Showing posts with label Citer Lucu. Show all posts
Showing posts with label Citer Lucu. Show all posts
salam-ukhwah Saturday, April 21, 2012

Isu yang hangat pada masa kini...aku terjumpa satu website yang wat komik lawak tentang ptptn....best juga la lawak dia...disini saya ingin kongsikan bersama-sama anda semua....sumbernya disini


salam-ukhwah Thursday, December 8, 2011

1 hari....didalam kelas BI

Teacher: Abu, stand up!
Abu: Yes teacher.
Teacher: Spell the word GOOD.
Abu: G.O.A.T.
Teacher: Wrong!
Abu: W.O.N.G.
Teacher: Stop it!!!!
Abu: S.T.U.P.I.D.
Teacher: Shut up!!! Or I will knock your head!!!
Abu: Panjang sangat tu Teacher
Teacher: .......

salam-ukhwah Wednesday, November 16, 2011

Cerita ini adalah satu jenaka, nama2 yang tersebut hanya sebagai andaian. Jangan terlalu ambil hati.

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima... akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang
menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku.
Kalau aku tadak, mcm mana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator
New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US! George W. Bush.
Aku ada tanggungjaw ab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula,akulah President yg terpandai dlm
sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osman Bin Ladin berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang
Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya".

Kuang! Kuang! Kuang!

salam-ukhwah Thursday, October 20, 2011

Bagaimana Hendak Mengenali Seorang Ajoi

* dia call seseorang untuk tanya nombor
telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan setem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan
merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua
ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian
mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang
diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang
tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana
menyangka nasi ayam adalah makanan
ayam.

* mengira bilangan penumpang bas
sebelum naik.

* dia sedang baca post ini

salam-ukhwah

Ade sebuah bas ni penuh dengan ahli politik. Tiba tiba bas tu terbalik lalu masuk dalam gaung. Seorang kampung yang berdekatan telah melihat kemalangan itu.

Orang kampung: semua dh mati ke?!

Jeritnye pada orang dalam bas tersebut.

Orang politik: Belum! Saya dan dua orang kawan saya masih lagi hidup.

Tanpa menghiraukan kata kata orang politik tersebut, orang kampung itu terus menanam bas tersebut bersama sama orang didalamnya.

Keesokan harinya, wartawan telah datang untuk menemu ramah orang kampung tersebut.

Wartawan: Betul ke semua ahli politik dalam bas tu sudah mati?

Orang kampung: Tak, masih ada tiga orang yang mengaku mereka masih hidup.

Wartawan: (Dengan nada terkejut) habis tu kenapa awak tanam kesemuanya, kan ada yang masih hidup?

Orang kampung: Biasalah cik, cakap orang politik ni bukan boleh percaya sangat kan?

Wartawan: ????

salam-ukhwah

4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..

Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..

semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..
... ...
tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,".

si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo"..

si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td..

belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia,"

salam-ukhwah

cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

Orang tua tak makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya..

salam-ukhwah Wednesday, October 12, 2011

NYAMUK a : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…
NYAMUK b: ko cek2 juga ko isap darah sepa, mn tau ada aids
NYAMUK a: thanks tau juga aku tu... lek ko ging...
...
CICAK : isteriku tersepit pintu
one cicak like this
... ... ... ...

KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”


AYAM A: Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

AYAM B: long live bro....
AYAM C: jgn lupa mengucap bila kana sembelih tu
AYAM D: bgus klu kana sembelih...
two ayams like this

KUCING JANTAN: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

100 kucings like this

BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...tension2.


Moral: Ingatlah binatang pun ada perasaan gak.......

salam-ukhwah Tuesday, October 4, 2011

Aku
ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2000 adalah tahun di mana ekenomi Malaysia agak lembab. Disebabkan gaji yang kena potong aku berpindah ke rumah sewa yang agak murah di luar Kuala Lumpur. Aku menyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman2 yg lain. Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah.

Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil lebih kurang 3 orang anaknya. Yang bungsu 3 tahun, kedua 12th dan yg ketiga anak gadisnya, berusia 18th. Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang bertentangan dgn bilik anak gadisnya yg sulung. Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah2 tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil "Yati!!!!", lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, "ya, mak!!!".

Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya juga kerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya kabar dan berbual2 mesra.

Satu hari dia tanya aku, "Siang ni you free tak?" Aku yg terpinga-pinga bertanya balik, "Ada apa?" "I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?" Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku "Eh... no problem" "Bilik u ada TV?" tanya dia lagi "Ada!!!" balasku dengan kehairanan "Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang."

Aku pun dengan dada yg berdebar2 menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar. Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya. Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men�switch on�kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. "U biasa main tak?" tanya Yati "Tak biasa" jawab aku "Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2."ujarnya panjang lebar.

