salam-ukhwah
Thursday, July 28, 2011
Sudah 2 minggu ambo melancarkan perang psikologi di pejabat ambo......nampaknya hampir berjaya menimbulkan provakasi terhadap perang psikologi yang dicetuskan oleh diri ambo sendiri....akibat dari perang psikologi tersebut ramai tertanya-tanya tentang diri ambo adakah ambo nie ada masalah atau gaduh dengan seseorang di dalam pejabat.....ada juga orang cakap ambo nie berpuasa bercakap dengan orang di pejabat....hahaha,kadang-kadang ambo rasa bagus juga melancarkan perang psikologi nie.
adakah ambo patut meneruskan perang psikologi nie atau stop jer....
Apabila kita bercakap-cakap dan berbual-bual kita sebenarnya berkongsi pengalaman kita dengan individu-individu lain. Setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tersendiri. Apabila kita bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan, kita mencipta makna antara satu sama lain. Aktiviti bercakap-cakap dan berbual mempunyai banyak fungsi, antara fungsi-fungsinya ialah :
- Menjalin hubungan dengan manusia-manusia lain.
Manusia ialah “makhluk” berkelompok, iaitu mereka tidak boleh hidup bersendirian. Manusia memerlukan manusia-manusia lain.
- Memberi rangsangan.
Manusia memerlukan manusia-manusia lain untuk diajak bercakap-cakap dan berbual-bual kerana manusia memerlukan rangsangan. Manusia memerlukan beberapa jenis rangsangan : a) Rangsangan fizikal
seperti sentuhan dan belaian. Aktiviti bercakap dan berbual biasanya mendahului ataupun mengiringinya aktiviti sentuh menyentuh antara manusia.
b) Rangsangan emosi
supaya mereka dapat mengalami perasaan seronok, suka, gembira, bahagia, dan puas. Manusia memerlukan kasih sayang drpd manusia lain. Rangsangan emosi boleh diberikan dengan menggunakan kemahiran bercakap dan berbual dengan menggunakan kata-kata secara positif.
c) Rangsangan mental
untuk aktiviti otaknya. Dengan cara bercakap dan berbual manusia mendapat rangsangan untuk berfikir dan bertukar fikiran.
d) Melalui bercakap
manusia boleh memberi dorongan, perangsang, nasihat dan idea kepada manusia lain.
- Fungsi ketiga ialah memenuhi keperluan estim diri
Manusia adalah haiwan yg sangat memerlukan kemulian dan penghargaan daripada manusia lain. Melalui aktiviti bercakap dan berbual dengan manusia lain mereka boleh berasa bahawa diri mereka diperlukan, dihargai, disanjung, dan penting kepada orang lain.
- Perkongsian
manusia suka dan bahagia apabila nasib mereka baik dan sedih apabila nasib mereka buruk. Apabila mereka mendapat nikmat, manusia perlu menambahkan lagi rasa kenikmatan yang dialaminya, dan mereka perlu mengurangkan rasa kesengsaraan yang menimpa mereka.
*mengikut pandangan ambo dalam isu percakapan, memang kita digalakkan untuk bercakap bagi melepaskan tekanan yang dihadapi melalui percakapan. Kalu kita terlebih cakap nati orang kata kita overlimit pulak non stop talking and silly talk. So it depend for u all to talk overlimit or not.......bagi diri ambo baik kita bercakap apa yang perlu saja bukannya sombong atau berlagak.....baik jaga diri dari membuat fitnah kerana dengan mulut jer kita dapat meruntuhkan tembok besar cina.....hehehe
Hasil Nukilan
Pulau Pinang 28 julai 2011
bersamaan 26 syaaban 1432 hijrah
0 comments:
Post a Comment