salam-ukhwah Thursday, August 25, 2011

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat.

Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: “United Kingdom…”  Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: “Malaysian…” Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: “James…”. Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: “Mamat…”. Habis itu mereka pengsan lagi.

Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. “Birmingham…” kata si Mat Saleh. Dijawab Mamat: “Kuala Kangsar...”. Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: “Cancer…” Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: “Capricorn…!

salam-ukhwah

Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin..Si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi tak leh nak cerita nanti pembaca muntah pulak

Si bini ni memang slalu komplen pasal kentut tue dan banyak kali
termuntah sebab tak tahan? tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan?.

Satu hari si bini yang dah lama tak tahan perangai si laki
  berkata, " satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar? semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka awak?", si laki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba?keluarga tersebut banyak dapat daging
dan dalambanyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru? maka timbullah idea si bini nak pekena laki dia?Masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokan perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya?.

Dipendekkan citer?maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine
biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan maha busuk baunya? si bini tunggu dengan penuh khusyuk.

Dari dalam bilik tido terdengar suara laki dia terjerit sakan,?
hysteria gitu? sibini tertonggeng tonggeng dan guling2 ketawa. 20 minit pastu silaki pun kedapur untuk sarapan.. sibini pun buat donno dan control macho....

"masin betullah mulut awak? habis tali perut saya terkeluar
macam yang awak cakap hari tue". Kata laki dia bersungguh-sungguh."Habis tue abang buat macam mana?" tanya sibini sambil control suara dan perut yang nak pecah sebab nak ketawa. "nasib baik abang tak panic? abang terus ke bilik air, dan sekarang dah settle..."

"abang buat macam mana?" Tanya sibini agak suspend.
"Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi?tak payah susah2 pegi hospital untuk operation"? Si bini terdiam kaku?

salam-ukhwah

 
1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. 
 
Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

salam-ukhwah

1. BUka peti,masuk gajah dan tutup
2.buka peti,kluarkan gajah,mskkan zirafah dan tutup
3. yang x dtg zirafah sebab ada dlm peti ais.
4.berenang jer-buaya dah pergi jmpa raja
5. dah hang basah sbb berenag..sapa nak bg duduk
6. seganlar.baju x kering lg.haha
7.dah peti sejuk dia besar..muat zirafah kot dlm tu.haha
8.tanah tu tmpt bntg berkumpul ramai2..mestila luas kalu x, x muat.
9.gajah bersin kat pokok tu sbb selsema.hehe


salam-ukhwah

1.BERIKAN 3 CARA MASUKKAN GAJAH KEDALAM PETI SEJUK?


2.BERIKAN 4 CARA MASUKKAN ZIRAFAH KEDALAM PETI SEJUK?



3.SATU HARI SINGA SELAKU RAJA HUTAN TELAH MEMANGGIL SEMUA BINATANG BERKUMPUL,SEMUA TELAH DATANG KECUALI....?



4.BAGAIMANA ANDA HENDAK MENYEBERANGI SEBATANG SUNGAI YANG DI DALAMNYA TINGGAL BUAYA YANG GANAS.



5.ANDA MENAHAN SEBUAH BAS DAN MENAIKINYA, TAPI TIADA ORG YANG INGIN MEMBERI ANDA DUDUK SEDANGKAN MASIH BANYAK RUANG KOSONG…KENAPA?



6. ANDA PERGI BERAYA DI KAMPUNG KAWAN ANDA, SAMPAI DIRUMAHNYA ANDA ENGGAN MASUK KE RUMAHNYA, KENAPA?



7.ANDA KETAHUI KAWAN ANDA MEMPUNYAI RAMAI ADIK BERADIK TAPI RUMAH MEREKA KECIL SEBALIKNYA DAPUR PULAK YG BESAR, KENAPA?



8.ANDA DAPATI DIHUJUNG KAMPUNG TERDAPAT TANAH YANG SANGAT LAPANG,SEDANGKAN SUMBER PENDAPATAN UTAMA KAMPUNG TERSEBUT ADALAH MENGAMBIL UPAH DARI BERUK PANJAT KELAPA.KENAPA?