Tak sampai 1 jam permainan yg diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak.

Fuhhhh... .Syok ape... Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya, "Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?" tanya aku "Mahal juga, itupun ayah yang belikan" jawab Yati
"I ingat nak belilah satu, bulan depan" aku bersuara dgn penuh minat "Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi" Yati menjawab dgn senyum. Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan kami bersalaman.

Untuk kekawan, itulah pengalaman pertama aku bermain Playstation dengan seorang awek. Aku harap korang terangsang dengan cerita benar aku ini... .



p/s : aku terkena!***moral of story jgnlah baca cerita sekerat saja terus pikir y bukan-bukan.....itulah otak manusia sekarang ni....hehehe,apa-apa pun terbaekk........***

salam-ukhwah

Di dalam sebuah hutan.. kelihatan 3 org saintis sedang melakukan kajian ala Nasional Jografik gitu..

Tiba-tiba..

“TANGKAP MEREKAAAA!!!” segerombolan puak2 kanibal pemakan manusia menangkap saintis2 tersebut..

“Kamu bertiga ditangkap kerana menceroboh tanah kami.. hukumannya.. kamu akan diMAKAN!!” jerit ketua kanibal..

“Tolong la kami.. kami merayu… lepaskan kami..” kata saintis A

“Kami anak ramai.. lepaskan kami..” rayu saintis B

“Lepaskanlah kami.. kami sanggup buat apa saja..” kata saintis C

Ketua kanibal berfikir sejenak..

“Baiklah.. kamu bertiga akan dilepaskan.. tapi dengan dua syarat

ape saja syaratnya.. janji kami selamat” jawab saintis serentak

“Syarat pertama.. kamu dikehendaki utk mencari 10 biji buah yg sama jenis. kalau pisang, 10 biji pisang. Tetapi tidak boleh sama di kalangan kamu. kalau sorg cari pisang, yg lain

kena cari buah lain. Masa diberikan hanya 1 jam” terang ketua kanibal..

Mendengar arahan ketua kanibal.. 3 saintis terus mencari 10 biji buah tanpa fikir panjang kerana tak nak rugi masa.. diorang tidak sempat utk mendengar syarat yg kedua..

Sejam kemudian..

“Kamu! buah apa kamu bawak?” tanya ketua kanibal

“Nenas!!” jawab saintis A

“Baiklah. Syarat yg kedua utk kamu dilepaskan.. aku akan sumbat 10 biji buah yg kamu cari kedalam lubang punggung masing2.. Siapa yg keluar suara akan dibunuh!!”

Nenas pertama disumbat ke punggung saintis A

“Hpppffff!!!” Saintis A masih bertahan..

Nenas kedua disumbat..“AAARRGGGGHHHH!!!!” Saintis A berteriak..

“Bunuhhhh!!!” arah ketua kanibal kepada anak buahnya..

“Kamu! buah apa kamu bawak?” tanya ketua kanibal

“Ciku!!” jawab saintis B

“Baiklah. sekarang 10 biji ciku akan disumbat kedalam saluran berak kamu..”

Ciku pertama disumbat. Saintis B hanya tersenyum

Ciku kedua disumbat. Saintis B wat muka selamba..

Sampai la Ciku kelapan.. Saintis B masih bertahan.. Tiba-tiba..

“KAHKAHKAHKAH KAHKAH KAHKAHKAH!!!”

Saintis B ketawa berdekah-dekah!

“Kamu! Keluar suara! Bunuh!!!!” Ketua kanibal mengarahkan anak buahnya membunuh Saintis B..

Saintis A & Saintis B yg dah mati bertemu di alam roh..

Saintis A: “Aku nak tanya skit.. apesal ko gelak time kena sumbat ciku tu?”

Saintis B: “Mane tak gelaknya.. time aku kena sumbat ciku kelapan tu.. aku ternampak member kita yg sorg lagi baru sampai.. AKU NAMPAK DIA BAWAK BUAH DURIAN!!!!!!!!!” 


***anda semua boleh bayangkan apa yang berlaku kepada saintis C tu...hahaha....semua ni rekaan semata-mata..moral of story tunggu dulu sehingga soalan abis dibaca atau arahan diberikan...**

salam-ukhwah Thursday, September 29, 2011


Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!"Ustazah tu terus pengsan...hehehe,terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh anak muridnya....

