salam-ukhwah
Monday, September 3, 2012
Terdapat beberapa pandangan mengenai isu si lelaki memegang beg tangan pasangannya ketika keluar bersama.
Ada juga yang menyukai dan ada juga yang langsung tidak merasakan
fenomena itu adalah sesuatu perkara yang dianggap sihat ( lelaki yang
gagah perkasa) .
Mari kita lihat dari sudut positif, jika si lelaki sanggup memegang beg
tangan kekasihnya ataupun isteri ketika keluar bersama dianggap manis
dan juga sanggup melakukan apa sahaja demi wanita yang dicintai. Oleh
yang demikian mereka tidak kisah jika memegang beg tangan pasangannya
ketika keluar bersama.
Namun beberapa perkara yang dianggap negatif adalah apabila si lelaki
terpaksa membawa beg tangan pasangan mereka yang bewarna merah jambu
ataupun mempunyai corak kartun. Adakah anda sebagai seorang lelaki
merasakan ianya tidak apa atau memang tidak sesuai?
Mungkin si lelaki akan bertolak ansur di dalam situasi ini jika anda...
• Mahu mencuba kasut tetapi tidak disediakan kerusi untuk mencuba kasut tersebut
• Sedang mencari sesuatu di dalam poket ataupun beg dompet ketika itu
(beg wanita selalu berisi pelbagai benda sehingga sukar mencari sesuatu
di dalamnya)
• Si wanita mahu pergi ke tandas tetapi tandas tidak menyediakan penyangkut beg
Seperti di atas, kita sebagai pasangan suami isteri ataupun kekasih
haruslah mempunyai sikap bertolak ansur. Namun anda sebagai wanita harus
tahu situasi ini sememangnya di anggap manis namun jangan pula anda
meminta si dia memegang beg tangan anda sepanjang masa.
Ingat beg tangan adalah aksesori wanita, gunakan ia sebaik mungkin!
1 comments:
Aku selalu pegang bag tangan isteri kalau situasi seperti kat atas ...
tapi kalau jalan2 isteri ler yang pegang ...segan aku nak pegang...hahahha
Post a Comment