salam-ukhwah Wednesday, September 1, 2010



Pada tanggal 30 Julai 2010, motor lc 135 yang baru dibeli oleh aku telah mencipta rekod tersendiri. Aku telah balik kampung dari Penang ke Kota Bahru yang memakan masa selama 6 jam perjalanan. Pertama kali balik kampung dengan menaiki motor dan kepenatan berada atas motor tidak begitu terasa. Sakit punggung hilang begitu saja dengan perasaan teruja kerana mencipta sejarah hidup tersendiri. Perjalanan aku ke Kota Bahru yang pertama kali mengalami peristiwa yang manis dalam hidup aku. Motor yang aku naiki kehabisan minyak selepas menuruni banjaran titiwangsa cuma tinggal 7 kilometer untuk sampai ke stesen minyak yang berdekatan. Aku terpaksa menolak motor sejauh 2 kilometer kerana tiada kenderaan yang lalu sudi membantu aku. Nasib menyebelahi aku kerana seorang rider dari Pengkalan Hulu yang juga pulang ke Tanah Merah sudi menunda motor aku ke stesyen minyak. Sebelum ini aku tidak pernah menunggang motor seorang diri untuk perjalanan yang begitu jauh sekali.
Kedua-dua gambar yang sempat aku ambil semasa dalam perjalanan pulang ke Kota Bahru tempoh hari. Aku berhenti rehat di Perhentian Banjaran Titiwangsa dimana terletak atas puncak banjaran yang terpanjang di Asia Tenggara. Aku ingin mengulaskan sedikit kata-kata yang pernah diucapkan oleh orang ramai dimana ianya berbunyi “semasa kita bujang inilah kita mampu untuk melakukan sesuatu yang menjadi pengalaman hidup yang manis”. Aku sendiri telah melalui pengalaman tesebut pada tahun ini dan akan menjadi pengalaman manis untuk diceritakan kepada anak-anak aku nanti. 

Visitors

Banner

" />