***moral of the story....jgnlah tido dlm kelas,hehehe***

salam-ukhwah

Kisah Cinta Yang Hiba...sedih baca cerita nie...layan
Cerita sedih sepasang kekasih

sedih giler 2....pastikan tisu berada di sisi anda...!Tersebut al-kisah dua insan bercinta... yg laki nama Qasehidayat, yg pompuan 2 nama Sucienta. Qaseh ni panggil Sucienta sebagai 'Cienta' je (nak kasi nampak manje le tuh). Cienta ni lak panggil Qasehidayat ni 'abang' je coz diorang ni dah close, lagi pun Qasehidayat ni lagi tua drpd Cienta 4 tahun. Tah cam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun.Qasehidayat kena gi UK . lama gak tuh... Maka Cienta ni kesepian ler kat Singapura. Since dah pisah lama..Cienta boring dok umah sorang2...Tak lama pastu,ada lak mamat yg bernama Kamarul dtg muncul .Mula2 Cienta dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati Cienta ni ley terpaut lak kat kamarul nih... maka hilang la bayang2 Qasehidayat drpd hati Cienta..

Setelah genap 3 tahun..Qasehidayat pun pulang ke singapura. Beria2 lerr mamat nih nak jumpa buah hatinya,Sucienta.Belum sempat nak call Cienta,Qasehidayat ternampak Cienta dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. maka berderai lerr jiwa raga Qasehidayat.. sedih je mamat tuh...tak lalu makan. .At the same time..Sucienta dok jalan2...sembang lerr dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu yang si kamarul 2 laki org.Cienta pun frust giler sehh..dan cuba nak kembali kepada Qasehidayat. Masa 2 dia lom tau lagi Qasehidayat ni dah balik singapura.

1 ari yang laen...Qasehidayat pun memberanikan diri tuk jumpa Cienta.,dia gi lerr rumah Cienta.Muka Qasehidayat masam je..Cienta tanya lerr apasal masam..?Qasehidayat cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" Cienta terperanjat mendengar statement Qasehidayat 2... "err bila masa lak nih.. aku setia apa...?"
kata Cienta. Qasehidayat pula berkata dgn tersedu2.." Aku sudah tau perhubunganmu dgn kamarul...." Cienta terdiam...terpaku,bagai dipaku ke dinding.. "so tamat lah hubungan kita disini sahaja..." tambah Qasehidayat..lalu amik gitar kapok yg dibeli drpd UK 2....seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..."Qasehidayat start nyanyi sambil menatap wajah sedih Sucienta yg sedang menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

Sucienta terdiam... masih menangis....Qasehidayat sambung lagi...

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
> They're a mirror

I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

Suara Qasehidayat terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"

Qasehidayat ulangi phrase yg sama.....Sucienta masih terdiam...walaupun air mata terus mengalir...

My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Qasehidayat... tiba2 Sucienta berkata ..." abang,Cienta nak beritahu abang sesuatu""katakan lah duhai Cienta ku" jawab Qasehidayat dengan suara perlahan..." err...... err..." kata Sucienta dlm keadaan serba salah..."katakan lah .. katakan lah Cienta. abang sanggup terima..." tambah Qasehidayat..dan dengan perlahan2.. Sucienta berkata.............

"abang..."
"sebenarnya... Cienta...... tak paham bahasa Inggeris..."

salam-ukhwah Friday, September 23, 2011

Fuyooooooo.. . ..nie lah first time aku berader didlm bilek dgn seorang wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri, isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut di hadapan lemari solek. Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumer nyer sedare mare pihak isteriku, mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi.

Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah... tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tander soal ialah camner aku nak mulerkan... yelah nak approach isteriku?... .Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja camgini. Aku peratikan isteriku sambil terpikiag kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan.. . takkan nak duduk je sampai pagi beb.
"Abg ngantok??" isteriku bersuara..berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah... .cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin... kontrektor piling pun kao cakap lagik sedap)
 
Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg.. . abg blom ngantok lagikkk"
Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen... berdiri... lalu meluru mendapatkan suis lampu... ..tup!... ..lampu dimatikan... ... gulap gulita.
BEEEPPPPPPPP! !!!! BEEEEEEPPPPPP! !!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik!
 
Maner punyer hamlao sudah page aku disaat saat genting begini! Ahhh! buat bodo suah... .aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring... ... .
BEEEEEEEPPPPPPP! !!!!BEEEEEEPPPPP P!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP! Dia bunyik lagiiiiiiiiii!
"Alaaahhhhhhhhh abggggg... saper yg page tuuuuuuu... .pergilah response duluuuu" keluh isteriku.
Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek... .dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. Biler sajer aku keluar dari bilek... org org diluar sumernyer memerhatikan aku..mereka yg dari tadi riuh tetiber senyap... aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. Mereka terus memerhatikan aku... .ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh.
 
Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon di tangan
"Astaghfirullaaaahh hhhhhhhh! !!!" dia beristighfar
"Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan
"Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua aku
 
SEKIAN
Pengajaran : Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat... dan pastikan yg anda telah pastikan.

salam-ukhwah Tuesday, September 20, 2011

Seorang guru sekolah rendah sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Nuar berdiri dan berkata, “Nama saya Nuar bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Nuar. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.

“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Farid berdiri dan berkata, “Saya Farid bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

salam-ukhwah Monday, September 12, 2011

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?.."... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... "... si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya... "Kenapa... "... Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

salam-ukhwah Wednesday, September 7, 2011

 
'Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri
Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayahnya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri,
 
Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium.. Logam inilah yang paling  keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,
bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam
dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar
lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda,tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket
hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya..

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket
hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak.....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? 
 
***moral this story.....anda semua janganlah pikir benda-benda 2 jer kita hendaklah fikir hal lain juga bila baca cerita macam ini....jawapannya adalah coklat m&m iaitu cair dimulut tidak ditangan!!!!!.....hahaha

salam-ukhwah

 
Sewaktu melawat ke rumah orang-orang tua, Ah Seng duduk di sebelah seorang nenek. Sambil berbual-bual, Ah Seng memakan kacang yg terdapat di dalam sebuah balang di atas meja disebelah nenek tersebut. Setelah agak lama berbual, sambil mengunyah kacang tersebut, Ah Seng bertanya kepada nenek berkenaan.

Ah Seng : "nenek tak nak makan ke kacang ni? sedap nek..."

nenek : " ooo.. nenek tak boleh makan cu. Nenek cuma makan coklatnya aja, kemudian kacangnya nenek masukkan dalam balang tu. Maklumlah, gigi nenek dah tak ada..."

Sebaik mendengar kata² nenek tersebut, terus Ah Seng berlari ke toilet. Terdengar sayup-sayup bunyi Ah Seng "uwekk!! uwekk!!"
 
**moral this story.....beringat lah makan kacang yang free jer.....kalu nak makan kacang juga sila beli sendiri....hahaha***

salam-ukhwah

 
Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana , seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

"Bagaimana keadaan Bapak di sini?" tanya anaknya.

"Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah"

"Masalah apa Pak?"

"Mereka tidak mengizinkan bapak kentut di sini"

salam-ukhwah Thursday, August 25, 2011

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat.

Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: “United Kingdom…”  Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: “Malaysian…” Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: “James…”. Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: “Mamat…”. Habis itu mereka pengsan lagi.

Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. “Birmingham…” kata si Mat Saleh. Dijawab Mamat: “Kuala Kangsar...”. Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: “Cancer…” Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: “Capricorn…!

salam-ukhwah Wednesday, August 24, 2011

Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. Tim, seorang doktor pakar jiwa......

Gadis : Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan,dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu..

Doktor : Hmm. panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memangilnya demikian. Ceritakanlah kpd saya agar saya dapat membantu..

Gadis : Ya memang ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta di tepi pantai.Dia pegang tangan saya.

Doktor : Dia pegang tangan kamu seperti ini?" dr Tomi memberi contoh.

Gadis : Ya. seperti yg doktor lakukan

Doktor : Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mau berpisah dgn kamu...

Gadis : Kemudian dia merapatkan badannya k epada saya dan memeluk bahu saya...

Doktor : Dia lakukan seperti inikah?

Gadis : Ya. seperti inilah dia peluk saya doktor..

Doktor : Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau sentiasa berdampingan dgn kamu" kata dr Tomi.

Gadis : Kemudian dia cium saya.

Doktor : Dia cium kamu seperti ini ?"

Gadis : Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor lakukan.

Doktor : Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, itu tandanya dia sayang kamu, kan ?

Gadis : Kemudian dia memasukkan tangannya kedalam baju saya & meraba2 saya doktor..

Doktor : Dia lakukan seperti ini kah?

Gadis : Ya, seperti yg doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya..

Doktor : Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau membelai diri kamu..

Gadis : Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu..

Doktor : Adakah kamu membantah tindakannya?

Gadis : Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia..

Doktor : Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?

Gadis : Ya, sampai saya telanjang bulat seperti ini doktor...

Doktor : Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya

Gadis : Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seksual dgn saya dok...

Doktor : Dia lakukan seperti yg kita lakukan tadi kah?

Gadis : Ya. Memang itulah yg dia lakukan ketika itu

Doktor : hmm, itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu kan !

Gadis : Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia sebenarnya mengidap AIDS

Doktor : HAH?? CELAKA KAMU!! DIA..MEMANG .. BANGSAT!!.. BANGSAAATTT!!!!.. LELAKI BAAANGSAAAAAAAATTTTTT!!!!!!!!......" Waduh…mati gue….brengsek itu jantan……………….

Visitors

Banner

" />