salam-ukhwah Sunday, May 26, 2013

Umum mengetahui bahawa bangunan paling tinggi di dunia sekarang ini adalah bangunan Burj Khalifa yang terletak di Dubai. Bangunan yang mempunyai ketinggian 829.3 meter telah siap dibina pada 1 Oktober 2009 dan mengambil masa lebih kurang 5 tahun. Tetapi, tidak lama lagi sebuah lagi bangunan pencakar langit akan dapat menandingi Burj Khalifa itu. Bangunan berkenaan diberi nama Sky City dan sedang dibina di China. Selain daripada ketinggian yang mencecah 838 meter, apa yang lebih menariknya tentang bangunan ini adalah masa yang diambil untuk membinanya hanyalah 3 bulan sahaja! Jom kita tengok bagaimana rupa “kota langit” ini.

skycity Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

sky city

skycity01 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

pandangan dari bawah bangunan

skycity02 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

untuk mengurangkan pelepasan CO2, mekanisme untuk melindungi daripada solar terlampau akan dipasang

skycity03 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

taman di bahagian atap

skycity04 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

pokok, pokok, dan lebih banyak pokok lagi

skycity05 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

pandagan dari atas

skycity06 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

pandangan dari atas lagi

skycity07 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

sky city yang kacak

skycity08 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

mega tower ini akan didirikan di landskap semula jadi

skycity09 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

pandangan di waktu malam

skycity10 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

grafik yang menunjukkan garis masa bangunan ini disiapkan

skycity11 Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan

perbezaan tinggi Sky City dengan bangunan pencakar langit yang lain

Bangunan ini telah mula dibina pada bulan Mac 2013 dan dijangka akan siap pada bulan hadapan (Jun 2013) dengan tempoh masa keseluruhan untuk menghasilkan bangunan ini hanyalah selama 7 bulan sahaja. Walaupun mengambil masa yang singkat, bangunan 220 tingkat ini mempunyai daya tahan yang sangat kukuh sama seperti bangunan pencakar langit lain yang mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan.

sumber disini

salam-ukhwah Sunday, May 12, 2013

Model: Galaxy S4 GT-i9500
Phone Style: Bar, multi-touch screen, 5 inch HD screen
Operating System: Android 4.2.2 OS(upgraded on May 06)
Processor: 1.6GHz quad-core MTK MT6589 processor
RAM:2GB(upgraded on May 06)
ROM:32GB(16GB+16GB)

Latest firmware update:
1:Boot screen Samsung Galaxy S4
...See More
、MP4、3GP、MOV、MKV、FLV
Audio Player: FLAC、APE、MP3、OGG、AMR、AAC
Image: JPG、PNG、BMP、
GIF
Ringing Tones: Downloadable
Message: SMS, MMS, Email
Phone Book: 100000 contacts
Brower: HTML
Interface/Port:
Game: Downloadable
Radio: FM
G-sensor
Range sensor
Multi-task
Auto brightness adjust
Interface/Port: 3.5mm earphone jack / mini USB
BatteryBattery: Li-on battery 2600mAh
Standby Time: 150-200 hours
Talking time:18-20hours.
Multi-Language support:support 39 countries language.

Memory
Memory: 32GB + 2GB RAM
Memory Card: Support microSD/microSDHC memory card, up to 64GB, support App2SD


klik disini untuk tgk video S4

salam-ukhwah Thursday, April 25, 2013

Jom kita merehatkan minda dengan pandangan ke atas gambar dibawah…apa komen anda??memang dapat melariskan jualan nasi lemak….hehehe

TUwwvGP

salam-ukhwah

Samsung hari ini telah pun melancarkan Galaxy S4 secara rasminya, dan semestinya apa yang dikatakan ramai adalah berkenaan dengan rekabentuk peranti berkenaan yang menyerupai Galaxy S3.
Jadi, mari kita lihat perbandingan antara kedua-dua peranti ini daripada apa yang kita ketahui buat masa ini.

Spesifikasi  
   
Galaxy S4 Galaxy S3
Cip 4+4 Teras 1.6Ghz Cip Empat Teras 1.4Ghz
Skrin 5-inci (HD penuh) Skrin 4.8-inci
Kamera 13MP / 2MP Kamera 8MP / 1.9MP
Memori 2GB RAM Memori 1GB RAM
Bateri 2600mAh Bateri 2100mAh

