salam-ukhwah
Thursday, July 28, 2011
Pernah anda semua lalui peristiwa dimarahi bos? sudah menjadi lumrah kehidupan manusia nie bila berkerja makan gaji tidak kiralah swasta mahupun kerajaan. Amat jarang sekali seseorang itu tidak pernah kena marah oleh bos masing-masing....tidak kiralah itu kesilapan kita sendiri mahupun orang lain....paling tidak pun seseorang itu kena juga marah sekali dalam sehidup sepanjang menjalankan kerja yang dibagi ataupun hakiki.
Bukan maksud saya hendak mengkritik tentang bos.....cuma ingin mengajak anda semua berfikir sejenak tentang permasalahan ini.....pada mula kita baik dengan bos segala pujian kita dapat kerana kita pandai membodek. kita pun pujilah bos tu baik dan berdedikasi dalam kerjanya, orang lain memburukkan bos kita orang pertama yang menyokongnya dengan mengeluarkan hujah-hujah yang bernas serta sokong yang tidak berbelah-bagi. Apabila kita kena marah oleh bos kita mulalah memburukkannya,segala kebaikkan atau hujah yang bernas sebelum ini tidak ada lagi untuk menyokongnya....
Tidak ada lagi perkataan bos yang keluar dari mulut seseorang itu apabila membencikan bosnya.....bos sudah menjadi "boh".....dalam bahasa kelate boh bermaksud banjir atau panggil kepada seseorang seperti contoh 'mem percumo ni boh,demo keno cayo'. apa-apapun gelarnya kita semua tepuk dada tanyalah diri anda semua apakah semua ini dugaan hidup atau cabaran dalam hidup bergelar orang bawahan.
*marilah kita semua berfikir sebentar tentang masalah ini.........
Hasil nukilan
Pulau Pinang 28 julai 2011
bersamaan 26 syaaban 1432 hijrah
0 comments:
Post a Comment