salam-ukhwah
Tuesday, July 26, 2011
kerja ikhlas membawa berkat merupakan satu ungkapan yang membawa maksud seseorang individu yang melaksanakan sesuatu tugasan tanpa mengharapkan balasan sama ada berbentuk wang, harta, pujian ataupun pangkat. Malahan individu yang melaksanakan kerja dengan niat yang ikhlas dan menganggap kerja sebagai satu ibdah akan mendapat keberkatan dari kesejahteraan kelaurga,kesihatan, kegembiraan dan sebagainya.
tapi hari ini ramai manusia yang menjawat jawatan di sektor awam tidak mementingkan keikhlasan untuk bekerja tetapi sebaliknya hanyalah untuk mendapat pujian dari bos,anugerah khidmat cemerlang dll. perkara sebegini sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia di sektor awam ini untuk mengejar pangkat dan kuasa. apabila sudah berpangkat tinggi dan kuasa besar mulalah lupa diri dimana kaki dulunya berpijak sewaktu mula-mula berkhidmat....
manusia yang bawahnya pulak mulalah membodek bos-bosnya bagi mencapai matlamat tinggi iaitu pangkat dan kuasa tidak kiralah rakan atau musuh semuanya dipijak dan difitnah. kerja yang dibuat tidak begitu ikhlas lagi setelah nafsu dunia kuasai diri dan dosa mula membebani diri manusia itu dengan perasaan iri hati dan dengki....
0 comments:
Post a Comment