salam-ukhwah Monday, September 19, 2011

Aku kadang-kadang sedih dan pelik dengan masyarakat kita sekarang, sedih dengan insan-insan yang suka melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum agama kerana sanggup membomohkan orang lain demi melunaskan dendam yang terbuku di dalam hati. Perbuatan santau,menggunakan khidmat bomoh siam,mcm-mcm lagi bentuk bomoh-membomoh adalah perbuatan yang syirik yang paling dikeji oleh semua golongan masyarakat dan sangat bertentangan dengan mana-mana agama dalam dunia ini.
 
Dalam hati manusia ini penuh perasan irihati dan hasad dengki sesamanya terkiralah kawan baik ataupun tidak. Islam melarang kepercayaan terhadap perkara khurafat termasuk pemujaan terhadap sesuatu selain Allah termasuk lah kepercayaaan terhadap ilmu sihir. sekiranya kita percaya terhadap sesuatu yang boleh memberi kesan terhadap baik buruk seseorang dengan cara tidak rasional atau kepercayaan secara mistik tanpa merujuk kepada perintah-perintah Allah melalui nas-nas Al-Quran dan Hadith, maka itu adalah salah. apatah lagi jika kita mengesyaki seseorang tanpa bukti dan alasan-alasan yang kukuh.

Ingatlah wahai manusia yang beriman,tidak guna kita bersolat 5 waktu siang malam tetapi kita tetap melakukan perkara syirik. Perkara ini terdorangan dari hasutan syaitan,nafsu dan perasaan irihati kita terhadap seseorang. 

Rasulullah s.a.w. juga menyatakan bahawa bagi sesiapa yang menemui tukang ramal, hanya bertemu sahaja, dan tidak mempercayai kata-katanya pun, maka solatnya solatnya tidak diterima selama empat puluh hari. Sabdanya:

عَنْ صَفِيَّةَ عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ ]ص[ ,عَنْ النَّبِيِّ ]ص[ قَالَ مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Sesiapa yang mendatangi tukang ramal dan bertanyakan kepadanya tentang sesuatu, maka solatnya tidak diterima Allah selama empat puluh hari.

Firman-Nya dlm Surah al-Nisa' ayat : 116: 
 
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ  فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."

BERTAUBATLAH SEGARA DARI DOSA SYIRIK SEBELUM SAMPAINYA AJAL, KERANA APABILA TELAH SAMPAI AJAL, SI PELAKU SYIRIK TIADA HARAPAN LAGI MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT. Nauzubillah min zalik

0 comments:

Post a Comment

Visitors

Banner

" />