salam-ukhwah Thursday, June 30, 2011


Khas buat peminat anime yang makin popular sekarang ini x terkecuali juga orang dewasa meminati anime.....ramai rakan-rakan hamba meminati anime ini terutama sekali penuntut universiti x. Bukan saje budak kecik yang meminati anime yang begitu popular di negara matahari terbit. hamba menyediakan beberapa link untuk mendownload dan watch anime secara online..hamba meminati anime naruto shippudeen,bleach dan one piece.....selamat menonton dan mendownload anime....

Link websites Here:


http://one-fan.blogspot.com/

salam-ukhwah


Buat peminat games pc, hamba meletakkan website free download games untuk semua peminat games pc....selamat mendownload bermacam-macam games dari websites ini.....


Link Websites ini:


games angry birds pun ada juga kat websites ini yang begitu popular sekarang ini x kira dalam handset mahupun pc,xbox,ps2......games ini dah mengangkat rating tinggi bagi peminat games pc.....

Link Download Here:

salam-ukhwah Wednesday, June 29, 2011


Buat peminat games angry birds yang makin popular sekarang nie di pejabat hamba....x kira pangkat kecik atau besar,puan tau lelaki,bujang tau dah kawin semua minat games ini.....hehehe...
Diharap semua berpuas ati bermain games ini....


Download Here:
http://www.mediafire.com/?kb23g975utvhgzj

salam-ukhwah Tuesday, June 28, 2011


Kami kumpulan wanita dari Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API), Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia cawangan Pulau Pinang (SALIMAH) ingin menarik perhatian semua pihak khususnya pihak berkuasa negeri Pulau Pinang dan media berkenaan Penganjuran Peragaan Baju Renang yang dijangka berlangsung 2 Julai 2011.

Pada 1 hingga 3 Julai 2011, satu pameran IT akan berlangsung di D’PlAZZA Mall (bersebelahan dengan PISA). Pameran ini dikelolakan oleh dua badan utama iaitu Karpersky dan Persatuan ICT Pulau Pinang (PICTA). Semasa pameran ini berlangsung, diselitkan beberapa aktiviti untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung khususnya masyarakat Pulau Pinang. Salah satu acara tersebut adalah Peragaan Baju Renang yang turut diadakan di tempat yang sama. Oleh itu wujud persoalan tentang rasional menganjurkan pertunjukan baju renang semasa pameran ICT. Kebimbangan kami yang paling utama adalah kesan tidak langsung penganjuran acara seperti ini.

Selain itu, iklan tentang peragaan baju renang ini juga banyak disebar di kawasan kampung-kampung yang majoriti penduduknya melayu. Hal ini menampakkan penyebaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai yang ada dalam agama Islam iaitu agama orang-orang melayu.
Pihak kami menyokong penganjuran pameran berkaitan IT kerana itu adalah suatu usaha yang baik dan sememangnya bermanfaat buat masyarakat khususnya yang tinggal di Pulau Pinang. Namun apa yang menjadi kekesalan kami sebagai masyarakat dan badan NGO adalah kegagalan pihak penganjur untuk lebih sensitif tentang keadaan masyarakat Malaysia dalam menyusun aktiviti-aktiviti untuk tatapan masyarakat awam semasa berkunjung ke pameran tersebut.

Bantahan ini kami lakukan bukan atas sebab kepentingan individu atau mana-mana pihak. Sebaliknya berasaskan kepada prinsip kerukunan dan saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Peragaan pakaian mandi di khalayak awam langsung tidak bertepatan dengan norma masyarakat Malaysia dan adab ketimuran.

Kebimbangan kami juga adalah akan berlakunya eksploitasi terhadap wanita. Peragaan pakaian mandi yang mendedahkan tubuh wanita menyebabkan fungsi wanita di mata masyarakat berada di tahap yang rendah dan tiada harga. Walhal fungsi wanita dalam masyarakat dan dunia ICT adalah lebih daripada hanya mendedahkan tubuh.

