salam-ukhwah Thursday, September 8, 2011

KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. - BERNAMA

***selepas ini rakyat malaysia terpaksalah berbelanja lebih untuk topup dgn cukai terbaru dikenakan kepada rakyat!!!!

salam-ukhwah




 
Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber worldstatesmen.....hamba tidak pernah tengok bendera ini. Kerajaan negeri Kelantan sudah wujud dari awal lagi dengan bendera rasmi lagi. Sekarang ini telah menggunakan bendera jenis ini pulak...
 

untuk keterangan lanjut pasal kerajaan negeri kelantan bolehlah klik disini

salam-ukhwah

Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.

Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur. Terdapat pelbagai jenis lalat, antaranya adalah:-
  1. Lalat rumah atau biasanya dikenali sebagai lalat sahaja.
  2. Lalat hijau
  3. Lalat tsetse Dari Kamus Dewan -(sétsi) = lalat ~ sj lalat drpd genus Glossina yg berasal dr Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan penyakit tidur.
  4. Lalat bunga
  5. Lalat buah
  6. Lalat askar hitam lihat Wiki English ...Black Soldier Fly (Hermetia illucens)


**bermacam-macam lalat diberi gelaran oleh manusia. Lalat adalah haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran mcm manusia walaupun mempunyai otak juga. setelah manusia dimuka bumi ini berperangai macam lalat.............***

salam-ukhwah Wednesday, September 7, 2011


bukak link nie ~>

http://www.facebook.com/friends/edit/?sk=phonebook

salin cepat... mostly deorang xedit lg privacy setting... so utk buaye2 sekalian inilah masenyer...

cepat nnt fb disable kn bru pdn muke....


***aku telah trial n berjaya buka semua kwn2 yg ada no fon kat fb.....hehehe,selamat mencuba.....

salam-ukhwah

Syarikat motorsikal yahama India telah melancarkan motorsikal baru pada bulan september 2011 untuk pasaran India,Australian,Colombian. Ramai peminat motorsikal berkuasa besar di malaysia telah convert model yahama FZ150 kepada model ini....kenapakah pihak yahama malaysia tidak mengeluarkan produk motorsikal ini untuk pasaran negara ini pasti laris macam goreng pisang panas....untuk keterangan lanjut tentang motorsikal ini klik disini

salam-ukhwah

Syarikat motorsikal honda di Indonesia telah melancarkan produk terbaru iaitu motor honda city sport 1 hampir sama dengan nama sebuah kereta....motorsikal honda begitu terlaris di malaysia ini dengan produk Honda EX5......adakah model motorsikal terbaru ini akan dilancarkan oleh Boon Siew Honda untuk mengukuhkan lagi pasaran motorsikal di malaysia.....

Spesifikasi
  • : 1.923 x 682 x 1.042 mm
  • : 1.251 mm
  • : 130 mm
  • : 114 kg
  • : Twin Tube Frame
  • : Teleskopik
  • : Tunggal ( Monoshock )
  • : 70/90 - 17 M/C 38P
  • : 80/90 - 17 M/C 44P
  • : Cakram hidrolik dengan piston ganda
  • : Cakram hidrolik dengan piston tunggal
  • : 4,1 liter
  • : 4 langkah, OHC, pendingin air
  • : 58 x 47,2 mm
  • : 124,7 cc
  • : 10,7 : 1
  • : 12,8 PS / 10.000 rpm
  • : 1.04 kgf.m / 7500 rpm
  • : 1,0 liter pada penggantian periodik
  • : Manual. multiplate wel clutch
  • : 5 kecepatan
  • : 1-N-2-3-4-5
  • : Electrik Starter & Kick Starter
  • : MF, 12 V - 3,5 A.h
  • : ND U24ESR-N / NGK CR8E
  • : DC - CDI

salam-ukhwah

 
1.if die ngamuk baling2 barang -try awk smbut.Ni la msenye awk tnjuk kpantasan jd gol keper.

