salam-ukhwah
Wednesday, January 12, 2011
Setelah hampir 3 tahun raja tebuan memerintah sarangnya tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana tebuan pekerja.Sewaktu hari Raja tebuan ini mendapat mimpi yang amat buruk hingga mengejutkan dirinya dari tidur yang panjang.Dalam mimpi tersebut raja tebuan itu mendapat tahu tentang sekumpulan tebuan pekerja mengatur rancangan bagi menjatuhkannya.Maka keesokkan harinya Raja tebuan itu membuat mesyuarat antara kaki pembodek yang setia dengannya.Raja tebuan itu mendengar pendapat dari ahli sekutunya iaitu kaki pembodek.Di antara cadangan yang dikemukakan oleh ahli sekutunya iaitu mempenjarakan salah seorang penentang.
Setelah mendengar pendapat ahli sekutunya Raja tebuan tersebut memutuskan untuk memenjarakan salah seorang penentang itu.Penentang itu ditangkap dan dijatuhkan hukum oleh Raja tebuan itu dengan memenjarakan seumur hidup penentang itu.Salah seekor dari pekerja tebuan itu merasakan kawannya yang dipenjarakan tidak bersalah dan menjadi mangsa kepada ketidakadilan Raja tebuan itu dan sekutunya.Sedih bercampur terkilan diselubungi oleh seluruh tebuan pekerja dalam sarang raja tebuan itu.Walaupun perkarat ersebut tidak pernah terlintas dalam minda semua pekerja tebuan untuk memberontak dan menjatuhkan Raja tebuan itu.
Raja tebuan itu berasa gembira dan dengan angkuhnya berkata kepada semua pekerja tebuan inilah balasan orang yang hendaklah melawannya.Raja tebuan itu mahu semua pekerja tebuan menjadikan peristiwa itu sebagai titik hitam dalam kehidupan mereka semua.Penentang itu berasa dirinya dianiyai oleh golongan kaki pembodek raja tebuan yang dengki.Malam pesta telah diaturkan oleh kaki pembodek itu untuk Raja tebuan bagi meraikan kejayaan mereka semua menghukumkan penentang.
Kesepian dan kesedihan penentang itu ketika berada dalam penjara keseorangan dimana di luarnya pesta bergema dengan suara meriuh-rendah sarang itu.
bersambung lagi.....
Hasil Nukilan Salamuhafie
Desa Jawi 11 Januari 2011
Bersamaan 06 Safar 1432Hijrah
0 comments:
Post a Comment