salam-ukhwah Thursday, September 29, 2011


Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!"Ustazah tu terus pengsan...hehehe,terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh anak muridnya....

***moral of the story....jgnlah tido dlm kelas,hehehe***

salam-ukhwah

Kisah Cinta Yang Hiba...sedih baca cerita nie...layan
Cerita sedih sepasang kekasih

sedih giler 2....pastikan tisu berada di sisi anda...!Tersebut al-kisah dua insan bercinta... yg laki nama Qasehidayat, yg pompuan 2 nama Sucienta. Qaseh ni panggil Sucienta sebagai 'Cienta' je (nak kasi nampak manje le tuh). Cienta ni lak panggil Qasehidayat ni 'abang' je coz diorang ni dah close, lagi pun Qasehidayat ni lagi tua drpd Cienta 4 tahun. Tah cam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun.Qasehidayat kena gi UK . lama gak tuh... Maka Cienta ni kesepian ler kat Singapura. Since dah pisah lama..Cienta boring dok umah sorang2...Tak lama pastu,ada lak mamat yg bernama Kamarul dtg muncul .Mula2 Cienta dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati Cienta ni ley terpaut lak kat kamarul nih... maka hilang la bayang2 Qasehidayat drpd hati Cienta..

Setelah genap 3 tahun..Qasehidayat pun pulang ke singapura. Beria2 lerr mamat nih nak jumpa buah hatinya,Sucienta.Belum sempat nak call Cienta,Qasehidayat ternampak Cienta dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. maka berderai lerr jiwa raga Qasehidayat.. sedih je mamat tuh...tak lalu makan. .At the same time..Sucienta dok jalan2...sembang lerr dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu yang si kamarul 2 laki org.Cienta pun frust giler sehh..dan cuba nak kembali kepada Qasehidayat. Masa 2 dia lom tau lagi Qasehidayat ni dah balik singapura.

1 ari yang laen...Qasehidayat pun memberanikan diri tuk jumpa Cienta.,dia gi lerr rumah Cienta.Muka Qasehidayat masam je..Cienta tanya lerr apasal masam..?Qasehidayat cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" Cienta terperanjat mendengar statement Qasehidayat 2... "err bila masa lak nih.. aku setia apa...?"
kata Cienta. Qasehidayat pula berkata dgn tersedu2.." Aku sudah tau perhubunganmu dgn kamarul...." Cienta terdiam...terpaku,bagai dipaku ke dinding.. "so tamat lah hubungan kita disini sahaja..." tambah Qasehidayat..lalu amik gitar kapok yg dibeli drpd UK 2....seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..."Qasehidayat start nyanyi sambil menatap wajah sedih Sucienta yg sedang menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

Sucienta terdiam... masih menangis....Qasehidayat sambung lagi...

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
> They're a mirror

I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

Suara Qasehidayat terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"

Qasehidayat ulangi phrase yg sama.....Sucienta masih terdiam...walaupun air mata terus mengalir...

My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Qasehidayat... tiba2 Sucienta berkata ..." abang,Cienta nak beritahu abang sesuatu""katakan lah duhai Cienta ku" jawab Qasehidayat dengan suara perlahan..." err...... err..." kata Sucienta dlm keadaan serba salah..."katakan lah .. katakan lah Cienta. abang sanggup terima..." tambah Qasehidayat..dan dengan perlahan2.. Sucienta berkata.............

"abang..."
"sebenarnya... Cienta...... tak paham bahasa Inggeris..."

salam-ukhwah Monday, September 26, 2011

Assalamualaikum...
Sebelum ini syarikat motorsikal honda telah mengeluarkan produk 250cc bagi menguasai pasaran 250cc yang dikuasai oleh syarikat kawasaki. Honda telah melancarkan produk CBR250 untuk pasaran malaysia bagi melawan jenama Kawasaki Ninja250cc. Satu persaingan wujud dipasaran malaysia untuk motorsikal berkuasa 250cc. Adakah pihak Yahama juga mahu menembusi pasaran motorsikal 250cc di malaysia dengan produknya. Pihak suzuki sudah melancarkan produk terbaru 250cc untuk pasaran Asean. Setakat ini India,Indonesia,China telah dipenuhi dengan motorsikal berkuasa 250cc dari jenama Suzuki GW250.