9. SEWAKTU ANDA PULANG ANDA DAPATI BANYAK CECAIR PEKAT PADA POKOK KELAPA, KENAPA? 


***mari kita sama-sama fikir jawapannya*** 

salam-ukhwah


Di sini ada 1 soalan yang berkaitan dengan matematik....kepada sesiapa yang pandai dalam ilmu hisab ni pasti dapat jawap soalan ni....hehehe..
soalannya
saya nak beli kasut berharga rm97, tapi sy xda duit.. jadi sy pinjamlah rm50 kat mak n rm50 kat bpak.. jd skrang sy ada rm100.. maka sy gunakanlah duit tu utk beli kasut.. sy dpt baki duit rm3 lps beli kasut tu.. jadi sy pulangkan rm1 kat mak n rm1 kat bpak mnjadikan hutang sy kat mak bpak rm49 msg2.. rm49 x 2 = rm98.. campur dgn rm1 yg ada kat sy menjdikannya rm99.. tadi sy pinjam kat mak bpk rm100.. soalannya.. mana pegi rm1 lagi.. aku pun tengah pning pikir jawapannya nih.. 

***sila jawapan anda semua dalam komen......***

salam-ukhwah Wednesday, August 24, 2011

Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. Tim, seorang doktor pakar jiwa......

Gadis : Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan,dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu..

Doktor : Hmm. panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memangilnya demikian. Ceritakanlah kpd saya agar saya dapat membantu..

Gadis : Ya memang ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta di tepi pantai.Dia pegang tangan saya.

Doktor : Dia pegang tangan kamu seperti ini?" dr Tomi memberi contoh.

Gadis : Ya. seperti yg doktor lakukan

Doktor : Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mau berpisah dgn kamu...

Gadis : Kemudian dia merapatkan badannya k epada saya dan memeluk bahu saya...

Doktor : Dia lakukan seperti inikah?

Gadis : Ya. seperti inilah dia peluk saya doktor..

Doktor : Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau sentiasa berdampingan dgn kamu" kata dr Tomi.

Gadis : Kemudian dia cium saya.

Doktor : Dia cium kamu seperti ini ?"

Gadis : Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor lakukan.

Doktor : Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, itu tandanya dia sayang kamu, kan ?

Gadis : Kemudian dia memasukkan tangannya kedalam baju saya & meraba2 saya doktor..

Doktor : Dia lakukan seperti ini kah?

Gadis : Ya, seperti yg doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya..

Doktor : Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau membelai diri kamu..

Gadis : Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu..

Doktor : Adakah kamu membantah tindakannya?

Gadis : Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia..

Doktor : Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?

Gadis : Ya, sampai saya telanjang bulat seperti ini doktor...

Doktor : Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya

Gadis : Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seksual dgn saya dok...

Doktor : Dia lakukan seperti yg kita lakukan tadi kah?

Gadis : Ya. Memang itulah yg dia lakukan ketika itu

Doktor : hmm, itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu kan !

Gadis : Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia sebenarnya mengidap AIDS

Doktor : HAH?? CELAKA KAMU!! DIA..MEMANG .. BANGSAT!!.. BANGSAAATTT!!!!.. LELAKI BAAANGSAAAAAAAATTTTTT!!!!!!!!......" Waduh…mati gue….brengsek itu jantan……………….

salam-ukhwah

 
Fuh dahsyat betul imaginasi budak ni.......... Karangan budak darjah 4 Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. 
 
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. 
 
Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. 
 
Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. 
 
Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. 
 
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati. :lol: :lol:

salam-ukhwah

Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk
dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.


"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya !!!

salam-ukhwah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.


Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."


Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :


1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

salam-ukhwah

Nornastasha Azida Anuar created the doc: "MANA MAK??"

Salam sahabat-sahabat dan anak-anak remaja,

Bacalah, jangan tak baca. Uye dah dah baca ....cukup2 menyentuh hati dan perasaan seorang yang bergelar ayah dan ibu.

Jam 6.30 petang.


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.


Ayah baru balik dari sawah.


Ayah tanya Mak, “Along mana?’


Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”


Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”


Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”


Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”


Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”


Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”


Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian,


Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”


Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”


Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.




Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.




Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”


Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.


Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”


Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.


Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"




Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

salam-ukhwah


As the film begins, a young Cimmerian boy, Conan is being educated by his father Corin on the importance of steel to their people. Soon after, a group of warriors led by a warlord systematically destroys Conan's village to obtain part of a mask in Corin's possession. Left to die with his son, who is holding the vat of molten metal placed above him, Corin sacrifices himself so Conan can live.


Having ventured into an unforgiving world, hunting down the warlord for years, a now-adult Conan finally gets a lead when he learns Lucius, one of the men who ransacked Conan's village and whose nose he'd chopped off, became a warden. Allowing himself to be imprisoned, Conan confronts Lucius, learning that the warlord is known as Khalar Zym before forcing him to swallow the keys to every prisoner's shackles so Lucius would be slaughtered by them.


