salam-ukhwah Wednesday, August 3, 2011

Firman Allah Ta’ala:

و لوطا إذ قال لقومه أتأتون الفحشة ما سبقكم بها من أحد من العلمين
إن كم لتأتون الرجال شهوة من دون النسا بل أنتم قوم مسرفون

Dan (Kami juga Telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

Homoseksual dan lesbian bukanlah perkara suatu perkara baru kerana ianya telahpun berlaku pada zaman Nabi Luth a.s. Kesan daripada perbuatan Kaum nabi Luth a.s. kita boleh lihat hingga sekarang iaitu di Laut Mati yang terletak antara Negara Jordan dan Palestin. Di Laut Mati ini kita boleh lihat sesiapa sahaja yang mandi di sini, mereka tidak akan lemas sama sekali kerana kadungan garam yang terlalu tinggi menyebabkan mereka timbul di permukaan air.
 
Apa yang telah berlaku pada zaman nabi terdahulu menjadi iktibar buat kita manusia ini. Kita janganlah ikut nafsu dan pemikiran otak kita untuk perkara logik yang boleh diterima akal kita saja.....saya ada terbaca satu artikel dari negara jiran kita iaitu indonesia. Mungkin artikel ini sudah lama dan ada yang pernah baca tentang kenyataan seorang doktor berhubung dengan gay dan lesbian ini....Untuk keterangan lanjut tentang kenyataan yang dibuat oleh doktor itu klik disini.

0 comments:

Post a Comment

Visitors

Banner

" />