2.if die mle jerit tbe2 -awk nyanyi kuat2. ni la msenye awk tnjk suare awk shebat Black(Mentor)

3.if die tngk cm nk telan -awk smile je ngok dia!Bru die nmpak kecomelan awk!

4.if die nk lari umah - Tlg kms kn brg dia sme2.Ni la msenye awk tnjuk btapa rajinnye awk

5.if die cry cos sket ati -awk gelak kuat2 tguling2.Ni la bkti awk usaha wt dia hppy time die sdg bduka. 
 
***kalu die balik pisau awk buat mati la....biar die kesian kerana awk dah meninggal dunia....hahaha....sekadar hiburan saje....suami-isteri mestilah ada pergaduhan bak kata P.Ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit.....***

salam-ukhwah

 
'Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri
Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayahnya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri,
 
Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium.. Logam inilah yang paling  keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,
bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam
dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar
lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda,tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket
hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya..

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket
hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak.....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? 
 
***moral this story.....anda semua janganlah pikir benda-benda 2 jer kita hendaklah fikir hal lain juga bila baca cerita macam ini....jawapannya adalah coklat m&m iaitu cair dimulut tidak ditangan!!!!!.....hahaha

salam-ukhwah

 
Sewaktu melawat ke rumah orang-orang tua, Ah Seng duduk di sebelah seorang nenek. Sambil berbual-bual, Ah Seng memakan kacang yg terdapat di dalam sebuah balang di atas meja disebelah nenek tersebut. Setelah agak lama berbual, sambil mengunyah kacang tersebut, Ah Seng bertanya kepada nenek berkenaan.

Ah Seng : "nenek tak nak makan ke kacang ni? sedap nek..."

nenek : " ooo.. nenek tak boleh makan cu. Nenek cuma makan coklatnya aja, kemudian kacangnya nenek masukkan dalam balang tu. Maklumlah, gigi nenek dah tak ada..."

Sebaik mendengar kata² nenek tersebut, terus Ah Seng berlari ke toilet. Terdengar sayup-sayup bunyi Ah Seng "uwekk!! uwekk!!"
 
**moral this story.....beringat lah makan kacang yang free jer.....kalu nak makan kacang juga sila beli sendiri....hahaha***

salam-ukhwah

 
Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana , seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

"Bagaimana keadaan Bapak di sini?" tanya anaknya.

"Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah"

"Masalah apa Pak?"

"Mereka tidak mengizinkan bapak kentut di sini"

salam-ukhwah Tuesday, September 6, 2011


Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Shahsilla Binti Sarippudin from Malaysia.Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.
               
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan Shahsilla Binti Sarippudin.


**begitulah emel yang aku terima hari ini iaitu 6/9/2011. Pemurah betul manusia ini hendak menderma duit sebanyak itu kepada manusia x kenal....berwaspadalah dengan emel sebegini.....

salam-ukhwah


Pada 6 September 2011 suratkhabar kosmo telah mengeluarkan rencana tentang etok.....
Etok ialah sejenis hidupan air seperti kerang yang mendiami kawasan muara dan sungai berpasir. Bentuknya kecil dan berwarna kuning gelap serta hitam. Etok salai amat digemari di kelantan. Selain disalai, etok juga boleh dimasak sup bersama batang serai. Etok salai sedap dimakan begitu saja..isinya yang lemak masin dan manis menjadikannya digemari ramai.

Etok salai biasanya boleh dibeli di gerai tepi jalan. Etok ini dibungkus (kelongsong)berbentuk macam kon dengan kertas surat khabar dan dijual biasanya RM 1 (harga tidak tetap) setiap satu. Untuk memakannya pula kita perlu membuka cengkerangnya terlebih dahulu dengan cara menggigit ataupun dengan menggunakan pisau dan menggunakan kulit etok itu sendiri.

Memakan etok tanpa menghisap air isinya tidak memberi kepuasan, kerana pada air isinyalah menjelaskan kelazatan etok. Untuk lanjutkan tentang etok anda boleh baca di link ini

Visitors

Banner

" />