang-undang dibawah akta sarang di Negeri Pokok Pelampung. Undang-undang tersebut menyebut adalah mana-mana pekerja tebuan yang ingin berhijrah ke sarang baru hendaklah bekerja di sarangnya sekurang-kurangnya 10 tahun dan juga mendapat persetujuan dari raja tebuan. Tindakan akan dikenakan kepada pekerja tebuan yang ingkar atau melawan undang-undang dimana akan dihalau dari sarangnya semata-mata serta tidak mendapat tempat dari mana-mana sarang baru. Perkara paling teruk sekali dilakukan oleh raja tebuan itu dengan menjatuhkan hukuman penjara kepada mana-mana pekerja tebuan yang ingkar atau melawan undang-undang.

Tindakan dilakukan oleh raja tebuan itu bagi menjaminkan statusnya yang cemerlang dan prestasi baik tercalar dari tindak tanduk pekerja tebuan. Raja tebuan itu dengan angkuhnya memberikan ucapan dalam majlis yang dihadiri oleh semua pekerja tebuan…….

Kisah ini bersambung lagi…..

Hasil Nukilan Salamuhafie
Pulau Pinang 27 Disember 2010
Bersamaan 21 Muharram 1432 Hijrah

0 comments:

Post a Comment

Visitors

Banner

" />