On his path of revenge, Conan chances upon Tamara, a beautiful novice nun and a descendant of the bloodline of the necromancers who first created the mask. Zym needs her blood to restore the mask so he can use its power to revive his wife. Learning of this from Remo, Khalar Zym's henchman, Conan brings Tamara along with him to use her as bait. Along the way he falls for her and, after she's kidnapepd by Marique, Khalar Zym's witch daughter, he fights through Khalar Zym's followers, destroys the mask and ends by accompanying Tamara to her city before returning to his burned-down village.

Here For Download
Part 1
Part 2

salam-ukhwah Tuesday, August 23, 2011


Akibat dendam, 2 orang kanak-kanak iaitu Kasih dan adiknya Qabil telah menjadi korban dalam sebuah tragedi hitam hingga memaksa mereka terjerumus di dalam sindiket menjual kanak-kanak. Mereka kemudian terpisah, namun takdir telah menemukan semula mereka selepas bertahun-tahun lamanya.
Bagaimana pertemuan itu berlaku dan adakah Kasih dan Qabil mengetahui bahawa mereka mempunyai pertalian darah?
Semua itu dapat disaksikan dalam drama bersiri terbaru Kasih Alia' terbitan JS Pictures. Menggantikan drama bersiri Dewa Cinta di slot Akasia mulai 1 Ogos yang lalu, Kasih Alia telah mendapat sentuhan kreatif daripada pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland.
Drama bersiri 26 episod ini membariskan pelakon seperti Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain.
Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.
Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.
Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha dan telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.
Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.
Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.
Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.
Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.
Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?
Jangan lupa terus saksikan, Kasih Alia di slot Akasia, setiap hari Isnin - Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3!

**untuk sesiapa yang ketinggalan menonton drama ini leh la download di link dibawah***

EPISODE 1

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 2

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 3

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 4

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 5

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 6

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 7

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 8

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 9

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 10

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 11

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 12

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

EPISODE 13

MEDIAFIRE
Part 1
Part 2

salam-ukhwah Monday, August 22, 2011


The film revolves around twins named Rebecca and Cecil (Rowan Blanchard and Mason Cook), who Rebecca has no respect for her stepmom, Marissa (Jessica Alba), the wife of spy-hunting reporter Wilbur Wilson (Joel McHale). Unbeknown to the twins, Marissa is a retired agent for the OSS (Organization of Super Spies) which has since become the world's top spy agency and former HQ of the now-defunct Spy Kids division.

When Earth is threatened by an organization led by a hyperion mastermind known as "the Timekeeper" (Jeremy Piven), she is contacted and called back into action by the OSS, leaving a red-sapphire necklace (the key to the Timekeeper's plan) with Rebecca.

However, with the end of the world pending and the necklace stolen by the Timekeeper, both Rebecca and Cecil find that they have no choice but take part in the battle, help Marissa, and Rebecca having to put her anger against Marissa aside to rescue people's lives that are at stake while enlisting the help of the previous Spy Kids Carmen and Juni Cortez (Alexa Vega and Daryl Sabara).
 
Here For Download:

salam-ukhwah


Suria Perkasa Hitam (kadangkala dirujuk sebagai Satria Baja Hitam) adalah siri satu TV series yang dalam siri Kamen Rider.

Kamen Rider Black ditayangkan di Jepun pada tahun 1987 sehingga 1988. Di Malaysia, ia ditayangkan pada hari yang sama dengan Gaban.

Kisah ini bermula apabila Kitaro Minami dan abang angkatnya, Nobuhiko Akizuki, diculik oleh Gorgom dan diubahsuai menjadi cyborg. Kitaro berjaya melarikan diri sebelum di brainwash (proses terakhir dalam pengubahsuaian tersebut) dengan pertolongan abang angkatnya. Namun abang angkatnya ditahan dan di brainwash lalu menjadi musuh kepada Kamen Rider.

Siri Kamen Rider ditayangkan sebanyak 51 episod. Selepas taman siri Kamen Rider Black, producer mengambil keputusan untuk meneruskan siri ini dengan menggunakan pelakon yang sama. Maka timbul pula Kamen Rider RX.

Kamen Rider RX bermula 6 bulan selepas jalan cerita Kamen Rider Black tamat. Kali ini, Kamen Rider RX bertempur dengan pasukan Crisis Empire pula. Rancangan ini ditayangkan sebanyak 44 episod. Tapi aku rasa, Kamen Rider RX tidak ditayangkan di TV Malaysia.

