salam-ukhwah Friday, June 24, 2011

Selamat Mencuba Tips ini,aku belum lagi mencuba kerana tiada broadband....hehe, apa-apa pun sila bagi comment selepas anda mencuba tips ini..
 
Cara-caranya;

1) Click on Start Button.

2) Select Run From Start Menu.

3) Taip gpedit.msc

4) klik [Administrative Templates] branch.

5) klik [Network] branch.


6) Highlight(Select by Single Click) [QoS Packet Scheduler]

7) Double-click [Limit Reservable Bandwidth] (Available in Right Side Panel)


8) Check(Select By Single Click on it) [Enabled]

9) Change [Bandwidth limit %] to 0 %.

10) Click [OK] Button.

11) Restart Your PC.

12) Now Check Your Broadband Speed.

salam-ukhwah Wednesday, June 22, 2011

KUALA LUMPUR: Dua nakhoda satu kapal. Apakah ini yang berlaku di Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini berikutan tindakan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim enggan mengosongkan biliknya, walaupun penggantinya sudah dilantik sejak Mei lalu?
 

petikan dari berita harian 22 jun 2011

salam-ukhwah Tuesday, June 21, 2011

Cerita ini Cik Wan perolehi dari kiriman email. Tersentuh hati membaca cerita ini. Harap dijadikan panduan dalam kehidupan kita.
++++++++++
PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"
soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.
Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"
jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?
Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"
hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"
pujuk saya lagi.
Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"
katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"
soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"
balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"
kata saya selepas lama termenung.
Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
Katanya,
biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"
"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.
Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"
kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"
Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.
Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah
untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,
buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.
Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,
"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"
jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.
Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek,
mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.
cerita Mek kepada kami lagi.
Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.
tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.
Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.
Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.
Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,
tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir bertahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14. 

petikan dari http://www.wanorizan.com/2010/04/kisah-benar-anak-yang-soleh.html

salam-ukhwah

Pemberian material belum mampu tambat kasih


KITA sering merasakan ingin dihargai tetapi pernahkah kita menghargai orang yang disayangi. Oleh itu, marilah kita menghargai saudara seagama menurut perspektif Islam tanpa menilai rupa, harta dan jagalah adab apabila bersama mereka. Ada beberapa kepentingan yang harus kita pelihara supaya ukhuwah kekal dalam dakapan menuju reda Allah seperti menjaga sikap, saling menasihati, memahami dan bantu-membantu.Tiap yang asas itu ada perhiasannya, begitu juga ukhuwah, ada perhiasan yang sesuai. Perhiasan bukanlah sesuatu kewajipan tetapi ia seolah garam dalam makanan dan gula dalam minuman. Apabila dipraktikkan, kekuatan ukhuwah itu makin terasa dan tembok perbalahan tidak akan terbina. Cara kita menghargai saudara kita ialah dengan memberi hadiah dan antara hadiah itu ialah:

Kehadiran

Kehadiran orang yang dikasihi adalah hadiah yang tidak ternilai harganya. Memang kita boleh hadir dengan menghantar surat, e-mel, laman facebook, telefon, foto dan banyak lagi dengan teknologi canggih kini.
Namun, dengan berada di samping mereka kita akan dapat berbagi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh. Oleh itu, jadikan kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.

Mendengar

Sedikit orang yang mampu memberikan hadiah seperti ini, kerana kebanyakan kita lebih suka dirinya didengari berbanding dia mendengar. Keharmonian hubungan antara manusia amat ditentukan oleh kesediaan saling mendengar.
Dengan mencurahkan perhatian pada segala ucapannya, secara tidak langsung kita juga menumbuhkan kesabaran dan kerendahan hati. Untuk mendengar dengan baik, pastikan anda dalam keadaan tenang supaya dapat memahami apa yang disampaikan.

Diam

Dalam diam juga ada kekuatan. Diam boleh digunakan untuk menghukum, mengusir atau membingungkan orang. Tetapi lebih dari segala-galanya, dia boleh menunjukkan kecintaan kita pada seseorang kerana memberi ruang.

