Basyar baru beli buku baru. Buku baru Basyar bertajuk ‘ Bila Basri
Belajar Berdikari’. Buku baru Basyar berkisahkan Basri baru belajar
berdikari. Bila Basyar baca buku baru bertajuk ‘ Bila Basri Belajar
Berdikari’, Basyar berasa berilmu berserta boleh berdikari. Basyar beri
buku baru bersama bungkusan buah-buahan buat Bala. Basyar beri buku baru
buat Bala bertambah berilmu bagi bantu Ben.
Bala berasa bahagia bila Basyar beri bukunya. Basyar berasa bangga
bila Bala baca bukunya bersungguh betul. Bila Bala baca buku baru
Basyar, Bala berasa berilmu. Bala biasanya bacakan bukunya buat Ben.
Bila Basyar beri Bala buku barunya, Bala bacakan buat Ben. Ben buta
beranak. Bala bersedih bila Ben bercerita berkenaannya. Bila Ben berkata
Ben baru belajar, Bala bertekad bantu Ben belajar. Bala bacakan buku
baru Basyar biar Ben belajar berdikari.
Bila Ben belajar berdikari, Ben boleh buat banyak benda. Buta
bukan bebanan berat buat Ben. Ben berasa bertuah bila Bala bersama
Basyar bantunya. Bila Ben berilmu Ben bantu budak-budak belajar. Bila
budak-budak belajar, budak-budak berjaya, berguna berserta berilmu.
Bila budak-budak besar, budak-budak besar bantu berserta bimbing
bekas banduan beralih buat baik. Bekas banduan berjaya berubah berkat
bantuan budak-budak besar. Bekas banduan berusaha buat baik bagi
bersihkan bumi.
Begitulah berakhirnya bebelan Bie.
sumber disini
4 comments:
salam...penat baca sbb sume bermula dr hurup 'b'.
cerita ini direka untuk huruf b jer....
macam kenal je post ni....awk amik kat mana ek...
sorilah kalu tersalah copy dari websites mr.mera...sy ambik kat gempak forum...
Post a Comment