salam-ukhwah Monday, August 27, 2012

Terbukti imej kamera Android Nikon yang saya paparkan semalam bersumberkan dari laman NikonRumors adalah benar. Hari ini, Nikon secara rasminya telah melancarkan kamera pertamanya yang menggunakan sistem operasi Android dan dikenali sebagai Nikon Coolpix S800C.

Spesifikasi Nikon Coolpix S800C

nikon coolpix s800c android malaysia

Kamera Nikon Coolpix S800C ini dilengkapi dengan 16 Megapiksel Backside Illuminated (BSI) CMOS Sensor. Sensor yang lebih baik berbanding CCD sensor yang kebiasaannya terdapat pada telefon pintar ataupun tablet lain di luar sana. Ianya juga dilengkapi dengan lensa Nikkor 4.5 – 45mm dengan keupayaan zoom optikal sehingga 10x. Sensitiviti ISO kamera ini pula adalah dari 125 – 3200. Video pula boleh dirakam dalam kualiti Full HD 1080p.

Skrin OLEDnya pula adalah bersaiz 3.5 inci dan berjenis touchscreen.

nikon coolpix s800c android malaysia

Kamera ini turut dilengkapi dengan flash dan GPS terbina dalam (built-in).

nikon coolpix s800c android malaysia

Saiz dimensi kamera ini adalah 111 x 60 x 27 mm dan seberat 184 gram termasuk bateri. Kamera ini akan dikuasakan menggunakan bateri Lithium-Ion EN-EL12 yang boleh dicaj semula.

Nikon Coolpix S800C ini didatangkan bersama-sama dengan sistem pengoperasian Android 2.3 (Gingerbread). Menurut Nikon, pemilihan Android versi 2.3, bukannya versi 4.0 (Ice Cream Sandwich) atau 4.1 (Jelly Bean) adalah kerana Android 2.3 ini tidak membebankan dari segi penggunaan CPU dan RAM. Dan memandangkan ianya menggunakan sistem Android, pengguna bebas untuk memasang aplikasi mahupun games yang terdapat di Google Play atau upload gambar yang dirakam, terus ke rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter ataupun Google+.

Ruangan storan dalamannya hanyalah 4GB sahaja, dimana 680MB boleh digunakan sebagai storan untuk aplikasi dan games, 1.7GB digunakan untuk storan gambar/video dan selebihnya adalah untuk kegunaan sistem Android itu sendiri. Walaubagaimanapun, terdapat slot kad memori SD/SDHC jika pengguna mahukan ruangan storan yang lebih besar.
Terdapat dua pilihan warna untuk kamera Nikon Coolpix S800C ini iaitu hitam dan putih.

nikon coolpix s800c android malaysia black white

Harga dan Tarikh Nikon Coolpix S800C Dipasarkan

Kamera Nikon Coolpix S800C ini akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat bermula pada bulan September 2012 nanti dengan harga runcit yang disyorkan (suggested retail price) adalah US$349.95 (lebih kurang RM1050.00 di Malaysia). Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi bilakah kamera ini akan dipasarkan di luar Amerika Syarikat termasuklah di Malaysia, dan berapakah pula harga rasminya untuk pasaran luar nanti.

Adakah anda akan membeli kamera Nikon Coolpix S800C ini sebagai tambahan kepada koleksi gajet anda yang sedia ada nanti?

Sumber : Imaging Resource | Nikon USA

salam-ukhwah



Untuk mendownload bolehlah layari websites ini....

Mari kita belajar fotografi dengan websites ini....http://belajarfotografi.com

salam-ukhwah Sunday, August 26, 2012

Apa itu internet blackout???Apa itu Akta 114A???sila baca keterangan lanjut berkenaan akta ini di websites ini http://stop114a.wordpress.com/


salam-ukhwah



Saya terbaca dalam kosmo online yang menyebut tentang wanita malaysia..bukan nak menyentuh perasaan orang perempuan malaysia cuma ingin berkongsi artikel ini....saya mohon maaf jika kalau ada orang yang tidak suka dengan kenyataan dalam akhbar ini...kajian dibuat oleh masyarakat dunia tentang kecurangan wanita terhadap lelaki. Negara Ghana berada kedudukan paling teratas sekali dan diikuti oleh negara Thailand yang berada dikedudukan kedua...apapun yang dikaji selidik oleh masyarakat dunia mari kita semula bersatu hati dalam menafikan kaji selidik yang dibuat dengan ketaatan penuh pada lelaki yang bergelar suami kita.....klik disini untuk bacaan lanjut....

Visitors

Banner

" />