Kebebasan

Mencintai seseorang bukan bererti memberi kita hak penuh untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang disayangi. Bolehkah kita mengaku mencintai seseorang jika kita selalu mengekangnya? Memberi kebebasan adalah salah satu bukti cinta.
Makna kebebasan bukanlah bebas berbuat sesuka hati tetapi memberinya kepercayaan penuh untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan.

Keindahan

Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Tampil indah dan rupawan juga adalah hadiah. Bahkan tidak salah jika anda tampil cantik tiap hari begitu juga memastikan kediaman juga indah.

Tanggapan positif

Sedar atau tidak, kita sering memberi penilaian negatif terhadap fikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayang. Kali ini cuba hadiahkan tanggapan positif, nyatakan dengan jelas dan tulus. Cuba ingat berapa kali dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih terhadap apa yang dilakukannya demi anda. Ingat pula, pernahkah anda memujinya. Ucapan terima kasih, pujian dan permintaan maaf adalah hadiah cinta yang sering dilupakan.

Kesediaan mengalah

Tidak semua masalah layak menjadi bahan pertengkaran, apalagi hingga menjadi perbalahan yang hebat. Semestinya anda pertimbangkan apakah ia perbalahan itu berbaloi dan apabila ini berlaku, mungkin ada baiknya anda mengalah.
Kesalahannya mungkin terlewat tiba untuk temu janji dan itu adalah kali pertama, jadi perlukah pertengkaran dibiarkan berlanjutan. Kesediaan untuk mengalah boleh menghilangkan perasaan sakit hati dan menyedarkan kita bahawa manusia tidak sempurna.

Senyuman

Kekuatan senyuman amat luar biasa lebih-lebih lagi senyuman diberi dengan tulus, boleh menghangatkan hubungan yang dingin dan menjadi semangat kepada yang berputus asa. Senyuman juga isyarat untuk membuka diri kepada dunia sekeliling kita. Senyum itu juga ibadah.
Mari bersama menilai hadiah apakah yang sudah kita beri kepada yang tersayang dan mana yang belum. Jadikan pemberian hadiah sebagai pengikat kasih sayang yang memperkukuhkan ukhuwah.
Pecahlah batu dipukul besi, berubah hanya dititis air, mana mungkin jiwa pendakwah dapat merubah sekeping hati melainkan ia bertakhtakan kasih.


petikan dari  www.al-bakriah.com.my

salam-ukhwah

assalamualaikum.....
kepada semua blogger-blogger malaysia,bukan aku nak berceloteh atau berkritik tentang sesiapapun. aku nak luahkan isihati aku terbuku setebal-tebalnya. sudah 3 tahun 3 bulan aku bekerja di sebuah jabatan yang aku rasa bangga kerana dapat memberikan khidmat kepada semua masyarakat tidak kiranya dari kecil sampai d ewasa. sepanjang aku berkhidamt dalam jabatan ini bermacam-macam ragam aku tempuhi terkiralah benda itu kecik atau pun besar. sepanjang 3 tahun 3 bulan aku berkhidmat sudah 2 tempat kerja dan 5 orang bos. macam perangai bos aku dah alami. bukan aku nak memburukkan seseorang tapi aku rasa tidak ada keadilan bagi diri aku.

Aku kena tukar tempat kerja baru atas arahan ketua jabatan bukan kehendak aku sendiri tetapi aku akur jer sebab dah sign surat menurut perintah. aku tidak puas ati kerana orang golongan atasan ini dah kena tukar tempat kerja tetapi x mau pergi dan macam-macam alasan diberikan. bukan itu saja siap pakai kabel kerana tidak mau tukar...kalu macam nie adil kah sistem jabatan ini kalu orang bawahan siap ugut lagi kalu x mau tukar tetapi bila kena batang hidung sendiri bermacam-macam alasan diberikan dan siap pakai kabel lagi....kalu nak berlaku adil jgnlah kita pandang siapa orang itu kalu dah arahan maka semua orang kena ikut lah...semua orang sign surat menurut perintah x kiralah bawah ker atasan.
Kisah Hakim Tidak Berlaku Adil
 
