salam-ukhwah
Monday, September 3, 2012
Baru-baru ini saya ada berjumpa rakan yang masih lagi belajar di
sebuah IPTA tempatan. Pada mulanya pertemuan kami
sekadar untuk membantu dia menyiapkan final projeknya.
Maklumlah,lagi beberapa minggu dah nak present final projek.
Namun semasa saya tengah edit projek rakan saya, dia telah introduce
satu software yang bagi saya menarik dan sangat berguna bagi orang
ramai. Software ini dinamakan temviewer bertindak sebagai remote access
iaitu anda boleh mengawal komputer anda yang
berada dimana jua dengan syarat dia juga mendapat access internet.
Ini adalah gambar interface software tersebut:
Jadi bagaimana untuk menggunakannya?Disini terdapat beberapa langkah mudah untuk anda menggunakannya:
1. Anda install dan ‘run’kan software tersebut dan tunggu sehingga anda diberikan session id untuk pc atau laptop anda.
2. Jika anda mahu mengawal pc atau laptop rakan anda,anda
perlu memasukkan id rakan anda dan password untuk ‘connect to partner’.
3. Tunggu beberapa minit dan anda akan diberikan paparan komputer rakan anda. Ingat, kedua-duanya perlu access pada internet.
Jadi saya merasakan software ni sangat berguna untuk anda yang
sering kerja diluar,sekarang tidak perlu lagi pergi ke server
mahupun pc,hanya dengan teamviewer,anda boleh mengawal pc
tersebut dari jauh.Terdapat beberapa ciri lain dalam software
ini seperti file sharing,webcam,chatting, presentation dan macam2 lagi.
Sangat mudah bagi mereka yang kurang mahir dalam networking.
Jom kita mencuba software ini....
0 comments:
Post a Comment