Jikalau pihak Yahama,Suzuki melancarkan produk mereka dalam pasaran 250cc di malaysia sudah pasti harga untuk motorsikal 250cc ini akan jatuh sedikit akibat persaingan dari jenama motorsikal. Berita ini pasti ditunggu oleh peminat motorsikal berkuasa tinggi yang tidak mampu untuk membeli motorsikal berkuasa tinggi yang harganya mahal dan boleh disamakan harga sebuah kereta. Bersamalah kita menunggu untuk semua itu....harap-harap motorsikal 250cc ini menjadi pilihan orang ramai untuk memiliki motorsikal berkuasa tinggi.


Key of Suzuki GW250 Specs :
engine 4-strokes
Engine 2 cylinder
Capacity : 250cc
Cooling : liquid cooled
Power :26HP @8500RPM
max torque 2,42 @7000RPM

Hasil Nukilan
Pulau Pinang 26 September 2011
bersamaan 28 syawal 1432 hijrah

salam-ukhwah

RASULULLAH SAW menjelaskan bahawa syurga memiliki banyak darjat. Di sana juga ada perbezaan darjat antara hamba Allah yang bergantung pada amal mereka dan Allah yang mendatangkan amal itu.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menegakkan solat, berpuasa pada bulan Ramadan, berjuang di jalan Allah atau tinggal di tanah kelahirannya, menjadi hak Allah untuk memasukkan orang itu ke dalam syurga.
Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah tidak seharusnya kita memberi khabar gembira kepada manusia? Rasulullah menjawab: Sesungguhnya di syurga ada seratus tingkat yang disediakan Allah untuk orang yang berjuang di jalan Allah, sedangkan jarak di antara dua tingkat adalah seperti jarak antara langit dan bumi. Jika kamu ingin memohon kepada Allah, mohonlah syurga Firdaus kerana syurga Firdaus berada di tengah syurga dan syurga tertinggi.
Disebutkan dalam sebuah hadis sahih dari Anas bin Malik bahawa Ummu Haritsah datang menghadap Rasulullah SAW sedangkan Haritsah termasuk mujahid yang gugur dalam Perang Badar kerana terkena anak panah.

Lalu Ummu Haritsah berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah berbuat untuk Haritsah dari hati saya. Jika sekarang ia di syurga, saya tidak akan menangis untuknya. Namun, jika ternyata tidak, engkau akan melihat apa yang akan saya lakukan.

Rasulullah menjawab: Apakah syurga hanya satu? Syurga itu banyak sekali, sedangkan syurga tertinggi adalah syurga Firdaus.

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ahli syurga itu memiliki peringkat, berdasarkan posisi mereka saat berada di syurga.
Dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ahli syurga itu saling melihat antara bilik dari atasnya, seperti mana saling memandangnya bintang yang beredar dan yang tetap di ufuk timur atau barat kerana di antara mereka saling memiliki kelebihan.

Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah di sana ada posisi yang khusus bagi para nabi, yang orang lain tidak akan boleh sampai ke sana? Rasulullah menjawab: Tidak demikian, demi Zat yang diriku berada di dalam kekuasaan-Nya. Nabi akan berada satu posisi bersama orang yang beriman kepada Allah dan yang membenarkan rasul itu. (Sahih Bukhari)

Dalam kitab Sunan Tirmizi dan Ibnu Majah, serta Sahih Ibnu Hibban, disebutkan hadis dari Abu Said, Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya ahli syurga yang berada pada tingkat tertinggi dapat melihat orang yang berada pada tingkat di bawahnya, seperti mana melihatnya bintang yang tertinggi di langit. Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar termasuk golongan yang menikmatinya. (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Kesabaran adalah usaha mengerahkan seluruh kemampuan jiwa dan tetap konsisten berdiri tegak di depan Allah dengan hati penuh pengabdian. Ini adalah ciri orang yang dekat dengan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: Dan bukanlah harta atau anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada Kami, melainkan orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, mereka itulah yang memperbaiki balasan yang berlipat ganda atas apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat yang tinggi (dalam syurga).

Sesungguhnya ramai orang yang memiliki darjat tinggi di syurga Allah antaranya syuhada, pengasuh anak yatim, orang yang mengurus janda dan orang miskin, orang yang hafaz al-Quran dan mengamalkannya.

salam-ukhwah


Assalamualaikum....
Saya ada baca satu entri yang ditulis oleh seorang blogger tentang seorang lelaki yang selalu tanya kepada perempuan....ayat-ayat yang digunakan oleh lelaki masa couple.....adakah lelaki ini x suka tanya ayat lain selain dari ayat tu....sama-sama kita baca n fikirkan adakah betul ayat-ayat itu digunakan oleh kita sebagai lelaki untuk perempuan@awek-awek kita....hehehe
Klik disini untuk baca lanjut tentang soalan biasa lelaki tanye kepada perempuan.....

Visitors

Banner

" />