Di kalangan Bani Israil, hidup seorang hakim yang sentiasa menghakimi berbagai permasalahan di tengah masyarakat dengan adil. Tatkala berada di ambang kematian, ia berkata kepada isterinya. “Kalau aku sudah mati, mandikanlah aku dan kafanilah. Tutupilah wajahku dan letakkanlah aku dalam sebuah peti. Insya Allah, engkau tak akan menyaksikan sesuatu yang buruk.”

Tatkala ia meninggal, isterinya mengurus jenazahnya sesuai perintahnya. Selang beberapa minit, ia menyingkapkan kain penutup wajahnya. Tiba-tiba ia melihat sekumpulan ulat menggerumuti wajahnya dan menggerogoti hidungnya. Ia merasa takut menyaksikan kejadian ini (segera menutup kembali wajah jenazah suaminya dan menguburkannya).
Pada malam itu, ia bermimpi melihat suaminya yang berkata, “Apakah engkau merasa takut terhadap apa yang dilakukan ulat-ulat itu?”
Wanita itu menjawab, “Ya.”

Sang Hakim berkata, “Demi Allah, pemandangan menakutkan itu disebabkan kecenderunganku pada saudaramu. Suatu hari, saudaramu bersengketa dengan seseorang dan datang kepadaku. Tatkala keduanya duduk di hadapanku dan memintaku menghakiminya, aku berkata kepada diriku sendiri, ‘Ya Allah, berilah kebenaran pada pihak saudara isteriku.’ Sewaktu persengketaan mereka selesai diteliti, ternyata kebenaran berada di pihak saudaramu. Aku merasa senang. Dan ulat yang engkau saksikan itu merupakan balasan atas kecenderunganku pada saudaramu, sekalipun saudaramu berada di pihak yang benar. Namun saat itu aku tak mampu menjaga hawa nafsuku untuk bersikap netral.”
 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih sayang dalam masyarakat.

sambungan kisah aku di lain artikel,banyak perkara lagi aku nak bercerita sepanjang 3 tahun aku berkhidmat di sebuah jabatan

Hasil Nukilan 
Pulau Pinang 21 Jun 2011
bersamaan 19 Rejab 1432 Hijrah

salam-ukhwah

MELAYARI bahtera cinta sehingga ke jenjang pelamin pasti menjadi impian setiap pasangan yang bercinta. Selepas mendirikan rumah tangga, bermulalah kewajipan sebagai suami atau isteri.
Kehidupan juga tentulah berbeza daripada semasa hidup membujang dahulu khususnya dari segi hubungan intim suami isteri. 

Namun, perkahwinan itu tidak semestinya indah lebih-lebih lagi jika suami gagal menunaikan tanggungjawabnya. Ia sedikit sebanyak boleh menghakis keharmonian institusi kekeluargaan.Seorang isteri, dikenali sebagai Sofea, menceritakan bagaimana peritnya dia menanggung penderitaan batin kerana si suami gagal memberi kepuasan seksual kepadanya.

Pelbagai cara dilakukan Sofea bagi menikmati hubungan intim itu namun semuanya gagal. Bagi menjaga perasaan suami tercinta, Sofea berpura-pura dia mencapai tahap klimaks. Namun, selepas suaminya terlena, dia berusaha sendiri untuk memuaskan keinginan seksualnya. 

Klimaks palsu

Selama hampir 10 tahun dia menggunakan teknik memuaskan nafsu sendiri itu dan hanya selepas bertemu doktor, baru dia menyedari dia selama ini telah melakukan onani.

"Saya membuat keputusan bertemu doktor selepas saya sering menolak ajakan suami bagi melakukan hubungan seks." Bagi menyelamatkan rumah tangga, saya terpaksa memberitahu doktor dan suami tentang masalah yang dihadapi dan bagaimana saya memuaskan diri sendiri."Namun, selepas diberitahu tentang onani, saya dan suami akhirnya berjumpa pakar kaunseling. Kini saya sudah menghentikan aktiviti onani tersebut," ujar ibu kepada tiga anak itu.

