salam-ukhwah Wednesday, October 19, 2011

 
Salam hormat,

Saya yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang
hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu
budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."

Kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun
kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli.
Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu
buat dek jek...

Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan
kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.
Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada
korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain
dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik
dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe² diserang sakit jantung,
sila jangan tolong..

Ye, benar kawan². JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong,
orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik
yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung
sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...
Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri
sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...
Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya
dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong
seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong
maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die
so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa
menanggung kos perubatan org tua tu..

Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.
Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat
budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?
Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak.
Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang.

Die terfikir kalau budak tu mati,
die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die
kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu
akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar
hidup.

So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni...
JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri...
Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku...
Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...
Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri

Nota:Matlamat tidak menghalalkan cara.
 
http://hakaluka.blogspot.com/2011/10/kenapa-tiada-sesiapa-membantu-budak-2.html

0 comments:

Post a Comment

Visitors

Banner

" />