salam-ukhwah Thursday, July 29, 2010

Cerita Pok Pandir Moden

Bahagian 1
Kisah ini bermula dalam sebuah kampung yang terletak di Pulau Tidak Penghuni. Keseluruhan penghuni di Pulau Tidak Penghuni tersebut adalah seramai 70 orang termasuk pok pandir. Pok pandir ini seorang bujang yang sudah berusia hampir mencapai 60 tahun. Pok pandir seorang yang memilih jodohnya oleh sebab itu pok pandir tidak kahwin sampai sekarang. Pok pandir berasa kesunyian kerana tinggal seorang diri di rumahnya yang agak mewah dengan kenderaan. Segala kelengkapan rumah pok pandir begitu mewah kerana mempunyai sumber kewangan yang banyak. Pok pandir mengambil anak angkat seramai 4 orang untuk menjadi teman di kala kesunyian.pok pandir mengambil anak angkat yang usianya berbeza-beza antara satu sama lain. Anak angkat yang pertama bernama angkuh yang berusia 30 tahun. Anak angkat yang kedua bernama amarah yang berusia 25 tahun. Anak angkat yang ketiga bernama serabut dan yang terakhir sekali bernama redah.

Kisah ini bersambung pada bahagian 2

0 comments:

Post a Comment

Visitors

Banner

" />