Pihak kami juga bimbang aktiviti seperti ini akan meninggalkan kesan negatif seperti peningkatan jenayah seksual dan penjualan bahan lucah. Hal ini kerana tanpa kita sedari akan ada pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab bakal mengeksploitasi aktiviti seperti ini untuk tujuan jenayah dan sebagainya.

Justeru kami ingin menegaskan sekali lagi bantahan kami terhadap penganjuran Peragaan Baju Renang yang jelas tidak mendatangkan manfaat yang besar dalam masyarakat dan dunia ICT.

* kenyataan akhbar ini telah diadakan pada 27 Jun 2011 pada jam 10.35 pagi

salam-ukhwah

Bukan hamba ini anti mukabuku dan ini memburukkan laman sosial yang semakin ramai peminat diseluruh muka bumi ini. Berdasarkan gambar diatas kita dapat tengok perkataan yang timbul dari sambungan rajah manusia iaitu "sex". Mungkin ini adalah kebetulan dengan perkataan tersebut ataupun telah disengajakan oleh pencipta mukabuku ini.

Hamba bukanlah hendak menjadikan isu ini besar atau untuk membuat provokasi tentang mukabuku bagi menaikkan rating blog hamba ini. Kita ari ini banyak dikejutan dengan beberapa berita yang mempunyai kaitan dengan laman sosial. Antara kejutan yang kita pernah selalu dengar dan menjadi topik berita iaitu kes penipuan,isteri curang,suami main kayu tiga,keldai dadah dan banyak lagi berita panas.



Tertarik dengan perkataan yang terbit dari sambungan rajah manusia di laman sosial itu, hamba ingin mengajak semua peminat mukabuku memberikan pendapat adakah itu Kebetulan ataupun Sengaja DiLakukan?????????

salam-ukhwah

Mula2 download file registry dr link ni

-----> http://adf.ly/1v54Y

file ni compatible utk windows vista,seven mahupun XP.

[color=purple] toyzaid dah compile dan mengkaji file registry sejak 7thun lepas.iaitu sejak toyzaid mula2 kerja kat kedai komputer terpakai. file ni dah 3thun toyzaid compile skit2 tp skrg br brani nk release sbb skrg completely dah xde xde error.

Mula2 bt skit je, skrg da byk yang toyzaid edit.so skrg registry ni da tahap gaban kepowerannya.

Jgn risau toyzaid da test k laptop toyzaid dan komputer2 pelanggan..so xakan merosakkan windows. Bahkan memaksimakan komputer anda. kalau file ni xleh msk dlm komputer korang means ada virus "sality".

So scan komputer korang dlu dgn antivirus yang power.

cuma klik je file ni selepas download.Pastu tekan OK. Anyway selamat melajukan komputer anda

P/S: Sume registry dirujuk drpd laman sesawang dan korang Xpayah tekan byk2 kali sbb sekali masukkan kesan die berpanjangan

perhatian syokrates ni bukan virus...just share benda yang baik ..blh rujuk laman web ni untuk sebarang kemusykilan. semua yg terbaik utk windows telah digabungkan menjadi satu file yang ringkas

Jgn lupa say TQ k tread toyzaid ni,slps korg dload. Tanda korg timekasih k toyzaid bt file ni

rujukan>
{http://www.easydesksoftware.com/regtrick.htm}
{http://www.intechgrity.com/tips-and-tricks-to-boost-your-windows-7}
{http://www.merawindows.com/Forums/tabid/324/forumid/82/threadid/12416/scope/posts/Default.aspx}
{OReilly.Windows.Vista n seven.Annoyances.Tips.Secrets.Jan.2008.pdf http://adf.ly/1v60G}

salam-ukhwah


Have you ever stopped to ask yourself what you would do for an iPhone? Recently, a kid in China sold his kidney to finance his tech lust, and another Chinese national was reportedly auctioning off her virginity for the same reason. 

