salam-ukhwah
Sunday, August 14, 2011
KUALA LUMPUR: Seorang pengemis yang cacat penglihatan ibarat naik hantu dan bertindak samseng apabila melibas kerusi lipat miliknya ke arah dua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika dia cuba ditahan kerana mengemis di bazar Ramadan di Setapak Jaya, di sini kelmarin.
Selepas menyedari kehadiran kakitangan JKM, lelaki pertengahan umur itu bersama seorang rakannya pada awalnya cuba menagih simpati untuk mengelak ditahan, namun apabila rayuannya tidak diendahkan pertengkaran mulut tercetus dan dia melemparkan pelbagai kata-kata kesat sehingga keadaan menjadi tegang.
Situasi bertambah kecoh apabila beberapa pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan itu menghalang kakitangan JKM daripada menahan pengemis terbabit bersama seorang rakannya yang senasib.
Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, dalam keadaan kecoh itu seorang daripada pengemis itu tiba-tiba melibas kerusi lipat miliknya ke arah kakitangan JKM.
“Namun tiada apa-apa berlaku kerana libasannya tidak mengenai kami walaupun beberapa kali dia berusaha mencederakan kami. “Berikutan insiden berkenaan orang ramai yang berada di situ memarahi dan menengking kakitangan JKM kerana mengesyaki kami cuba berniat jahat ke atas kedua-dua pengemis itu,” katanya.
Katanya, keadaan bertambah tegang berikutan tindakan beberapa peniaga yang mengugut kakitangan JKM supaya meninggalkan kawasan itu sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
“Dalam situasi yang agak kelam-kabut itu, kedua-dua pengemis terbabit berjaya meloloskan diri di celah orang ramai yang membantu mereka melarikan diri,” katanya.Menurut Mujah, pihaknya percaya pengemis cacat penglihatan itu mampu memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM500 dan RM1,000 sehari.Operasi kelmarin, kali kedua diadakan sepanjang Ramadan ini membabitkan 25 kakitangan JKM. Kawasan diserbu termasuk bazar Ramadan Setapak Jaya, Titiwangsa, Bandar Baru Sentul, Chow Kit dan Bukit Bintang.
Dalam operasi itu, enam pengemis dewasa berusia 30 hingga 58 tahun dan sembilan kanak-kanak berusia antara satu hingga sembilan tahun ditahan.Semua mereka di bawa ke pusat lindungan JKM untuk siasatan lanjut.
*begini nasib seorang pegawai jkm kalu x wat keje kata duk makan gaji buta....bila wat keje orang ramai pulak salahkan pegawai jkm tidak belas kasihan......salah siapakah semua ini.....renung-renungkan.....
http://www.hmetro.com.my/articles/SibutalibaspegawaiJKM/Article
0 comments:
Post a Comment