gambar diatas sekadar hiasan saja
Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…
Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat
pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu.
Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh..
Setelah
tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir
menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara
mereka.
Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??
Hampir
5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang
utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna
senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna
: (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari
Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit
sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna
: (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat?
Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa
Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah
satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand
camtu.
Si
teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si
teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna
: (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu
soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak.
Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai
masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna
: Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti
mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi.
Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak
berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk
dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau
jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar.
Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah
mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata
bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap
tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk
menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati
menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.
Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan
anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang
pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak
perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar
berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang
yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa
persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.
Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna
: Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik,
pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya
yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang
memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu
si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada
perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam.
Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna
: Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah
hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna
: Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk
meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna
: Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang
berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya
ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan
pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan
nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak
ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas
memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan
dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan
sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik
sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna
: Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu
baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya
tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan
rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa
yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata
orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan
da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang
zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa
Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang
lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi
dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan
kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita
tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan
dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat
tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami
dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik
pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap
tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si
gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si
gadis mendapat akal.
Bapa
Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin
kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena
la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata
anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak
letak muka ni.
Teruna
: Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda.
Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak.
Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna
: Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde
walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang
anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya,
bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk
anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara
berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka,
saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah
pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha
baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni
pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah
janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang
membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada
Allah, kita merancang je.
Azan
zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan
rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si
gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas
memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis
melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di
pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si
gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai
bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna
terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari
jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata
melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu
menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa
Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata
tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia
amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“ : )”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
TAMAT
Sumber fitri hadi
0 comments:
Post a Comment