salam-ukhwah
Monday, August 27, 2012
Terbukti imej kamera Android Nikon
yang saya paparkan semalam bersumberkan dari laman NikonRumors adalah
benar. Hari ini, Nikon secara rasminya telah melancarkan kamera
pertamanya yang menggunakan sistem operasi Android dan dikenali sebagai
Nikon Coolpix S800C.
Spesifikasi Nikon Coolpix S800C
Kamera Nikon Coolpix S800C ini dilengkapi dengan 16 Megapiksel
Backside Illuminated (BSI) CMOS Sensor. Sensor yang lebih baik
berbanding CCD sensor yang kebiasaannya terdapat pada telefon pintar
ataupun tablet lain di luar sana. Ianya juga dilengkapi dengan lensa
Nikkor 4.5 – 45mm dengan keupayaan zoom optikal sehingga 10x.
Sensitiviti ISO kamera ini pula adalah dari 125 – 3200. Video pula boleh
dirakam dalam kualiti Full HD 1080p.
Skrin OLEDnya pula adalah bersaiz 3.5 inci dan berjenis touchscreen.
Kamera ini turut dilengkapi dengan flash dan GPS terbina dalam (built-in).
Saiz dimensi kamera ini adalah 111 x 60 x 27 mm dan seberat 184 gram
termasuk bateri. Kamera ini akan dikuasakan menggunakan bateri
Lithium-Ion EN-EL12 yang boleh dicaj semula.
Nikon Coolpix S800C ini didatangkan bersama-sama dengan sistem
pengoperasian Android 2.3 (Gingerbread). Menurut Nikon, pemilihan
Android versi 2.3, bukannya versi 4.0 (Ice Cream Sandwich) atau 4.1
(Jelly Bean) adalah kerana Android 2.3 ini tidak membebankan dari segi
penggunaan CPU dan RAM. Dan memandangkan ianya menggunakan sistem
Android, pengguna bebas untuk memasang aplikasi mahupun games yang
terdapat di Google Play atau upload gambar yang dirakam, terus ke rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter ataupun Google+.
Ruangan storan dalamannya hanyalah 4GB sahaja, dimana 680MB boleh
digunakan sebagai storan untuk aplikasi dan games, 1.7GB digunakan untuk
storan gambar/video dan selebihnya adalah untuk kegunaan sistem Android
itu sendiri. Walaubagaimanapun, terdapat slot kad memori SD/SDHC jika
pengguna mahukan ruangan storan yang lebih besar.
Terdapat dua pilihan warna untuk kamera Nikon Coolpix S800C ini iaitu hitam dan putih.
Harga dan Tarikh Nikon Coolpix S800C Dipasarkan
Kamera Nikon Coolpix S800C ini akan mula dipasarkan di Amerika
Syarikat bermula pada bulan September 2012 nanti dengan harga runcit
yang disyorkan (suggested retail price) adalah US$349.95 (lebih
kurang RM1050.00 di Malaysia). Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi
bilakah kamera ini akan dipasarkan di luar Amerika Syarikat termasuklah
di Malaysia, dan berapakah pula harga rasminya untuk pasaran luar nanti.
Adakah anda akan membeli kamera Nikon Coolpix S800C ini sebagai tambahan kepada koleksi gajet anda yang sedia ada nanti?
Sumber : Imaging Resource |
Nikon USA
0 comments:
Post a Comment