Here for Download Kamen Rider Rx

http://www.fileserve.com/file/YFCWaUQ/RX 01.zip
http://www.fileserve.com/file/mVAfPGq/RX 02.zip
http://www.fileserve.com/file/TS6Ss42/RX 03.zip
http://www.fileserve.com/file/qDmbVZR/RX 04.zip
http://www.fileserve.com/file/7E2vECH/RX 05.zip
http://www.fileserve.com/file/CsQVKW7/RX 06.zip
http://www.fileserve.com/file/rxtjX4n/RX 07.zip
http://www.fileserve.com/file/zmbZuk3/RX 08.zip
http://www.fileserve.com/file/G8ecd7Q/RX 09.zip
http://www.fileserve.com/file/GPwd2jn/RX 10.zip
http://www.fileserve.com/file/UTTMwhs/RX 11.zip
http://www.fileserve.com/file/H6BYF6X/RX 12.zip
http://www.fileserve.com/file/bGZCr2N/RX 13.zip
http://www.fileserve.com/file/YXGuVbD/RX 14.zip
http://www.fileserve.com/file/FHG7RTg/RX 15.zip
http://www.fileserve.com/file/mxK7uqQ/RX 16.zip
http://www.fileserve.com/file/HDnRXyC/RX 17.zip
http://www.fileserve.com/file/nB36N7s/RX 18.zip
http://www.fileserve.com/file/9mYGQVp/RX 19.zip
http://www.fileserve.com/file/qjNXXPH/RX 20.zip
http://www.fileserve.com/file/33tjQtM/RX 21.zip
http://www.fileserve.com/file/JE2hrJa/RX 22.zip
http://www.fileserve.com/file/6aBH7Uy/RX 23.zip
http://www.fileserve.com/file/8zPSbKd/RX 24.zip
http://www.fileserve.com/file/k7EEvGy/RX 25.zip
http://www.fileserve.com/file/hZ32ekA/RX 26.zip
http://www.fileserve.com/file/86t53ME/RX 27.zip
http://www.fileserve.com/file/SuFGg5Z/RX 28.zip
http://www.fileserve.com/file/AfWZ6MK/RX 29.zip
http://www.fileserve.com/file/7NzwupX/RX 30.zip
http://www.fileserve.com/file/jFt23pc/RX 31.zip
http://www.fileserve.com/file/N6ccf9G/RX 32.zip
http://www.fileserve.com/file/nN274hr/RX 33.zip
http://www.fileserve.com/file/HTTE3H3/RX 34.zip
http://www.fileserve.com/file/Z7JqAVT/RX 35.zip
http://www.fileserve.com/file/hwMkfnp/RX 36.zip
http://www.fileserve.com/file/zFDW3aj/RX 37.zip
http://www.fileserve.com/file/RvHWJ9Y/RX 38.zip
http://www.fileserve.com/file/hU5rHTj/RX 40.zip
http://www.fileserve.com/file/n5Ru9bX/RX 41.zip
http://www.fileserve.com/file/EGXVZQf/RX 42.zip
http://www.fileserve.com/file/scZnGRM/RX 43.zip
http://www.fileserve.com/file/Ez4T6z5/RX 44.zip
http://www.fileserve.com/file/QkhtF3p/RX 45.zip
http://www.fileserve.com/file/naFWMtP/RX 46.zip
http://www.fileserve.com/file/tZC3hy7/RX 47.zip

Gaban
Gaban atau tajuknya dalam Bahasa jepun, Uchuu Keiji Gavan, adalah Metal Hero Series pertama di Jepun. Metal Hero Series bermaksud watak hero yang memakai suit metal dan mempunyai perwatakan seperti pembela keadilan, menyerupai polis dan sheriff.

Polis Angkasa Gaban (Space Sheriff Gavan) ditayangkan pada tahun 1982 sehingga 1983, sebanyak 44 episod. Di Malaysia, cerita ini ditayangkan sekita tahun 1992 sehingga 1993.

Gaban adalah antara siri popular ketika itu. Aku tak pernah miss cerita Gaban. Kalau tak salah aku, Gaban ditayangkan pada waktu petang pada pukul 4:30 petang.

Antara dialog dalam cerita Gaban yang akan peminat pasti akan ingat ialah: "Dalam masa 0.07 saat, Gaban telah berjaya menukarkan bajunya menjadi Polis Angkasa Gaban", "Gaban Z belah 3!" dan "Gaban telah disedut ke Ruang Angkasa Setan".

Aku tak ingat apa pengakhiran cerita ini tetapi kalau tak salah aku Gaban ada melamar penolongnya, Mimi (baju pink), menjadi isterinya. Kalau tak salah aku lah.

Kalau Gaban ditayangkan pada pukul 4:30 petang, pukul 4 petang pula ada satu lagi rancangan kegemaran aku. Rancangan kegemaran aku itu ialah...

Visitors

Banner

" />