1. Pohon durian itu tinggi
Jangan takut untuk bermimpi setinggi pohon durian, penemuan terbesar
manusia awalnya juga berawal dari sekadar mimpi, tetapi jangan hanya
bermimpi atau berangan-angan sahaja, sebaliknya berusaha mencapainya itu
yang lebih penting.
2. Kulit durian keras dan berduri
Maksudnya seseorang itu harus teguh pendiriannya, tidak seperti lalang,
ditiup kekiri, ia kekiri, ditiup kekanan, ia kekanan. Percaya akan
keputusan yang telah anda ambil, nescaya tidak akan ada yang akan
meragui kapasiti anda sebagai pemimpin.
3. Isinya lembut
Meskipun dari luar kelihatannya ganas, tetapi dalamnya lembut, sedap
dimakan, isinya luar biasa. Secara tak langsung, belum tentu
mencerminkan sifat diri seseorang. Ibarat pepatah lama yang mengatakan,
“Don’t judge book by its cover.”
4. Durian itu harganya mahal
Kita harus menjunjung harga diri kita, jangan sampai diremeh atau
diperlekehkan orang lain, setiap manusia adalah berharga, kedudukannya
sama di mata Tuhan, jangan pula merendahkan orang lain.
5. Durian itu bermusim
Dalam erti kata lain tidak setiap hari ada ia ada, maka durian itu unik.
Kita menjadi manusia juga diciptakan unik, berbeza antara satu sama
lain. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
6. Durian tidak akan jatuh dari pohonnya sebelum matang
Setiap hal memerlukan waktu, jika kita belum berjaya, atau usaha kita
belum membuahkan hasil, jangan berputus asa, mungkin masih ada kesalahan
dalam prosesnya, yang pasti semua akan indah pada waktunya, bersabar
sahaja, tetapi tetap berusaha, pasti jalan anda akan dibukakan Tuhan
Yang Maha Kuasa.
**mari sama-sama kita renungkan dan fikirkan adakah sifat durian itu sendiri boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan kita**