salam-ukhwah Wednesday, August 3, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Ekoran tekanan daripada orang ramai, Media Prima Bhd memutuskan untuk menggugurkan iklan sempena Ramadan, yang disifatkan banyak pihak sebagai berbaur rasis dan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Ketua pegawai operasi Media Prima Ahmad Izham Omar (gambar) mengumumkan keputusan itu menerusi Twitter ekoran kritikan pelbagai pihak sejak awal hari ini.
“OK kawan-kawan. Kami menarik balik iklan itu. Terima kasih atas keprihatinan anda,” kata Ahmad Izham dalam mesejnya yang dikeluarkan menerus Twitter pada pukul 3.40 petang tadi.

Ahmad Izham kelihatan mengambil ringan isu ini dengan mengubah topik perbincangan tujuh minit kemudian.
“Dan, sekarang perkara lebih penting ... adakah satu seksyen bunyi hon lebih baik berbanding empat trombon? Atau hanya tiga trombon sudah memadai?” tulis beliau lagi.

Awal hari ini, bekas ketua eksekutif 8tv ini cuba meredakan keadaan dengan meminta orang tidak membesarkan iklan berkenaan yang menasihatkan bukan Islam supaya bersopan ketika bulan Ramadan.
Diterbitkan sebagai pengumuman perkhidmatan publik menerusi 8tv, tiga iklan menggambarkan seorang budak perempuan ‘Cina’ makan secara terbuka, mengenakan pakaian kurang sopan dan kurang beradab ketika Ramadan seolah-olah mencetuskan kurang senang di kalangan umat Islam.

Umat Islam di negara ini berpuasa sejak semalam selama sebulan.
Iklan-iklan itu mengesyorkan agar bukan Islam menjauhkan diri daripada tingkah laku sedemikian dan mahu mereka memahami dan menghormati bulan Ramadan.
Tahun ini, Media Prima berhadapan dengan kritikan apabila menyiarkan iklan sempena Aidilfitri, didakwa membawa gambaran dan mesej penganut Kristian.
Iklan itu turut ditarik balik ekoran kritikan orang ramai khususnya kalangan Muslim.

petikan dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ramadan-ekoran-kecaman-media-prima-tarik-balik-iklan-rasis/

0 comments:

Post a Comment

Visitors

Banner

" />