salam-ukhwah Tuesday, August 2, 2011

kita manusia sentiasa sibuk dengan akiviti harian. semakin hari semakin banyak kerja yang perlu dilakukan oleh kita semua terkiralah untuk menyara keluarga ataupun kerja-kerja yang sia-sia.....mari kita semua menghitung kembali adakah kita begitu sibuk dalam satu hari....cuma kita senaraikan apa yang kita lakukan untuk satu hari......
Adakah kita terlalu sibuk dengan kerja yang patut dilakukan atau kita nie terlalu menyibuk hal-hal orang lain.....

Firman Allah S.W.T

“Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan.
(Surah al-Baqarah, ayat 217)

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik ataupun dia berdiam saja.” (Hadis riwayat Bukhari).
 
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Bukanlah seseorang mukmin itu yang menjadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina.”
(Hadis riwayat Bazzar dan Hakim)

Hasil Nukilan
Pulau Pinang 2 Ogos 2011
bersamaan 2 Ramadhan 1432 Hijrah

0 comments:

Post a Comment

Visitors

Banner

" />