You might roll your eyes in disgust and think that something like this would only happen in China, and up till a couple of years ago, you wouldn’t be wrong. These days however, it seems that the spirit of online entrepreneurship has rubbed off on to our local youths, and girls as young as 17-years old have been reported to be going all out to fund their iPhone lusting’s too. 

Local Chinese daily, China Press, ran a headline story last week on a group of secondary school girls who traded their innocence for a couple of bucks to put in the iPhone savings jar, charging between RM300 to RM600 for a dose of nasty. And as is the law of economics, if there’s a supply, there’s bound to be a demand. 

Needless to say, they got their shiny new objects without having to break too much of a sweat (heh).
Fast forward to today’s news, and you’ll find that the Facebook accounts of these lasses have been closed. The reason? Nope, it’s not the sudden sense of morality rushing back into their veins, but rather the fear of the authorities clamping down on them. 

One plucky schoolgirl even went as far as saying that she would resume advertising her menu of services once the heat had died down. Shocking. 

We’d like to hear what you think about the actions of these girls, and how far would you go to fund a new gadget?

salam-ukhwah

Ni cerita tahap 18SL, kalau terjadi kat mertua korang jangan buat hal macam ni, begini ceritanya...



Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. 

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. 

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. 

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

salam-ukhwah

Ratu Nil (Yukabid)

Khabar itu merusuh jiwa
Titah yang dicerca semesta
Si kecil bergelar lelaki
Bakal korban si derhaka

Resahmu bertukar debaran
Ketika bergema ketukan
Di mana nak kau sembunyikan
Tubuh kecil tak berdosa

Alam bagaikan membisu
Arus Sungai Nil pun mengalir lesu
Mendengarkan tangismu
Saat menyaksikan
Bayimu yang hanyut bersendirian

Duka tak terbanding kata
Dan halus nalurimu terdera
Sungguh kerinduanmu hebat terduga

Teguhlah ibu yang mulia
Berpegang pada satu percaya
Berpisah bukan selamanya
Janji-Nya bukan dusta

Tika dipanggil ke istana
Lengkaplah kisah kasih yang sempurna
Bayimu kehausan
Lalu kau susukan
Menitis airmatamu kesyukuran

Nyatalah janji Yang Esa
Terpisah ‘tuk bertemu semula
Kau genggam kembali jemari kecilnya

Walau diam dalam rahsia
Terpujuk sudah hati yang hiba
Yang dirindu kini kau dakap bahagia

Yukabid engkau tamsil cinta
Lambang tulusnya kasih ibunda
Pengorbanan yang tiada mula
Dan tiada hujungnya


Pencipta Lagu
Munif Ahmad (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit
Munif Ahmad (Hijjaz Records Publishing)
Penulis Lirik
Atie (Hijjaz Records Publishing)

salam-ukhwah Monday, June 27, 2011


Untuk semua peminat kumpulan wali band yang popular pada tahun lepas dengan lagu-lagu yang hits....semua orang meminati lagu dari kumpulan wali band terkira kecik atau besar....disini aku letakkan link untuk lagu terbaru dari kumpulan wali band....semua lagu dari album terbaru ini best,aku telah mendengar semua lagunya..

Bagi aku lagu sejuta memang best dan dijangka hits....hehe,x tau lah orang ramai pulak lagu mane yang diminat....

Download Here:

http://hotfile.com/dl/121888567/480fb1c/WaliBand-AkuBukanBangToyib2011.rar.html

salam-ukhwah

bukan aku nak besarkan hal kecik,
tapi perkara ni dah jadi makin kerap jadi..
tak tau dah macamana nak tegur..

ni, aku jumpe entry dalam blog budak nih..
lancang btul mulut die, sesedap rase je nak tuduh orang lain..
*aku jumpe lepas member kamcing aku, budak kelantan yang ngadu kat aku..


entry yang baru nak mule panas

go GANU !

