salam-ukhwah
Monday, September 26, 2011
Assalamualaikum...
Sebelum ini syarikat motorsikal honda telah mengeluarkan produk 250cc bagi menguasai pasaran 250cc yang dikuasai oleh syarikat kawasaki. Honda telah melancarkan produk CBR250 untuk pasaran malaysia bagi melawan jenama Kawasaki Ninja250cc. Satu persaingan wujud dipasaran malaysia untuk motorsikal berkuasa 250cc. Adakah pihak Yahama juga mahu menembusi pasaran motorsikal 250cc di malaysia dengan produknya. Pihak suzuki sudah melancarkan produk terbaru 250cc untuk pasaran Asean. Setakat ini India,Indonesia,China telah dipenuhi dengan motorsikal berkuasa 250cc dari jenama Suzuki GW250.
Jikalau pihak Yahama,Suzuki melancarkan produk mereka dalam pasaran 250cc di malaysia sudah pasti harga untuk motorsikal 250cc ini akan jatuh sedikit akibat persaingan dari jenama motorsikal. Berita ini pasti ditunggu oleh peminat motorsikal berkuasa tinggi yang tidak mampu untuk membeli motorsikal berkuasa tinggi yang harganya mahal dan boleh disamakan harga sebuah kereta. Bersamalah kita menunggu untuk semua itu....harap-harap motorsikal 250cc ini menjadi pilihan orang ramai untuk memiliki motorsikal berkuasa tinggi.
Key of Suzuki GW250 Specs :
engine 4-strokes
Engine 2 cylinder
Capacity : 250cc
Cooling : liquid cooled
Power :26HP @8500RPM
max torque 2,42 @7000RPM
Hasil Nukilan
Pulau Pinang 26 September 2011
bersamaan 28 syawal 1432 hijrah
0 comments:
Post a Comment