Berdasarkan kisah Sofea, kesimpulan awal yang boleh dibuat ialah wanita melakukan onani hanya kerana mahu mencapai klimaks yang tidak diperoleh semasa melakukan hubungan seks dengan suami. Menurut Pakar Seksual Lelaki, Wanita dan Reproduktif, Hospital Damai Service, Dr. Mohd. Ismail Thamby, kebanyakan wanita yang telah berkahwin cenderung memalsukan klimaks bagi memuaskan hati suami.

Berikutan itu, mereka memilih untuk melakukan onani bagi melampiaskan kehendak yang tidak dicapai. Apa yang mengejutkan, majoriti daripada mereka tidak mengetahui mereka sebenarnya melakukan onani. "Masyarakat mungkin ingat hanya lelaki yang melakukan onani. "Tetapi wanita juga beronani dan cara mereka berbeza daripada lelaki. "Perkara tersebut akan membuatkan mereka berasa seronok dan tanpa disedari mereka akhirnya akan beronani," katanya.

Berdasarkan pengalaman Ismail, pesakit wanita yang bertemu dengannya mendedahkan terdapat pelbagai peralatan yang menjadi pilihan mereka ketika beronani.

Mungkin kedengaran pelik tetapi hakikat yang perlu diketahui, wanita sering beronani menggunakan alat-alat bantuan yang tidak masuk akal. Ada juga dalam kalangan mereka yang menggunakan alat bantuan yang dicipta khas yang dijual di kedai barangan seks. Ismail menjelaskan wanita yang mengalami ketagihan onani akan mencuba pelbagai alatan dan cara bagi mendapatkan kepuasan paling tinggi.

Daripada segi psikologi pula wanita meletakkan onani sebagai satu tabiat berfaedah kerana ia mampu mengurangkan tekanan serta menimbulkan rasa seronok. "Sebenarnya wanita yang beronani telah meletakkan satu pemikiran dan menetapkan tahap bagi mereka mencapai klimaks.

Mati putik
"Jadi sukar bagi mereka mencapai klimaks ketika bersama suami kerana mereka telah terbiasa mendapatkan kepuasan dengan bersendirian. "Mereka yang berada di tahap seperti ini perlu cuba menghentikan aktiviti tersebut kerana ia boleh menjejaskan hubungan intim bersama pasangan," ujarnya. Pakar Psikologi dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Suradi Salim pula menyatakan keinginan wanita untuk beronani bergantung kepada kepuasan yang dicapai mereka ketika bersama pasangan.

"Kemungkinan mereka mempunyai keinginan lebih tinggi terhadap pasangan dan apabila ia gagal dipenuhi, mereka memilih untuk beronani. "Namun, dalam konteks onani ini kita perlu merujuk kepada pegangan agama seseorang itu kerana pada akhirnya perbuatan mereka itu akan dinilai berdasar kepada agama dan kepercayaan mereka. "Ia terbukti apabila mereka yang kerap beronani akan berasa bersalah terhadap perbuatan itu dan ia tidak dizahirkan secara fizikal sebaliknya ia akan mengganggu emosi mereka," katanya.
Jika kekerapan onani boleh mengakibatkan golongan lelaki berdepan dengan risiko mati pucuk, wanita juga mempunyai kebarangkalian mengalami mati putik.

Menurut Ismail pula, mati putik atau disfungsi seksual wanita bakal menjadi mimpi ngeri buat golongan wanita apabila mereka mula menunjukkan tanda-tanda kelewatan mengalami klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan ketika bersama suami. Apabila tiada perasaan ghairah terbit dalam diri, ia akan mengganggu kelancaran peredaran darah ke bahagian kemaluan serta mengakibatkan alat sulit gagal mengembang dan menggebu. "Wanita yang gemar beronani juga akan mudah berasa letih dan tidak bertenaga serta tertekan dengan persekitaran apabila tidak mendapatkan kepuasan yang dihajati," jelas Ismail. Justeru, Ismail mengingatkan golongan wanita agar mengelakkan onani kerana aktiviti tersebut merupakan satu bentuk penderaan kepada alat kelamin.

