salam-ukhwah Thursday, March 24, 2011


Dalam dunia sekarang ni banyak manusia yang bermuka dua. depan orang ramai manusia itu berlakon dengan perwatakan baik dan percakapan yang manis bagi mencerminkan dirinya seorang yang baik hati dan perihatin terhadap sesuatu perkara. di belakang orang ramai manusia itu mula menunjukkan belang yang disembunyikan selama ini dan segala perwatakan yang baik serta percakapan manis itu dah tiada lagi.

manusia itu dengan angkuhnya melakukan tindakan yang menunjukkannya serba tahu dan ingin menunjukkan kepada orang lain bahawa dia seorang saja mampu melakukan. manusia seperti ini sangat patuh pada peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang ciptaan manusia tetapi undang-undang akhirat manusia itu tidak pernah patuh.


manusia itu hanya mementingkan pangkat yang diperolehi dan suka menunjukan kepada orang ramai akan ketinggian pangkatnya. sikapnya yang membuatkan dirinya berasa cukup sempurna berbanding dengan orang ramai ataupun orang bawahannya. manusia itu mahu pangkatnya dinaikkan lagi kerana semua perkara dia tahu dan mampu menangani masalah atau perkara yang dianggap olehnya tidak mampu dilakukan oleh orang lain...manusia ini terlalu bermegah dengan pangkat diperolehi dan berego tinggi di hadapan orang bawahannya.


Hasil Nukilan :
Pulau Pinang 24 Mac 2011
bersamaan 19 Rabiulakhir 1432 Hijrah

0 comments:

Post a Comment

Visitors

Banner

" />