salam-ukhwah Wednesday, March 13, 2013

Sejak beberapa tahun yang lepas, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dengan mematikan akses kepada beberapa laman perkongsian, dan kini kelihatan beberapa laman tempatan turut hadir dibawah pemerhatian pihak mereka.

Daripada apa yang dilaporkan oleh Hollywood Reporter, seorang belia berusia 27-tahun dikatakan telah ditahan disebabkan perkongsian pautan muat-turun fail-fail berhakcipta pada laman SYOK.org. Ia turut dikatakan belia tersebut berkemungkinan adalah salah seorang pentadbir di laman SYOK.org yang sedia mempunyai ratusan ribu pengguna.

Pada laman SYOK.org hari ini, ia kelihatan pentadbirnya telah pun membuang forum khas untuk perkongsian digital, dan sebaliknya mengubah arah tuju kepada bentuk perbincangan dan komuniti.

Laman websites yang terjejas akibat ini antaranya ddmf,jieazzmovie,teamhanna. Ini web yang selalu saya guna untuk mendownload movie….

Sumber:http://www.hollywoodreporter.com/news/malaysian-police-crack-down-piracy-426841

Visitors

Banner

" />