salam-ukhwah
Friday, July 8, 2011
Tanggal 7/7/2011 menjadi ingatan dan juga sejarah dalam hidup aku dimana aku mengalami kemalangan jalanraya. Peristiwa ini berlaku semasa aku dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di kelantan. Aku bertolak agak lewat pada ari tersebut walaupun hati aku berasa risau tidak seperti selalu aku pulang ke kampung halaman.Sudah empat kali aku balik kampung dengan menaiki motor lc 135 aku beli. Malangnya kali kelima ini aku timpa kemalangan tetapi nasib baik tidak teruk aku dan motor aku....
Aku mengalami kecederaan sedikit saja dimana calar sikit di bahagian kaki,motor aku juga tidak teruk hanya calar sikit dan plat no belakang patah. Mungkin ini tidak ditakdirkan oleh Allah S.W.T. atas apa yg berlaku ke atas diri aku....Disini aku ceritakan sedikit gerak hati aku sebelum kejadian kemalangan itu...mungkinkah ini petanda dari Allah S.W.T. kepada manusia. Sehari sebelum aku pulang ke kampung halaman, aku bekerja di Rumah Kanak-Kanak bagi mengendalikan kursus First Aid. Semasa kursus itu aku berperangai aneh tidak seperti perwatakan aku selalu..Pada pagi itu aku berangkat pulang agak lewat dari selalunya aku pulang ke kampung halaman.
Gerak hati pada pagi itu tidak seperti selalu aku pulang ke kampung halaman susah aku nak gambarkan dengan perkataan....aku naik motor balik ikut laluan yang selalu aku gunakan untuk pulang ke kampung halaman. Tiba di lampu isyarat yang terletak di kampung apa entah aku tidak tau tetapi yang aku pasti ianya berdekatan dengan Desa Aman,kulim....aku berhentilah dilampu isyarat kerana lampu merah....beberapa minit kemudian satu dentuman letupan kedengaran,aku dan motor lc 135 terbalik di atas jalan raya....baru aku tau rupa-rupanya ada orang langgar aku dari belakang....brader tu dalam keadaan kelam kabut la tolong aku....dan asyik minta maaf serta cakap brek x makan......apa lagi aku marah juga la brader tu....dah la aku nak balik jauhnya lagi bukannya dekat....setelah tengok motor aku mengambil keptusan untuk ke bengkel motor bagi servis apa yang patut untuk perjalanan aku yang jauh lagi.....
Aku selamat juga sampai di kampung halaman dengan motor lc 135. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T. memelihara aku dari kecelakaan.....sekian untuk kali ini....
Hasil Nukilan
Kelantan Darul Naim 8 Julai 2011
bersamaan 6 Syaban 1432 Hijrah
0 comments:
Post a Comment