salam-ukhwah
Tuesday, March 15, 2011
kita hidup di dunia sekarang bagaikan satu permainan bola sepak apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara. kita sebagai orang awam yang mahu menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. kita hendaklah mendapat perkhidmatan yang ditawarkan selalu ditolak ke sana sini bagaikan permainan bola sepak...kita tengoklah orang bermain bola sepak,apabila seseorang itu mendapat bola dia akan sepak bola untuk mendapatkan jaringan gol ataupun membahagi kepada kawannya.
perkara terjadi kepada aku senasib dengan panda di dalam gambar diatas....dimana disepak oleh manusia yang tidak berhati perut. bermacam-macam sepak terajang yang dilakukan oleh manusia itu bagi menyelesaikan masalah nya dengan senang. manusia itu tidak pernah fikir perkara tersebut juga bakal terjadi kepada mereka juga jika manusia itu mengianyai insan yang lain....perkara itu bakal terjadi lambat atau cepat jer...
aku telah membuat tiga permohonan pertukaran tempat kerja ke HQ kerana tidak seronak nak bekerja ditempat sekarang. pada permohonan pertama aku telah menghantar kepada HQ negeri untuk pertukaran. lama aku menanti permohonan aku dihantar HQ KL. hampir 6 bulan aku menanti tiada jawapan dari HQ negeri. satu hari telah menelefon ke HQ Negeri untuk mengetahui status permohonan pertukaran aku tetapi aku dikhabarkan dengan berita kurang baik dimana surat permohonan aku hilang ditangan seseorang yang berpangkat tinggi. beginikah seorang yang bergelar golongan profesional menjalankan kerja hinggakan surat boleh hilang. orang itu yang begelar gologan profesional cakap didepan semua manis serta penuh berkaliber dan pandai dalam semua hal tetapi surat orang pun boleh hilang. bagi aku tidak ada profesionalnya kalu benda sebegini leh terjadi. bayangkan kalu surat itu dari orang awam kepada kerajaan mesti heboh satu malaysia. surat permohonan dihantar sekali lagi dan jawapan diterima pada kali pertama permohonan tiada kekosongan ditempat aku minta...surat permohonan kali kedua aku telah menghantar permohonan ke HQ tetapi jawab yang diterima pun sama juga. kali ketiga aku menghantar surat permohonan pertukaran tetapi jawapan diberi kali ini berbeza untuk surat pertama dan kedua.jawapan diterima kali ini adalah tempoh khidmat aku tidak sampai tiga tahun. logik kah alasan diberikan sedemikian kerana kenapa tidak berikan pada permohonan pertama dan kedua. sedangkan permohonan aku kali tiga sudah hampir tiga tahun aku berkhidmat cuma x cukup 7 hari lagi jer....mungkinkah aku ini tidak pakai kabel besar untuk meluluskan permohonan aku..aku cuma ikut prosedur jabatan jer macam kabel kecil diatas yang mempunyai wayar kecil pula didalam....nasib ku sungguh malang disepak dan diteranjang begitu jer...
aku mendapat tahu tentang seseorang itu mendapat kelulusan pertukaran sekejap jer x sampai 3 minggu dah tau keputusan sebab dia menggunakan kabel besar sedangkan permohonan dia tidak disokong. berbanding permohonan aku disokong tetapi tidak mendapat kelulusan serta lambat diproses dan keputusan diketahui selepas 3 bulan...beginilah nasib aku seorang kerja bawahan di jabatan kerajaan yang penuh dengan kaki bodek dan kaki kabel..geram betul sikap diorang semua itu....
Hasil Nukilan:
Pulau Pinang 15 Mac 2011
bersamaan 10 Rabiulakhir 1432 Hijrah
0 comments:
Post a Comment