ONANI tetap HARAM
KEKELIRUAN masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam terhadap onani sering dijadikan alasan untuk mereka terus melakukan aktiviti tidak sihat itu. Menurut pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah hukum melakukan onani adalah haram tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. “Ada pendapat mengatakan onani boleh dilakukan bagi mengelak berlakunya zina, tetapi ia tetap jatuh haram buat seseorang yang melakukannya. “Allah telah menciptakan manusia itu berpasangan dan sekiranya mereka berkeinginan untuk mencapai kepuasan seksual, mereka perlu melakukannya bersama pasangan masing-masing.

“Mencapai kepuasan secara bersendirian dengan beronani bukan satu pilihan tepat, malah ia tidak dibenarkan dalam ajaran Islam,” jelasnya. Daud juga memberitahu pasangan suami isteri yang berdepan dengan masalah tersebut perlu mengatasinya dengan bijaksana terutama suami kerana tanggungjawab sebenar terletak di bahu mereka. Ujarnya, kegagalan isteri mencapai kepuasan seksual hingga mendorong mereka beronani adalah disebabkan fahaman mereka terhadap hubungan seks itu tidak seperti yang ditetapkan syarak. “Hubungan intim bersama suami bukan sekadar mencapai kepuasan tetapi ia juga perlu mencapai matlamat. “Apabila tercapainya matlamat maka pasangan tersebut akan mendapat rahmat. Tetapi jika isteri gagal mencapai kepuasan, suami perlu mencari punca kepada permasalahan tersebut,” tambahnya lagi.

petikan dari kosmo 21 Jun 2011

salam-ukhwah Monday, June 20, 2011

Pada zaman sekarang ini ramai manusia sudah menjadi perangai sebagai haiwan kecil yang menjadikan darah sebagai makanannya. Nyamuk telah diciptakan oleh Allah S.W.T. untuk menghisap darah terkiralah manusia ataupun haiwan. Disini aku hendak berceritakan kisah manusia yang berperangai sebagai haiwan kecil.....tetapi inilah pandangan aku semata-mata. Ditempat kerja aku sekarang adalah manusia yang mempunyai kedudukan yang tinggi tetapi satu kerja tidak pandai buat sendiri hanyalah pandai mengkritik. Manusia ini suka sangat mengkritik dan memberikan idea yang macam-macam seolah-olah pandai dalam semua hal. Apabila disuruh buat bermacam-macam alasan yang diberikan dan menyuruh orang lain melakukannya.

Manusia ini suka menidas orang lain untuk kepentingan dirinya.....manusia ini mengejar kemewahan dunia dan pangkat tanpa memikirkan orang lain.


Hasil Nukilan
Pulau Pinang 20 Jun 2011
bersamaan 18 Rejab 1432 Hijrah

salam-ukhwah

Kita biasa dengar lagu bangau oh bangau dari kecik lagi hinggalah dewasa ini, lagu itu masih kedengaran tidak kiralah kita orang dewasa atau budak kecik.....aku bukannya nak berceritakan tentang lagu itu cuma sekadar menjadikan permulaan topik yang aku akan bicarakan....

Nyamuk mempunyai maksudnya tersendiri,kita boleh check sendiri maksudnya di wikipedia. Haiwan ini hanya menjangkitkan manusia dengan pelbagai penyakit seperti denggi dan malaria melalui gigitan. Nyamuk dikatakan paling banyak membunuh manusia dan paling bahaya walaupun hanyalah haiwan kecil. kita pernah dengar cerita yang terjadi pada zaman nabi terdahulu tentang kebinasaan Raja Namrud hanyalah dengan seekor nyamuk saja.....

Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31) Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.





Visitors

Banner

" />