salam-ukhwah Friday, April 9, 2010

Hijjaz - Rasulullah


Hijjaz - Rindu


Hijjaz - Sumaiyyah


Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman


Hijjaz - Aku Hanya Umar

salam-ukhwah Tuesday, April 6, 2010

Golongan Yang Beruntung
manusia yang dapat menjaga 7 anggotanya dari melakukan perkara dosa adalah golongan yang beruntung .. antara 7 anggota tersebut ..pertama LIDAH adalah anggota yang paling mudah untuk melakukan dosa .. lidah yang paling berbisa antara 6 anggota yang lain..walaupun allah telah memagarnya dengan gigi dan bibir ..pada masa bayi allah tidak memagarkan lagi lidah kerana tidak boleh bercakap untuk mengumpan atau fitnah orang…allah memagarkan lidah setelah manusia mula boleh bercakap dengan gigi sebagai lapisan pertama dan bibir lapisan kedua tetapi masih terlepas juga .. allahu rabbi ..

kedua paling bisa iaitu kemaluan kerana tidak bertulang dan lembik.

anggota yang lain iaitu MATA,TELINGA,TANGAN,KAKI,PERUT.

kerana itulah nabi memberi jaminan bahawa orang yang dapat menjaga lidahnya dengan baik .. maka ganjaran yang sangat besar dijanjikan oleh nabi di akhirat nanti .. kerana itulah kita disuruh berkata perkara yang baik .. jika sebaliknya .. hendaklah diam ..

Golongan Tidak Tahu Malu

Orang-orang yang mendedahkan auratnya dikhalayak ramai adalah golongan yang tidak menutup 'aibnya sendiri .. mereka ialah jenis 'muka dok mmalu' (muka yang tidak tahu malu) .. allahu rabbi ..ramai orang zaman sekarang tidak tahu menjaga aurat dan kebanyakan dari mereka menganggap perkara tersebut ringan dan mudah..

aurat perempuan ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan .. selain dari itu adalah haram .. sesiapa yang melanggar peraturan ini .. di akhirat nanti meraka akan dibakar dalam api neraka .. na'uzubillah ..

Bunuh kerana tidak solat

ulama' menegaskan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat .. maka hukumnya adalah bunuh .. tiada khilaf dikalangan ulama' dan mazhab 4 .. betapa beratnya hukum meninggalkan solat sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kufur .. perkahwinan boleh dibatalkan oleh isteri sekiranya suami meninggalkan solat .. allahu rabbi .. na'uzubillah ..

tapi hari ini .. meninggalkan solat 5 waktu menjadi perkara biasa .. umpama tiada hukum bagi mereka .. barangsiapa yang meninggalkan solat .. maka tiada agama bagi mereka .. na'uzubillah .. apabila seseorang itu meninggalkan solat .. maka banyak perkara yang berkaitan denganya menjadi terbatal .. antaranya .. tidak boleh menjadi wali nikah .. saksi .. dan banyak lagi balasan yang diceritakan oleh ulama .. sebagaimana yang terlah disebut .. 15 bala allah berikan kepada orang yang meninggalkan solat .. di dunia.. ketika hendak mati .. di dalam kubur dan dipadang mahsyar .. na'uzubillah ..

April Fool

Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai 'al-mizah'. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud; "Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia." (Hidayatus Salikin: 170).

Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa. Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh 'menanggalkan' hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; "Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun."

Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.
Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka.

Nabi bersabda, "Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]

Visitors

Banner

" />