salam-ukhwah Monday, October 3, 2011

Assalamualaikum...
hari ini aku terjumpa satu blog yang mempaparkan gambar yang tidak sepatutnya dibuat oleh manusia demi kepentingan politik semasa...perkara tersebut tidak boleh dipermainkan atas dasar ingin memuaskan nafsu politik......

Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’.
Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”
“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.
Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:
  • Cerita keburukan orang
  • Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
  • Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
  • Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya 
     Hadis Rasulullah SAW:
    “Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
klik disini untuk tengok gambar tersebut....

0 comments:

Post a Comment

Visitors

Banner

" />