salam-ukhwah Tuesday, September 6, 2011


Pada 6 September 2011 suratkhabar kosmo telah mengeluarkan rencana tentang etok.....
Etok ialah sejenis hidupan air seperti kerang yang mendiami kawasan muara dan sungai berpasir. Bentuknya kecil dan berwarna kuning gelap serta hitam. Etok salai amat digemari di kelantan. Selain disalai, etok juga boleh dimasak sup bersama batang serai. Etok salai sedap dimakan begitu saja..isinya yang lemak masin dan manis menjadikannya digemari ramai.

Etok salai biasanya boleh dibeli di gerai tepi jalan. Etok ini dibungkus (kelongsong)berbentuk macam kon dengan kertas surat khabar dan dijual biasanya RM 1 (harga tidak tetap) setiap satu. Untuk memakannya pula kita perlu membuka cengkerangnya terlebih dahulu dengan cara menggigit ataupun dengan menggunakan pisau dan menggunakan kulit etok itu sendiri.

Memakan etok tanpa menghisap air isinya tidak memberi kepuasan, kerana pada air isinyalah menjelaskan kelazatan etok. Untuk lanjutkan tentang etok anda boleh baca di link ini

0 comments:

Post a Comment

Visitors

Banner

" />