salam-ukhwah Friday, March 25, 2011

kenapa manusia ini selalu nak dengki pada orang lain. beginilah nasib yang terjadi pada diri aku. sudah 3 tahun aku bekerja di sektor awam yang dibanggakan oleh masyarakat kita pada masa sekarang ini. pada mulanya aku berasa begitu juga tetapi lama kelamaan aku berasa tawar hati terhadap jabatan aku sekarang. mane tidaknya aku berasa dianyai oleh bos-bos aku. dlm tempoh aku bekerja ini sudah dua tempat keje aku telah bertugas. mcm-mcm kerenah atau ragam pegawai-pegawai yang berpangkat rendah mahupun tinggi. dalam tempoh itu juga aku mempunyai empat bos yang berlainan perangai dan ragam. 

aku pernah menghantar surat tukar kepada bos lama tetapi malangnya surat aku dibuang jer begitu saja tanpa memberikan alasan. tempat baru aku pernah menghantar surat tukar sekali lagi malangnya surat aku tidak ditandatangi dengan alasan diberikan hendaklah membuat meeting dulu baru leh sign. tidak pernah terjadi dlm jabatan lain perkara seperti ini. tapi di jabatan ini ada peraturan yang dibuat oleh bos baru....giler sungguh peraturan tu....

x masuk akal langsung.....aku menerima bos baru lagi dan aku ingat perkara dulu tidak akan terjadi lagi tapi malangnya hujan panas melanda lagi di siang ari. surat tukar aku tidak disign lagi asyik ditolak ke sana sini. alasan tidak diberikan kenapa perkara itu leh terjadi....

aku cuba selidik disebalik kejadian itu rupa-rupanya ada orang yang penuh dengan hasad dengki menghasut bos baru....bos baru pun setuju menguatkuasakan peraturan yang lama ditinggalkan oleh seseorang yang giler tu.....beginilah nasib aku pekerja bawahan yang selalu ditindas oleh golongan berpangkat yang punyai hasad dengki sesama insan.....ingatlah wahai manusia yang ego dengan pangkat dan suka menindas orang bahawa doa orang-orang ditindas akan di makbul oleh Allah S.W.T.


Firman Allah :

“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.”

“Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami.”

“Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.” “Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia.”

“Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah.”

“Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”






Hasil Nukilan:
Pulau Pinang 25 Mac 2011
bersamaan 20 Rabiulakhir 1432 Hijrah

salam-ukhwah Thursday, March 24, 2011


Dalam dunia sekarang ni banyak manusia yang bermuka dua. depan orang ramai manusia itu berlakon dengan perwatakan baik dan percakapan yang manis bagi mencerminkan dirinya seorang yang baik hati dan perihatin terhadap sesuatu perkara. di belakang orang ramai manusia itu mula menunjukkan belang yang disembunyikan selama ini dan segala perwatakan yang baik serta percakapan manis itu dah tiada lagi.

manusia itu dengan angkuhnya melakukan tindakan yang menunjukkannya serba tahu dan ingin menunjukkan kepada orang lain bahawa dia seorang saja mampu melakukan. manusia seperti ini sangat patuh pada peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang ciptaan manusia tetapi undang-undang akhirat manusia itu tidak pernah patuh.


manusia itu hanya mementingkan pangkat yang diperolehi dan suka menunjukan kepada orang ramai akan ketinggian pangkatnya. sikapnya yang membuatkan dirinya berasa cukup sempurna berbanding dengan orang ramai ataupun orang bawahannya. manusia itu mahu pangkatnya dinaikkan lagi kerana semua perkara dia tahu dan mampu menangani masalah atau perkara yang dianggap olehnya tidak mampu dilakukan oleh orang lain...manusia ini terlalu bermegah dengan pangkat diperolehi dan berego tinggi di hadapan orang bawahannya.


Hasil Nukilan :
Pulau Pinang 24 Mac 2011
bersamaan 19 Rabiulakhir 1432 Hijrah

salam-ukhwah Tuesday, March 22, 2011


Bantal membawa kepada perubahan perwatakan manusia di muka bumi ini….mari kita tengok beberapa kategori dan anda semua leh fikir diri anda tergolongan dalam perwatakan mana satu….

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-


1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.




3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergilah kedai beli satu biar tidur aman dan nyenyak sikit….jgn pergi curi bantal busuk orang lain pulak dah la…..hahaha

Visitors

Banner

" />