Samsung Galaxy S3 telah dilancarkan pada tahun lepas, maka perbezaan antara kedua-dua peranti ini daripada spesifikasi semestinya adalah ketara, dengan Galaxy S4 mendahului S3 dalam pelbagai perkara.
Samsung Galaxy S4 didatangkan dengan peningkatan dari segi skrin yang kini membawakan paparan resolusi penuh untuk gambar yang lebih tajam dan jelas, serta dilengkapi dengan cip pemprosesan lapan teras (4+4) daripada Samsung, iaitu Exynos 5 OctaCore.
Kedua-dua peranti ini turut sama didatangkan dengan bateri yang boleh ditanggalkan, disamping menyertakan ruangan mikro-SD sekiranya pengguna inginkan ruangan storan yang lebih besar.
Rekabentuk
Rekabentuk kedua-dua peranti ini boleh dikatakan lebih kurang sama tanpa sebarang perubahan yang besar. Namun, Samsung mengatakan Galaxy S4 lebih solid berbanding dengan peranti generasi sebelumnya.


Seperti dapat dilihat, Galaxy S3 membawakan rekabentuk yang lebih membujur berbanding S4, selain mana Galaxy S4 membawakan rekaan bahagian tepi kerangka yang lebih nipis.
Pada bahagian belakang peranti pula, kedudukan flash turut diubah untuk memberikan kesan pencahayaan yang lebih baik, disamping kedudukan speaker pada bahagian bawah Galaxy S4.

Aplikasi

Samsung pada peranti Galaxy S3 dan Galaxy S4 membawakan pelbagai sokongan dan aplikasi baru. Galaxy S3 memperkenalkan sokongan Smart Stay yang membawakan sokongan pengesanan adakah pengguna memandang peranti ataupun tidak. Samsung kelihatan terus menambah baiknya pada Galaxy S4, dengan menyertakan sokongan dinamakan Smart Scroll, dan juga Smart Pause.
Selain itu, S-Voice yang diperkenalkan pada Galaxy S3 turut ditambah baik dengan kebolehan untuk digunakan ketika memandu pada Galaxy S4.
Sokongan lain yang turut ditambah pada Galaxy S4 adalah termasuk kebolehan untuk mengasingkan penggunaan peranti untuk pekerjaan dan peribadi melalui Samsung Knox, serta beberapa fungsi baru lain, seperti S-Health dan S-Translator.
Walaupun beberapa fungsi ini dikatakan akan disertakan pada Galaxy S3, namun ia masih tidak diketahui bilakah ia akan tiba.
Samsung Galaxy S4 bakal mula dijual bermula penghujung April 2013 ini, dan semestinya kita akan dapat ketahui bagaimanakah perbezaanya ketika digunakan pada tangan, selain pelbagai perkara lain padanya.
Jadi, sekiranya anda, adakah akan kekal menggunakan Galaxy S3 ataupun menaik-taraf kepada Galaxy S4?

sumber disini

salam-ukhwah Sunday, April 21, 2013

MTK6589 Quad Core 1.2GHz Galaxy S3 Smart Phone
Android 4.1, 3G (WCDMA)+GSM, MTK6577 dual core 1.2GHz , 4.8inch HD
MTK6589 Quad Core 1.6GHz Galaxy S3 Smart Phone
Network: 2G: GSM/GPRS/EDGE 850 / 900 / 1800 / 1900 Mhz
3G: UMTS/HSDPA/HSUPA 850 / 900 / 1900 / 2100 Mhz
Size: 136.6 x 70.6 x 8.6 mm (LxWxH)
Display: 4.8" HD Super AMOLED, 1280*720 pixels, Capacitive multi touch screen, 16M
CPU/Solution: MTK6589 quad core 1.6GHz
OS: Android 4.0 ICS, Android 4.1 Jelly Bean(optional)
Memory: 16GB memory(Rom)+1GB(Ram), MicroSD slot(up to 64GB)
Camera: 8.0MP AutoFocus with LED flash + 1.3MP Front
Connectivity: GPRS: Up to 114 kbps
EDGE: Up to 480 kbps
3G: HSDPA, 7.2Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN: Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, Wi-Fi Direct
Bluetooth BT v4.0+HS
USB 2.0, MicroUSB
3.5mm stereo ear jack
Messaging: SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
Audio MP3, OGG, AAC, AAC+, eAAC+, AMR-NB,AMR-WB, WMA, WAV, MID, AC3,etc.
Video MPEG4, H.264, H.263, WMV, DivX, VC-1, Recording & Playback
Browser: HTML, Adobe Flash
PIM: Contacts,calendar, recorder, calculator, world clock, alarm, memo, etc.
Radio: Stereo FM radio with RDS
G-Sensor: Yes
GPS: Yes, with A-GPS support
Language: Multi-languages:English,Espanol , French, German, Dansk,Russian, Spain, Portugal, Vietnam, Thailand, Turkey, Italy, Indonisia, Malay e.t..
Available Color: Marble White, Pebble Blue

