salam-ukhwah
Wednesday, July 27, 2011
Lirik Memburu Impian - Kaza
Ku jejak
jalan yg berliku
membara jiwaku
memburu impian
Ku renang lautan gelora
biarpun tersadai
di hujung dunia
akan ku tempuhi segala rintangan
biarpun rebah ku bangun sendiri
*korus
Akan ku genggam biarpun hitam
menjadi milik mu...
Ku mula
dengan langkah ini
menuju sinaran abadi
Kita semua pernah tengok movie Gila-Gila Remaja yang begitu popular sekitar tahun 80'an dengan barisan pelakon seperti Faizal Hussein,Rosyam Noor dll. Bukan aku hendaklah bercerita tentang pelakonnya atau jalan cerita movie ini. Lagu memburu impian begitu popular sehingga hari ini menjadi ikutan para remaja kita.
Mendengar lagu ini aku ingin menceritakan sedikit pengalaman yang aku tempuhi sejauh 330 km dari Pulau Pinang ke Kota Bharu,Kelantan. Pada pertengahan tahun 2010 aku telah membeli sebuah motorsikal yahama LC135 yang menjadi kegilaan remaja sekarang tidak kiralah mat rempit ataupun tidak. Pada permulaan aku pulang ke kampung halaman di Kelantan dengan menggunakan motorsikal kesayangan aku LC135 peristiwa kehabisan minyak petrol menjadi iktibar bagi aku kerana pulang seorang diri saja. Kebanyakan pelajar yang belajar di Pulau Pinang pulang ke Kelantan atau Terengganu berkonvoi ramai-ramai bagi mengelak perkara buruk terjadi seperti motorsikal pancit,kehabisan minyak,rosak dll.
Bukannya aku sombong tidak mahu pulang secara konvoi ke Kelantan tetapi tidak ada kawan yang leh berkonvoi untuk pulang maklumlah aku ini berkerja dengan kerajaan dan cuti tidak sama dengan pelajar mahupun yang kerja swasta. Sudah 5 kali aku pulang ke Kelantan menggunakan motorsikal yahama LC135 selama 1 tahun membeli motorsikal ini. Kali terakhir aku pulang ke Kelantan pada bulan julai 2011 dan aku timpa kemalangan seperti apa yang aku post dalam blog aku sebelum ini.
oklah nati lain kali aku bercerita lagi apa-apa story untuk dikongsikan dengan kali semua....
Hasil Nukilan
Pulau Pinang 27 Julai 2011
bersamaan 25 syaaban 1432 Hijrah
0 comments:
Post a Comment