MOTIF sokong terengganu ? haha, sebab tak nak KELANTAN monang. selalunye, orang kat rumah nih, akan sokong negeri sembilan atau selangor. niyh, disebabkan duo pasurat PANTAI TIMUR niyh dah masok, nak buek macam mano. *xtually, tak gemar pown kat pantai timur. orang kate bukar-budak dye jahat.. eeiiiiii....~ choi ! kelantan ? tengok lahh, bab bola jee boleyh bawak mati. gadoh sana sini. bola je kowt. gadoh, macam tarus bini. tak taw lahh kalo itu yang dorang buat..


GO terengganu ! pi mampos lahh itu KELANTAN ! ko nak bako ketew polis ke ? gerai burger kew ? lamtakk lahh ! tunjok lah perangai korang kat nik aziz tuhh ! *negeri islam kan ? tapi tak reti nak sabar. korang pown tahu sabar tuhh separuh daripada IMAN ! nihh.... nak kew suruh gak nik aziz korang tuhh buat ceramah free tengah padang bola ? ishh ! aku tak suke !!!

http://queenofdaydream.blogspot.com/...6/go-ganu.html



entry ke dua dia

dah aku TAK suke ! takkan nak bagi SUKE jugakk !

orang kate, jangan cakap tak suke, sebab nanti dapat.. TAK KIRA ! aku benci lah kat ko 'merahputih' .. orang-2 lu sume melampau.. mulut jahat.. jantan betina same jew ! reti bergadoh, tunjok hebat, pemalas ! **suke buat jenayah ! lupe , JUGAK pengotor ! aku malas nak mention lebih, coz orang-2 lu sume SUKEEEE tunjok ganaz, padalah tak KEMANA pown.. hahahahaha ! *sumpah aku TAKNAK jejak tempat lu orang ! kelompok bukan main MERATA !

http://queenofdaydream.blogspot.com/...bagi-suke.html

aku copy entry di atas dari gempak forum dan aku juga pernah baca dalam blog itu sebelum dibuang entry itu oleh penulis blog. seorang blogger yang tidak puas ati dengan orang kelantan sanggup menulis yang bukan-bukan dalam blognya. kita jgnlah buat provokasi bagi meningkatkan rating blog kita..lepas tu senang-senang jer minta maaf....sebelum menulis apa-apa pun kita hendaklah mengambil kira tentang perasaan orang lain juga....permohonan maaf dari tuan punya blog itu di link bawah:

http://queenofdaydream.blogspot.com/

salam-ukhwah

Software ini sangat berguna kepada semua pengguna komputer bagi mencantumkan file yang telah dipecahkan kepada bahagian yang kecil. Dengan winrar ini juga dapat digunakan untuk mengecilkan saiz fail yang besar kepada saiz yang kecil.....aku tidak begitu pandai dalam bidang komputer ini tapi sikit-sikit tau la pasal software n hendak menggunakannya....disini aku menyediakan beberapa link software winrar 4.0 full version untuk kegunaan semua orang....

Download Here:
http://hotfile.com/dl/120280934/468ff42/WR4_0.rar.html
http://www.ziddu.com/download/14111025/WinRAR4.00.rar.html

Disini aku juga menyediakan software internet download manager 6.04 + crack full version untuk kesenangan pengguna internet untuk mendownload movie,lagu,dan lain-lain fail lagi fail..software ini sesuai untuk link mediafire saja dan kelajuannya untuk mendownload movie,lagu dan lain-lain fail memang tiada bandingan dengan software lain....

Download here:
http://www.mediafire.com/?75ox4b82xvt3tc4

salam-ukhwah

Azan, akikah antara amalan tanda syukuri kehadiran orang baru

Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50: “Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”


Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya;

Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah. Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama' iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”

Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.

Hendaklah ditahnikkan bayi itu. Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).

Mencukur rambut bayi. Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”

Melakukan akikah iaitu anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” Demikianlah, wallahua’lam.


petikan dari www.al-bakriah.com.my

Visitors

Banner

" />