Price :RM….. + beg/case

salam-ukhwah

Samsung Galaxy Note II Clone Mushroom...SPEC NOTE 2 MUSHROOM EDITION KOREA SET SPECIFICATION
*RM …..+ free beg/case
*Samsung GT-N7100
*Android 4.1.1 Jelly Bean
*2 GB RAM FREE 1.3GB
*microSD, up to 32 GB
*Mali-400MP GPU
*5.5inches capacitive touchscreen
*ARMv7 Processor 1.6MHZ Quad Core
*Internal Storage 12GB FREE 10GB /Phone Storage 2GB
*540x960 Resolution / 240PPI
*Rear Camera 8MP Picture Size 3264x2448
*Front Camera 1.9MP Picture Size 1600x1200
*Li-Ion 3100 mAh Battery
*Talk time Up to 35 h (2G)/Up to 16 h (3G)
6 month SHOP warranty

44810_566167910081631_1144211703_n 

**pm me at muhafie@gmail.com

salam-ukhwah Monday, April 15, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
saya ada menjual handphone clone korea set
ni list nya:
handphone samsung klon yang terbaik di pasaran dengan harga yg berpatutan.,

NOTE II v4 RAM 2GB/QUAD CORE = RM 
NOTE II MUSHROOM RAM 2GB/QUAD CORE = RM S III RAM 512MB/QUAD CORE = RM

s31 s3 note 2  note21

sila pm utk price… muhafie@gmail.com

salam-ukhwah Monday, March 25, 2013

Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.
Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.

Tetapi awas...
Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.


Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.
Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.
Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.


Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.
Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.
Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.
Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.

Kerana apa?
Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.
Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.

Wajah Yang Cantik
Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.
Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?
Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.
Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan b*d*h atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.
Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.
Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.

Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.
Wanita Yang Matang
Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.
Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.

Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.
Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda b*d*h sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.

Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.
Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!

Sumber: tehtarikseason.blogspot.com

salam-ukhwah

Kejohanan SOM 2013 akan di adakan di negeri pahang bermula dari 22  hingga 26 jun 2013 yang melibatkan pelatih pdk dan pelatih intitusi dibawah jkm yang oku masalah pembelajaran…..selamat melatih atlet masing-masing untuk dipertandingkan pada kejohanan tersebut….

Sebanyak 6 jenis sukan akan dipertandingkan dalam kejohanan tersebut, iaitu:
Jenis Sukan:

  1. Atletik:
    1. 100m pecut lelaki dan perempuan
    2. 200m pecut lelaki dan perempuan
    3. 4 X 100m lari berganti-ganti lelaki dan perempuan
    4. Lompat Jauh lelaki dan perempuan
    5. Lontar Peluru  lelaki dan perempuan, dan
    6. Lompat Jauh Berdiri lelaki dan perempuan  (Lower Abilities) JANGAN GATAL NAK HANTOR ATLET HIGHER ABILITY-ATLET AKAN DIBATALKAN DARI MENYERTAI KEJOHANAN.
  2. Bocce:
    1. Individu lelaki dan perempuan
    2. Berpasangan lelaki, perempuan dan campuran
    3. Berpasukan lelaki dan perempuan.
  3. Bolasepak/Soccer:
    1. Lima sebelah (maksima 8 orang pemain lelaki, jika kekurangan pemain lelaki boleh campurkan dengan pemain perempuan, contoh 5 lelaki dan 3 perempuan
  4. Bowling:
    1. Individu lelaki dan perempuan
    2. Berpasangan lelaki, perempuan dan campuran
    3. Berpasukan lelaki dan perempuan.
  5. Renang:
    1. 50m gaya bebas, kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang.
    2. 100m gaya bebas, kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang.
  6. Equestrian:
    1. Dressage campuran (nak tahu lebih lanjut, kena dengar taklimat dari Mr Muthusamy Kandasamy)

sumber disini

salam-ukhwah Sunday, March 24, 2013

Rasanya dah lama ambo tidak menulis dlm blog nie…teringin menulis pasal kereta plk….hehe,tahun 2013 dijangka menjadi tahun popular wat syarikat Toyata Malaysia dengan pelancaran kereta Vios mirip camry…memang cute n sporty model terbaru nie…harap2 harga kereta nie tidak mahal sangat dan mampu dimiliki oleh semua orang pendapatan sederhana…ambo pun teringin juga pakai kereta nie….hehehe..pihak toyata thailand sudah lancar model nie di negera mereka…banak blog kereta di malaysia memperkatakan isu kereta model nie…sama-sama lah kita tunggu n tgk kehebatan kereta model terbaru nie…

2 1

Visitors

Banner

" />